CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Beri Resit Tertulis 'Asians' Kepada Pelanggan, Restoran Auckland Falls Dituduh Rasis

14-2-2019 10:23 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3768| Komen: 13|Original author: Oleh: Nia M

Isu perkauman merupakan isu yang amat sensitif tidak kira walau di mana jua. Di Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami isu perkauman. 

Ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum berlainan terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

Baru-baru ini, kecoh apabila sekumpulan wanita menerima resit bayaran yang tertulis 'Asian' ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Auckland, New Zealand.


Kredit foto: Nz herald

Menurut pengurus restoran berkenaan iaitu Arvind Kumar, salah seorang staf mereka mencetak perkataan Asians pada resit itu bagi memudahkan restoran itu mengenal pasti meja kumpulan wanita tersebut, lalu secara tidak sengaja memberikan resit itu kepada mereka. 


Ia terjadi kerana terlalu ramai pelanggan yang berkunjung ke 'The Falls Restaurant and Cafe' pada hari tersebut dan kumpulan wanita itu duduk di meja yang tidak mempunyai nombor. 


Kredit foto: Facebook page 

Arvind Kumar mengakui ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan oleh pekerja baru di restoran mereka dan berjanji insiden sebegini tidak akan berulang lagi. 

Sementara itu, kumpulan wanita tersebut terkilan dengan apa yang berlaku memandangkan mereka dilahirkan di negara berkenaan dan tidak menyangka isu bangsa akan dikaitkan dengan mereka. 

Benarkah memberi gelaran Asian itu bersifat perkauman? Atau adakah mereka yang terlalu sensitif? 

Rasanya orang Asia yang dilahirkan di negara Asia sendiri kebiasaannya bangga jika dikenali sebagai orang Asia berbanding mereka yang lahir di negara asing. Betul atau tidak? - CARI
9

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-2-2019 10:28 AM
jadah ap anak sentap dekkk??.. meols kalau cikcur oversea, & kena tinggal kawan2 yang melepak restoran / cafe, meols akan tanya kat waiter "have u seen a group of asian people over here?"..keh keh keh..
Quote matbad 14-2-2019 10:30 AM
Akal nak makan pree la tu..sengettt
Quote Catpaw 14-2-2019 10:35 AM
then apa masaelahnya
Quote shernazz 14-2-2019 10:53 AM
Cait..
Tu je nak sentap
Tp ye lah..kekadang maybe dia penah dilayan x elok oleh org racist ke..sapa tau
Jadi sensitip lebih sikit la
Quote lee_sakura 14-2-2019 11:12 AM
la tu je pon nk sentap...wanita tu negara mana agaknya
Quote Lorra2411 14-2-2019 11:25 AM
lee_sakura replied at 14-2-2019 11:12 AM
la tu je pon nk sentap...wanita tu negara mana agaknya

group tu org New Zealand juga. dia lahir kat situ.
Quote Sazida 14-2-2019 11:35 AM
kalau xnk look asians, bukak hijab rambut cat warna hijau... tu pun nk sentap.. lenkali potostat ic ko tepek kt dahi.
Quote kucingitam 14-2-2019 11:48 AM
itu pun sentap..
Quote Artemesiaa 14-2-2019 11:54 AM
Geng Aussie dan NZ suka melabelkan orang dari tu dari mana dah macam habit mereka sejak kebelakangan ni.  Jadi kalau terjumpa heng sebegitu abaikan jer perangai mereka yang perasan bagus tu.
Quote None68 14-2-2019 12:40 PM
Asian tu double standard ler bg diaorang.
Quote buragazz 14-2-2019 04:34 PM
Yang punya resit tu bukan asian kah nak sentap bagai
Quote Sham143 15-2-2019 10:38 AM
Restoran tu silap..kalau tulis Europen tentu tk jadi isu.. hi..hi.  
Quote Juju89 4-3-2019 04:29 PM
biasa sahaja .

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068592 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top