CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Terlanjur Sampai Mengandung, Apa Yang Perlu Dibuat Ni?

11-2-2019 12:37 PM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 3823| Komen: 2|Original author: Oleh Eimila

Sumber: www.nypost.com

Saban hari, banyak kisah pembuangan bayi dan masalah kehancuran moral dipaparkan dalam media massa. Situasi ini mengundang kesedihan tetapi pada yang sama turut menimbulkan persoalan, mengapa mereka sanggup mengorbankan nyawa bayi yang tidak berdosa itu?


Masyarakat tahu dan sedar akan masalah ini, tapi berapa ramaikah antara kita yang dapat memberi cara penyelesaian sekiranya menghadapi masalah begini? Pihak manakah yang patut dihubungi? Bila dan bagaimana untuk menguruskan masalah yang melibatkan nyawa bayi? Jangan pula kita hanya mengutuk dan menyalahkan pelaku, namun tidak berusaha untuk mengambil peduli kesusahan yang dihadapi mereka. Di mana rasa simpati kita?


Sumber: www.jkm.gov.my

Walaupun sudah terlanjur atau mengandung anak luar nikah, masih ada jalan untuk meneruskan kehidupan yang akan berubah sepenuhnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah antara agensi yang menawarkan bantuan kepada remaja dibawah usia 18 tahun yang terlanjur menerusi Akta Kanak-Kanak. Meskipun sudah melakukan kesilapan, perlindungan tetap diberikan kepada remaja yang mengandung agar kesilapan lebih besar seperti pembuangan bayi dapat dicegah.


Bagi ibu bapa atau penjaga, ada beberapa langkah yang dapat diambil:

1. Setelah anak terlanjur, jagalah dia dengan baik. Usah menambah masalah dengan menghalau anak atau menghukumnya secara fizikal/emosi.

2. Berbincang tentang hal penjagaan bayi yang bakal dilahirkan (sama ada dijaga sendiri atau dijadikan anak angkat).

3. Usah tergesa-gesa mengahwinkan anak yang terlanjur hanya kerana ingin menutup malu. Mungkin selepas ini, ada masalah lain pula yang timbul seperti masalah perceraian dan kes keganasan rumah tangga.

4. Pantau tingkah laku anak dan kawal pergaulan anak agar masalah yang sama tidak berulang.

5. Pemantauan bukan sahaja untuk anak perempuan, tetapi juga untuk anak lelaki. Perlu diingat bahawa melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka dengan perempuan di bawah usia 16 tahun tetap dikira sebagai jenayah rogol dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan.


Memang tidak dinafikan bahawa pada zaman ini, cabarannya adalah lebih besar untuk mendidik anak. Walaupun begitu, kalau bukan ibu bapa, siapa lagi yang mahu memikul tanggungjawab ini? -CARI

8

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 11-2-2019 08:15 PM
Meh anak kalau tak nak jaga
Quote chinta89 12-2-2019 09:52 AM
aaby abadi suka buat kerja amal bab2 anak angkat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.101177 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top