CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Awak Ni Makcik Bawang Ke?'- Ini 7 Tanda Anda Mungkin Kaki Gosip Yang Kronik

11-2-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4348| Komen: 10|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tidak dapat dinafikan semua orang suka berkongsi maklumat dengan sahabat handai dari masa ke semasa. Bagaimanapun, jika berlebihan anda mungkin menjadi makcik bawang yang kronik.



Kredit foto: Carian Google

Tidak salah bercerita tentang sahabat lama yang baru bertunang di Facebook, tetapi janganlah sampai mendedahkan butiran yang dianggap sulit. 

Untuk mengelakkan daripada menjadi kaki gosip yang kronik, anda perlu berjaga-jaga dengan tujuh simptom berikut yang dikongsikan seorang ahli terapi di laman Bustle.


Anda mungkin makcik bawang yang kronik jika;



1. Hidup Anda Sendiri Dikelilingi Drama

Anda mempunyai beberapa akaun sosial dan menggemari laman yang memaparkan cerita panas dan isu semasa. Malah, anda suka menyumbangkan buah fikiran tanpa diminta serta tag rakan-rakan setiap kali membaca cerita sensasi. 

Hidup peribadi anda juga penuh dengan drama. Rakan-rakan dalam grup WhatApps tidak putus berkongsi cerita. Malangnya, kesemua cerita tersebut berbaur negatif.


2. Anda Tidak Boleh Simpan Rahsia


Kredit foto: Remaja

Setiap kali mendengar sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan, anda mula terfikir dengan siapa cerita itu perlu dikongsikan. Anda gatal mulut dan tanpa segan silu, mula memberitahu seseorang atau lebih malang lagi menyebarkannya kepada umum.


3. Sahabat Jarang Luah Masalah Peribadi Dengan Anda

Kerana tabiat anda yang tidak dapat menyimpan rahsia, rakan-rakan jarang meluahkan masalah peribadi dengan anda. Mereka mula hilang kepercayaan dan sentiasa berhati-hati selain berat mulut apabila bercerita tentang diri sendiri kepada anda.


4. Anda Dicari Bila Ada Gosip Panas 

Bagaimanapun, jika masalah atau cerita itu melibatkan orang lain, anda adalah orang pertama yang akan diberitahu! Rakan-rakan kaki gosip sudah mengenali perangai anda yang bersuka-ria setiap kali mendapat cerita panas. 

Jika anda dapati kebanyakan kawan-kawan menjadikan anda orang pertama 'menerima gosip', ini kerana anda adalah makcik bawang yang kronik.


Kredit foto: TudungSiCOmel


5. Suka Mulakan Perbualan Dengan Topik Gosip

Setiap kali berjumpa kawan-kawan, anda akan mulakan dengan topik umpatan. 'Eh, kau tahu Senah...'

Anda bermasalah untuk bercerita tentang sesuatu yang membina dan bermanfaat kerana bergosip adalah pembuka bicara paling mudah buat anda.


Kredit foto: Remaja


6. Rasa Lega Lepas Kongsi Sesuatu Yang Sulit

Anda langsung tidak rasa bersalah berkongsi cerita peribadi orang lain, sebaliknya anda akan berasa lega kerana dapat menyampaikan maklumat. 

Menurut pakar, ini mungkin disebabkan keinginan anda untuk menjadi tumpuan, ataupun anda cuba melarikan diri daripada masalah dan drama dalam hidup anda sendiri. Malangnya, rasa bersalah hanya akan datang kemudian.


Kredit foto: Carian Google


7. Orang Suka Bercakap Mengenai Anda Di Belakang

Tanpa disedari, anda sendiri menjadi bahan bualan rakan lain di belakang anda. Anda diberi gelaran makcik bawang dan manjadi mangsa gosip orang lain. Jika bernasib baik, seseorang akan menyampaikan butir cerita kepada anda semula. 


Kredit foto: Mirror


Sebenarnya, ramai makcik bawang yang masih dalam peringkat penafian. Menurut pakar, jika anda tidak menyedari bahawa anda sebenarnya adalah kaki gosip yang tegar, sehingga itulah anda tidak akan dapat mengubah tabiat buruk itu.  Apa kata anda? - CARI
14

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 11-2-2019 01:47 PM
Jadi?
Ia penyakit ke tak?
Quote Sang_Pencinta 11-2-2019 02:21 PM
Kalau 7/7 penyakit kronik sis
Quote Artemesiaa 11-2-2019 02:30 PM
Nasib tak masuk dalam senarai
Quote intan_smsb 11-2-2019 04:15 PM
maaflah.. meols mmg avoid org macam ni
Quote 234126 11-2-2019 09:43 PM
iol pun. Membaca mereply dlm forum je tapi real life memang if anyone nak bukak cerita nak begosip mmg iol sound je direct ‘aku xnak tahu’ hahahha and memang elak la dgn orang mcm tu. Putus kawan pun xpa. Haha
Quote aderaderker 11-2-2019 09:47 PM
None of the above,  I cuma membawang kat forum jah..
Quote Sang_Pencinta 12-2-2019 07:53 AM
Aktiviti membawang dah jadi normal sekarang
Quote chinta89 12-2-2019 09:51 AM
membawang sikit2 udah la.
Quote belacan_gurl 12-2-2019 09:16 PM
Aku perasan kwn aku xpernah nak ajak aku gosip...kalo aku tanya dorang ckp pasal sapa ni...mesti dpt jawapan "ko tu apapun xtau..buang masa bgtau ko.."  takpun " ahh dari ckp dgn ko baik aku ckp dgn dinding "...sedey je hahahahahah ditolak ketepi
Quote Juju89 2-3-2019 03:52 PM
membawang yang akhirnya orang sekeliling takut untuk mendekati anda kerana menjadi target topik membawang anda. jangan sampai kerana membawang semua orang angkat kaki tinggalkan anda.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.351743 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top