CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sungai Paling Kotor Dan Jijik Di Dunia!

24-1-2019 11:51 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 6368| Komen: 19|Original author: Oleh: The Queen

Air adalah sumber utama dalam kehidupan harian bukan sahaja pada manusia, malah untuk semua hidupan lain termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 

Antara sumber air yang paling besar adalah sungai. Dengan air itulah kita makan, minum, mencuci pakaian dan banyak lagi aktiviti. Betul, kan?

Tapi, masyarakat dewasa ini semakin kurang peka dengan kepentingan menjaga kebersihan sungai. Mereka bukan sahaja tidak menjaga kebersihan, malah turut menyumbang kepada pencemarannya. 

Banyak sungai yang tercemar di atas muka bumi ini dan sekarang, jom kita lihat antara lima sungai paling kotor dan jijik di dunia!


5. Sungai Mississippi, Amerika Syarikat


kredit foto : iluminasi.com

Sungai Mississippi adalah salah satu daripada sungai yang terpanjang di dunia. Ia digunakan jutaan penduduk Amerika Syarikat dan merupakan sungai penting yang terbesar dalam sistem perparitan di Amerika Syarikat. 

Sungai ini berwarna coklat disebabkan sisa buangan toksik seperti nitrat, benzena dan arsenik. Kebanyakan sisa toksik ini dilepaskan oleh kilang-kilang perindustrian dan para petani yang menyebabkan sungai ini mengandungi paras nitrogen tinggi, sekali gus mengakibatkan hidupan akuatik mati kerana paras oksigen semakin berkurang di dalam sungai tersebut.


4. Sungai Mantaza-Riachuelo, Argentina


Kredit foto : iluminasi.com

Sungai yang 
mengalir sepanjang Buenos Aires, ibu kota Argentina ini merupakan sungai paling kotor di Amerika Selatan. Keadaan menjadi semakin parah dengan kewujudan industri perkilangan di sekitar sungai dan membebaskan pelbagai bahan buangan bertoksik seperti merkuri yang mengakibatkan peningkatan kes penyakit kanser di kalangan warga penduduk. 

Sungai ini juga dikenali sebagai Slaughterhouse River atau diterjemahkan kepada Sungai penyembelihan kerana ia menjadi 'rumah' kepada bahan buangan dari rumah-rumah penyembelihan haiwan dan isi rumah penduduk di sepanjang sungai tersebut. Terlalu banyak buangan setiap hari sehinggakan sungai ini berbau sangat BUSUK!


kredit foto : iluminasi.com


3. Sungai Buringanga, Bangladesh


kredit foto : iluminasi.com

Sungai terbesar di Bangladesh ini merupakan sumber air utama bagi jutaan penduduk Bangladesh. Namun, ia dipenuhi najis manusia, bangkai binatang dan sampah sarap. 

Sungai ini terlalu kotor dan jijik, sehinggakan warnanya bertukar hitam! Tiada hidupan air yang dapat meneruskan hidup di dalam sungai tersebut.


kredit foto : iluminasi.com


kredit foto : iluminasi.com


kredit foto : iluminasi.com


2. Sungai Citarum, Indonesia


kredit foto : iluminasi.com

Sungai ini mengalir melalui wilayah Jawa Barat dan merupakan sumber air utama bagi penduduk dalam jumlah yang besar seperti mana di India. 

Permukaan air sungai ini sangat padat dengan sisa buangan seperti plastik, tayar, perabot, logam berat, bahan kimia dan banyak lagi sehinggakan air sungai tidak kelihatan langsung! Dahsyat bukan?

Oleh kerana sungai ini sangat penting untuk jutaan penduduk, ini memaksa mereka untuk terus menggunakannya walaupun keadaan sungai itu begitu kotor dan jijik.

