CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Semakin Kurus, Juliana Evans Dituduh Ada Masalah Dengan Suami

30-1-2019 04:20 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 17595| Komen: 79|Original author: Oleh: Saiful

Terkejut juga bila tengok penampilan terbaru Juliana Evans.

Lebih kurus dari sebelumnya dan disebabkan perubahan fizikalnya inilah ramai yang membuat spekulasi bukan-bukan.



Ada yang menuduhnya mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya yang juga kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman, 31.

Bagaimanapun aktres yang berusia 29 tahun itu menepis dakwaan tersebut.



"Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia.

"Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari," katanya kepada Harian Metro.



Tambahnya perubahan tersebut bukannya drastik dan mengambil masa beberapa tahun untuk mencapai berat sekarang.

"Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam.

"Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi."



Sementara itu Juliana sebenarnya sudah bersedia bergelar seorang ibu tapi masih belum dikurniakan rezeki lagi.

"Diharapkan semoga tahun ini, saya dan suami akan dikurniakan cahaya mata. Melihat ramai rakan lain sudah memiliki anak, kami juga teringin.

Foto: IG Juliana Evans 
"Apapun, anak adalah rezeki daripada Allah SWT. Saya dan suami hanya mampu menyimpan impian dan berdoa semoga kami dikurniakan zuriat apabila sampai masanya.

"Saya juga tidak akan berahsia sekiranya disahkan hamil suatu hari nanti. Cuma, sekarang kami belum ada rezeki dan tetap bersabar." -CARI
10

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 30-1-2019 04:28 PM
tapi gambar baju merah tu nmpak babat berlapis kat perut..huhuhuhu
Quote akik 30-1-2019 04:31 PM
Gambar dia dengan perempuan pakai tudung tu ingatkan bibik ,Liyana Jasmay rupanya
Quote apedehal 30-1-2019 04:43 PM
cantiknya jue evans gambo last tu..kalau ada anak nnt mst cute
Quote xhyd 30-1-2019 04:44 PM
cantik dan sepadan couple ni
Quote Acikgomen 30-1-2019 04:46 PM
Ye lah tu heshe masak kat laki
Sedangkan sedara acik yg level bbnu mcm heshe yg sendooo pun setakat sekali sekala rebus telor bagi laki makan pun canang seluruh socmed. Itu pun setakat kawin dgn anak exec chairman osk holdings jerrrrr
Kalo kawin dgn kerabat kerabot mcm heshe nih towel pun ada org sidaikan
Masak kununnnnnnn. Propa je lebeyyyhh

Anyway muka laki ko bbnu acah2 respectable person much
Padahal nak azan pun tekemut2
Quote weezerfan 30-1-2019 04:47 PM
Sape dulu yg kata lakinya ni tasty.. Mcm budak kelas blakang jah mukanya
Quote budakpink 30-1-2019 04:47 PM
Ingat kurus sgt smpai cengkung tu cantik ke. Aku lbh prefer pompuan body ngam2.berat 50 to 52 camtu.. Mcm body nelydia ka azira defarm ka. Body izara pun pelik.
Quote doubleA 30-1-2019 04:51 PM
akik replied at 30-1-2019 04:31 PM
Gambar dia dengan perempuan pakai tudung tu ingatkan bibik ,Liyana Jasmay rupanya

Lah iols pun scroll atas balik tengok, lepas baca komen uols ni. Ingatkan peminat ke sape tadi tengok sekali lalu tak perasan LJ mcm bibik pun ye jugak
Quote MadameOnion 30-1-2019 04:52 PM
akik replied at 30-1-2019 04:31 PM
Gambar dia dengan perempuan pakai tudung tu ingatkan bibik ,Liyana Jasmay rupanya

hahahaa kejamnya u sis..penat2 dia spiking new york u kata bibik je..tapi irl pun si liyana ni mmg kebanyakan sgt wajahnya..sedikit kepam pun ada
Quote kaklong32 30-1-2019 04:53 PM
mungkin lakinya yg suka dia kurus begitu kot
Quote MissQwerty 30-1-2019 04:55 PM
kurus ke
elokkkkk je tengoknye
mesti yg cakap dia kurus ni  geng debab2
Quote armin 30-1-2019 05:10 PM
akik: Gambar dia dengan perempuan pakai tudung tu ingatkan bibik ,Liyana Jasmay rupanya

Hahahhhaaa
Quote armin 30-1-2019 05:13 PM
Iols tengok makin cantik je sheols. Mcm nk upgrade life pun ada sejak kawen kerabat. Chanel LV top to toe gitu. Tp ok la sheols still byk job lepas kahwin, xde la malas goyang kaki je cuti sana sini habiskan duit laki mcm marion.
Quote missy_intsy 30-1-2019 05:13 PM
Ehhh gemuk mcm almy salah...kurus pon salah..ade je nak mengomen

Ok ape body dia...aku kalau blh nak kurus camtu
Quote paz 30-1-2019 05:15 PM
Cantik dia ni.
Quote hotmak 30-1-2019 05:42 PM
cantiknya dia, dah 2 tahun menikah rupanya, elok je aman damai
Quote umbut 30-1-2019 05:46 PM
Dia ni kacukan omputih version cantikkkk.
Quote Iris. 30-1-2019 05:47 PM
kurus cantik je iols tengok
apa kah kalau gems tu lambang kebahgiaan ke?
ntah apa2 je lah netizen ni
semua nak kena ikut selera tekak diaaaa je
Quote pumpkinpatch 30-1-2019 05:49 PM
Yang last tu macam Julia rais

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.116992 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top