CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok Mayat Kekasih Dalam Sofa, Keluarkan Semula Bila Berseorangan Di Rumah

17-12-2018 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2748| Komen: 8|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bunuh kekasih dan simpan mayatnya selama empat hari, malah menyorokkannya dalam katil sofa setiap kali keluar dari rumah.

Tindakan kejam lelaki tersebut dilakukan pada sambutan hari jadinya yang ke-25.


The Mirror melaporkan, Evgeny Malakhov menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika bertengkar di rumahnya di kawasan perindustrian Sverdlovsk Oblast, Russia.

Sumber berkata, setiap kali keluar dari rumah, dia akan menyorokkan mayat mangsa di dalam katil sofa tersebut, namun akan mengeluarkannya semula bila berseorangan di rumah.

Foto: The Mirror
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada dia ada melakukan sesuatu pada mayat tersebut setiap kali dikeluarkan.

Kehilangan Marian disedari oleh rakan baiknya, Olga Zudova apabila tidak mendengar khabar darinya selama beberapa hari.

“Dia hilang begitu saja, dan langsung tidak menjawab panggilan atau pesanan ringkas saya. Saya tahu sesuatu tidak kena lalu menghubungi pihak berkuasa."

Ibu Malakhov juga mengesyaki sesuatu dan bersemuka dengannya.

Olga berkata, “Dia mula bertanya pelbagai soalan sebelum Malakhov dengan tenang mengaku membunuh Marina dan menyumbatnya dalam sofa. Maksudnya, sepanjang tempoh itu dia memang tinggal bersama mayat Marina."

Malakhov berdepan dengan penjara seumur hidup.

Sebelum itu dia pernah dipenjara setahun kerana memukul Marina.

“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya." -CARI
9

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 17-12-2018 09:02 AM
Kerana sayang, nyawa hilang
Quote iwansa 17-12-2018 09:04 AM
kalau dah cinta.. taik pn rasa cekelet.. ni la padahnya.. tak busuk pla simpn mayat dlm sofa tu ye
Quote @pplegreen 17-12-2018 09:09 AM
Dah pernah kena belasah pon still nak bersama 😒 cinta  Itu buta 😔
Quote xtahumenahu 17-12-2018 09:17 AM
Ganas sungguh org moscow
Quote tumpanglalu74 17-12-2018 09:57 AM
IMG_20181217_095559_122.JPG
Quote leylapple 17-12-2018 10:20 AM
“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya,’” kata Olga.


skrg dah kehilangan nyawa..y paling kesian anak2 dia tu lah...

sbb tu jgn jadi bodoh kerana cinta.. ingt anak2
Quote kroit92 17-12-2018 08:56 PM
necrophilia?!
Quote armin 18-12-2018 01:44 AM
Ummah rusia saiko2. Kalau movie rusia pun saiko dia tak tercapai dek akal

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.113785 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top