Mengikut laporan, sejumlah 50,000 kematian tahunan dicatatkan membabitkan penduduk di sana.


kredit foto : iluminasi.com


kredit foto : iluminasi.com


kredit foto : iluminasi.com


1. Sungai Ganges, India


kredit foto : iluminasi.com

Dianggap sebagai sungai paling suci dalam agama Hindu. Sungai ini tercemar dengan bahan-bahan kumbahan, plastik, toksik termasuk  persembahan keagamaan. Masyarakat bukan sahaja mandi, memasak, mencuci pakaian di tebing sungai, malah mayat juga dibuang di sungai tersebut!


kredit foto : iluminasi.com


kredit foto : iluminasi.com

kredit foto : iluminasi.com

Jijik bukan? Sebagai manusia yang bertamadun, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sungai kita. Sanggupkah anda minum air dari sungai-sungai seperti yang anda lihat di atas? Cuba kongsikan sungai di dalam Malaysia yang mengalami pencemaran teruk seperti di atas. - CARI
11

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 24-1-2019 12:34 PM
Tgk Sg Klang rasa stress sebab kotor. Tgk sungai-sungai tu, speechless terus
Quote mawar_mustika 24-1-2019 12:38 PM
lor pihak gov diorg xbuat sesuatu ke utk tangani masalah sungai kotor ni
Quote Artemesiaa 24-1-2019 01:00 PM
Sikap masyarakat setempatlah punca sampah boleh bertimbun memenuhi sungai sampai jadi sebegitu.  Kalau pihak berkuasa datang membersihkan tapi sikap masyarakat masih tak berubah mana nak selesai masalahnya.
Quote buragazz 24-1-2019 01:08 PM
Sistem industri kat sana tak pentingkan environment ekk.. kat Malaysia ni rasanya kebanyakkan industri ada sistem water treatment sebelum air di lepas pada drain.. yang peliknya ada orang mandi tu.. sungai bangla sungai indon ngan sungai india tu.. aku air paip kuning sikit pun dah geli nak mandi...
Quote nazzse 24-1-2019 01:48 PM
Tengok jiran sebelah dok buang sampah dkt pantai depan rumah stressnya lahai, takda sivik langsung.. Pakat dgn jiran lain nak report tapi xtau nak report kat mana plak..
Quote dekmieDandy 24-1-2019 02:29 PM
susah nak kawal, sebab sungai2 kat atas ni semua besar n panjang, mungkin bercantum dengan laut terus

sampah tu, kalau sini kawal hujung sana pulak buang
Quote kaklong32 24-1-2019 03:43 PM
adoi pening kepala tengok
Quote armin 24-1-2019 04:02 PM
nazzse: Tengok jiran sebelah dok buang sampah dkt pantai depan rumah stressnya lahai, takda sivik langsung.. Pakat dgn jiran lain nak report tapi xtau nak rep ...

Majlis perbandaran kot. Deyols jgk yang upah tukang sapu cuci area2 pantai kan?
Quote NmeeraR 24-1-2019 04:12 PM
Boleh mengundang penyakit kalau sungai  bersampah sarap macam ni... sis cannot....

Kalau kat jepun, dalam longkang pun ada ikan....
Quote Leha_Janda 24-1-2019 08:53 PM
Finally sungai citarum yindon di iktiraf dunia selepas claim beberapa benda di seluruh dunia..
Quote Archaiv 24-1-2019 09:58 PM
Pengajarannya, jagalah sungai kita.
Quote naina 25-1-2019 01:08 AM
Aku ingat sungai klang la.paling kotor kaler teh tarik pekat. Sekali ada lagi kotor kaler kopi terusss. Cmnelah bole hidup selesa sekian lama.
Quote biskutraya 25-1-2019 01:12 PM
Boleh plak budak ni mandi, berkubang dalam sungai tu.. Huhuhu.. X rasa ke air msuk perut, mata..
Quote RatuDunia94 25-1-2019 01:26 PM
Yg buang mayat kat sungai tu dia pikir mayat nya hanyut terus ke syurga ke ape? End up tersangkut kat tebing jah pon..
Quote GoBear 30-1-2019 06:07 PM
Tak boleh nak terima dan bayangakan
Quote LadyCarefree 21-2-2019 08:15 AM
Artemesiaa: Sikap masyarakat setempatlah punca sampah boleh bertimbun memenuhi sungai sampai jadi sebegitu.  Kalau pihak berkuasa datang membersihkan tapi sikap m ...



Betooooollllll
Quote AyaqMeloSuam 25-2-2019 05:09 PM
Kesian tgk bdk2 tu mandi kt sungai tu.. kuis2 sampah bru nmpk muka... sure ada yg tsedak air dlm mulut...
Quote gorjeous 17-3-2019 02:10 PM
Adoiii.. kotor giler..
Quote Rainora 13-4-2019 07:11 AM
Jijiknya tak terkata

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053061 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top