CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bakal Perang Besar, Lady Gaga Mahu Caras Watak Cleopatra Daripada Angelina Jolie

8-2-2019 04:44 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 15553| Komen: 69|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Artis terkenal Lady Gaga kini sedang menuai pujian dan anugerah ekoran lakonan cemerlangnya sebagai Ally dalam filem remake A Star is Born arahan Bradley Cooper. Tetapi kini dalam diam-diam beliau sedang mengintai watak besar dalam sebuah filem yang turut diidamkan oleh pelakon ternama,  Angelina Jolie.



Kredit foto: Carian Googe


Menurut Daily Star, sumber dalaman syarikat penerbit Sony yang bercadangkan untuk menerbitkan semula filem lama biografi Ratu Mesir, Cleopatra kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil Lady Gaga bagi watak lagenda tersebut. 



Kredit foto: Carian Google


Masalahnya, sebelum ini pihak penerbit Sony telah membuat beberapa kali rundingan awal dengan pihak Angelina Jolie untuk watak tersebut. Adakah ini bermaksud Lady Gaga bakal mencaras watak idaman Angelina Jolie? Sumber itu berkata dalam diam-diam terjadi rundingan yang semakin panas antara Sony dan kedua-dua pihak artis besar itu.



Kredit foto: Carian Google


Cleopatra yang turut dikenali sebagai Ratu Sungai Nil pernah dilakonkan oleh pelakon lagenda Elizabeth Taylor dalam versi terdahulu yang diterbitkan pada tahun 1963. 'Kerana watak yang ikonik itu, sesiapa yang berjaya mendapat watak Cleopatra pasti akan mencapai status yang tinggi dalam industri Hollywood' kata sumber itu lagi.

Oleh kerana persaingan yang terlalu sengit, dikatakan kedua-dua bintang itu sanggup untuk mengadakan audition dengan pengarah, sesuatu yang jarang berlaku bagi artis gred A. 


Kredit foto: Carian Google


Sesiapapun yang terpilih, mampukah mereka memperbaiki pungutan filem versi Elizabeth Taylor dan Richard Burton yang hampir membangkrapkan Studio Century Fox? 

Apa kata anda? Siapa yang lebih sesuai untuk watak Cleopatra antara Lady Gaga dan Angelina Jolie? - CARI 
8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 8-2-2019 04:56 PM
Lakonan Angie lebih bagus kot

Tapi Lady Gaga lebih ada nilai komersial kalau nak untung
Quote Catpaw 8-2-2019 05:08 PM
nak kelainan tengok lady gaga
Quote missDollie 8-2-2019 05:12 PM
Lady gaga lagi sesuai kot..bentuk muka pun ala2 macam patung mumia jer..angie kalo greek goddess sesuai sangat..gitew seposen iols..
Quote irwansuhadi 8-2-2019 05:23 PM
mungkin lady gaga boleh contribute lagu berhantu untuk filem cleopatra.

tapi angelina jolie punya persona lagi kena dgn watak tersebut.
Quote Leha_Janda 8-2-2019 05:35 PM
lady gaga bagi ioss sebab dia badass bitchess, tgk dia jd bad bitchess dlm american american horror story hotel so wowww... hehee
Quote matbad 8-2-2019 05:37 PM
Lady gaga sbb muka klasik dan baru..kalau ikut aku ni suka charliez theron..minah tu best siot dh cantik..cair hati jantan aku ni..
Quote meisapoya 8-2-2019 06:12 PM
I #teamangie
Quote MadameOnion 8-2-2019 08:39 PM
Sesuai je gaga tu..sapa la mekap dia kat gambar yg first tu? Muka smpai kelabu..
Quote manjalara_01 8-2-2019 09:01 PM
alaa...gosip je ni...Angie dah lame dah x mengutamakan bidang lakonan as her priority...since dia dah beranak pinak ni...keje2 amal die dgn UN lg penting pd die..

( no matter what manja akan tetap support....Angie....Angie is the Queen..then. now & 4ever !! )
Quote 234126 8-2-2019 10:40 PM
Angie the better choice. Dia ada diva regal aura. Gaga ada aura diva je. Tak regal looking. baru dpt award tu dah ke langit ke-7 ke gaga... jgn la. iol like u too bcse ure book smart. Hope ni berita disensasi lebih je.
Quote epis 8-2-2019 10:44 PM
Filem lama cleopatra tu rugi ke sampai hampir bangkrap tu?
Quote puccafan 8-2-2019 11:18 PM
Hello.... Gaga gegak gempita. Nyanyi je dah la....bab lakonan sila bagi pada yg professional. I vote kak angie
Quote sinalegna 8-2-2019 11:43 PM
Hollywood ni dh sampai tahap boring skrg, pusing2 remake.. pusing2 character sama tp tukar pelakon
Quote matseh 8-2-2019 11:52 PM
Actually, byk citenya bukan original story, byk adapt
Quote sehirkedi 8-2-2019 11:58 PM
Angelina la.. Muka dia perfect untuk watak tu. Lady Gaga macam tak sesuai.. Tengkuk pendek
Quote dani-rox 9-2-2019 03:26 AM
menurut sejarawan... secara fizikal, rupa Cleopatra biasa2 jah tp zaman tuh beauty standard berbeza drpd kita kot tp dia seorg yg amat bijak, berkarisma dan sgt menggoda. btw ethnicity dia Greek, Parsi, Syria, dan black African.
Quote sheqim 9-2-2019 12:48 PM
Alaaa nak angelina jolie.. sheols cantikk{:love
Quote URUHA 9-2-2019 01:12 PM
Lady Gaga je la. Acik Angie cun tapi mcm da tua sgt utk watak tu. Kalau dia muda g mmg ok je dia pegang watak tu
Quote RatuDunia94 9-2-2019 01:52 PM
Xde pelakon lain selain deols??

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062224 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top