CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu Jadi Jutawan Dan Memenangi Ganjaran USD3 Juta? Jom Sahut Cabaran Richard Branson!

11-1-2019 11:55 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 3709| Komen: 3|Original author: Oleh: CSuy

Jika anda seorang yang kreatif, inovatif dan memiliki pengetahuan teknikal yang berkaitan, maka ini adalah peluang yang harus anda kejar! Baru-baru ini, Richard Branson, pengasas rangkaian syarikat terkenal Virgin Group  telah menawarkan ganjaran sebanyak USD3 Juta. Wow!


Kredit Foto: Wikipedia
Apa yang beliau mahukan adalah ini: Satu teknologi baru penyaman udara yang lebih mesra kepada alam sekitar.

Seiring dengan peredaran zaman, penyaman udara semakin menjadi keperluan dalam mana-mana kediaman di negara yang beriklim tropika seperti Malaysia. Memiliki cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, penggunaan penyaman udara di sini biasanya berterusan sepanjang hari. Malah, penetapan termostat kepada suhu yang paling minimum sering menjadi pilihan.


Kredit Foto: Pixabay

Ini bukanlah isu baru. Tabiat penggunaan penyaman udara secara melampau amat membimbangkan. Dalam jangka masa panjang, bukan sahaja bil eletrik melambung, alam sekitar akan turut terjejas.

Tak mustahil kemerosotan kualiti alam sekitar boleh berlaku dengan pantas disebabkan tabiat penggunaan penyaman udara sebegini. Tidakkah ini membimbangkan kehidupan masa hadapan kita? Khususnya, mampukah anak dan cucu kita hidup dalam keadaan alam yang teruk tercemar?

Kredit Foto: Pixabay

Inovasi merupakan cara manusia mengadaptasi kehidupan. Melalui inovasi, mungkin impak penyaman udara kepada kualiti alam sekitar dapat dikurangkan. Inovasi sebeginilah yang dicari-cari oleh Richard Branson, tokoh konglomerat terkemuka dunia.

Memetik CNN, ganjaran UDS3 Juta ini merupakan satu inisiatif di antara sebuah institut penyelidikan bebas global, Rocky Mountain Institute dan sebuah jabatan kerajaan negara India, India's Department of Science and Technology and Mission's Innovation

Dinamakan sebagai The Global Cooling Prize, ganjaran ini menekankan usaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyaman udara dengan menawarkan penyelesaian yang lebih mesra alam. Richard Branson telah dilantik sebagai duta kepada inisiatif ini.


Apa syarat-syaratnya?

Untuk memenangi ganjaran USD3 Juta ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Paling utama, teknologi penyaman udara yang dicadangkan harus direka untuk kegunaan di kediaman beriklim tropika atau sub-tropika. Selain itu ia perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

1. Ia meninggalkan hanya 1/5 impak kepada alam sekitar berbanding teknologi penyaman udara semasa.
2. Ia beroperasi menggunakan bahan tertentu dan menurut garis panduan penggunaan dan penyelenggaraan yang tertentu.
3. Ia bersifat mampu milik.

Kredit Foto: Pixabay

Bila tarikh tutupnya?
Inisiatif The Global Cooling Prize ini telah pun bermula sejak bulan November 2018. Proses permohonan peringkat awal akan ditutup pada Jun 2019, dan permohonan bersifat teknikal akan ditutup pada Ogos 2019. Seterusnya, calon-calon finalis inisiatif ini akan diumumkan sekitar November 2019, manakala penyampaian hadiah ganjaran USD3 Juta akan dilaksanakan pada penghujung tahun 2020.

Adakah anda memiliki idea-idea yang boleh diketengahkan? Apa tunggu lagi? Layari laman sesawang rasmi inisiatif ini, the Global Cooling Prize untuk maklumat lanjut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 11-1-2019 12:33 PM
Akak guna labu sayung je sejukka rumah akak. Bak sini rm12 juta akak
Quote chicozinn 11-1-2019 03:39 PM
Mohon kak cili share brape suhu rumah nan sejuk pkai labu sayong tu
Quote gigahertz 13-1-2019 03:42 PM
beli peti sejuk besar bukak je pintu tu 24jam kaan sejuk satu rumah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.153410 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top