CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Umur Tiga Tahun Hilang, Lepas Cinta Si Ibu Terbongkar

4-3-2019 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 51594| Komen: 452|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang kanak-kanak tiga tahun hilang, dipercayai dilarikan oleh sepasang suami isteri yang merupakan kenalan kepada ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang juga seorang warga Indonesia pada pukul 12.08 tengah malam.


Utusan Online melaporkan, Nur Aisyah Aleya Abdullah dijaga oleh pasangan berusia 37 dan 40 tahun sejak penghujung Januari lepas.

“Ibu kanak-kanak itu yang berusia 31 tahun dipercayai mengenali suspek lelaki sejak November tahun lalu dan dia datang ke Langkawi untuk bekerja serta tinggal di rumah pasangan itu.

“Bagaimanapun, isteri suspek yang juga seorang jururawat mengetahui hubungan suaminya dan pengadu, lalu menghantar wanita itu tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, namun anaknya tidak diserahkan kepada pengadu."



Mangsa (kiri), Suspek (kanan), Foto: Harian Metro
Ibu kanak-kanak itu datang ke rumah suspek di  kuarters Hospital Langkawi namun diberitahu bahawa anaknya telah diberikan kepada pihak yang tidak dikenali.

“Pemeriksaan di rumah suspek dan di tempat kerja isterinya telah dibuat namun mendapati pasangan suami isteri itu tiada di kedua-dua tempat tersebut.

“Polis kini sedang mengesan pasangan suami isteri ini yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan, sementara hebahan menerusi Nur Alert juga telah diaktifkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak. -CARI
5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 4-3-2019 02:43 PM
Hilang kat kawasan kuarters tu ke? Jalan cerita ada tak
Quote clarizsa 4-3-2019 02:43 PM
Kecik2 dah serkupkan kepala dia

Cmna boleh hilang tu ??
Kecik lagi xkan dh dibiar sendirian
Quote arasham 4-3-2019 02:45 PM
moonbug replied at 4-3-2019 02:43 PM
Hilang kat kawasan kuarters tu ke? Jalan cerita ada tak

It je cerita yg Ada..
Quote chicozinn 4-3-2019 02:49 PM
clarizsa replied at 4-3-2019 02:43 PM
Kecik2 dah serkupkan kepala dia

Cmna boleh hilang tu ??

ak pun rimas tgok..tapi akk ipar ak suka plak anak kcik2 dipakaikn tdung last2 smpai berpeluh budak tu..yihh sgt..

cmne leh hilang ni?aduhai mak pak dia ni cuai ke?hmm
Quote awanearisu 4-3-2019 02:53 PM
Hilang jam 12:08 tengah malam di kawasan kuarters. Angkara ahli keluarga sendiri atau berlaku pencerobohan?
Quote FanTasyCreaTioN 4-3-2019 03:06 PM
ALOR SETAR 4 Mac - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri yang juga kenalan kepada ibu kanak-kanak itu di Langkawi, di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu yang merupakan warga negara Indonesia pada pukul 12.08 tengah malam, semalam.

Menurutnya, kanak-kanak itu, Nur Aisyah Aleya Abdullah difahamkan dijaga pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu sejak penghujung Januari lalu.

“Ibu kanak-kanak itu yang berusia 31 tahun dipercayai mengenali suspek lelaki sejak November tahun lalu dan dia datang ke Langkawi untuk bekerja serta tinggal di rumah pasangan itu.

“Bagaimanapun, isteri suspek yang juga seorang jururawat mengetahui hubungan suaminya dan pengadu, lalu menghantar wanita itu tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, namun anaknya tidak diserahkan kepada pengadu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, ibu kanak-kanak itu telah pergi ke rumah suspek di kuarters Hospital Langkawi baru-baru ini, namun dia diberitahu anaknya telah diberikan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

“Pemeriksaan di rumah suspek dan di tempat kerja isterinya telah dibuat namun mendapati pasangan suami isteri itu tiada di kedua-dua tempat tersebut.

“Polis kini sedang mengesan pasangan suami isteri ini yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan, sementara hebahan menerusi Nur Alert juga telah diaktifkan,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak. -UTUSAN ONLINE


Quote FanTasyCreaTioN 4-3-2019 03:08 PM
Nur Alert: Kanak-Kanak Hilang Nur Aisyah Aleya Bte Abdullah (3 Tahun)

[Update]

“Anak dilarikan kekasih”

Langkawi - Seorang perempuan warganegara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran mendapati anaknya berumur 3 tahun yang dijaga oleh kekasihnya dan isteri kekasih di kediaman kuarters Hospital Besar Langkawi telah hilang.

Kehilangan tersebut disedari sejak hujung Februari 2019 dan pada 03.03.2019 jam l/kurang 12.08 malam Perempuan Warganegara Indonesia tersebut membuat laporan polis mengesyaki anaknya telah dilarikan berikutan kekasih dan isteri kekasih tidak dapat dihubungi dan telah melarikan diri.

YDH Supt Mohd Iqbal Bin Ibrahim Ketua Polis Daerah Langkawi menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak dan saspek-saspek tersebut untuk tampil dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis dan Pegawai Penyiasat Kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak.
Quote eyansss 4-3-2019 03:09 PM
FanTasyCreaTioN replied at 4-3-2019 03:06 PM
ALOR SETAR 4 Mac - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang dipercayai dil ...

ya Allah... kalau ye pun marahkan skandal suami, kenapa la dilibatkan anak tu... dimanakah naluri seorang ibu wahai nurse oiii...
Quote FanTasyCreaTioN 4-3-2019 03:13 PM
eyansss replied at 4-3-2019 03:09 PM
ya Allah... kalau ye pun marahkan skandal suami, kenapa la dilibatkan anak tu... dimanakah naluri  ...
Mungkin ada kisah lain kak ..
kita sesamer tunggu Update.

Moga adik tu selamat tak d apa-apa kan


Quote buapakperut 4-3-2019 03:21 PM
dah kenapa kekasih yang jaga anak? anak kekasih tu ke? bini die tak marah ke jaga anak kekasih suami? indon pulak tu. tah pape.
Quote sarahmirza 4-3-2019 03:23 PM
eyansss replied at 4-3-2019 03:09 PM
ya Allah... kalau ye pun marahkan skandal suami, kenapa la dilibatkan anak tu... dimanakah naluri  ...

Baca betul 2 hadamkan...
Quote fahdramli 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.
Quote sarahmirza 4-3-2019 03:27 PM
Mak Indon kenal kekasih  - November 2018
Kekasih dan isteri jaga anak tu sejak Jan 2019.
Tetiba March 2019 mak Indon datang Langkawi..
Nurse hantar mak Indon kerja kat restoren.
Lepas tu kekasih &  nurse sembunyi bersama anak tu..
Mungkin couple ni takde anak.. Takut anak tu mak Indon dia amik balik.

Gitu ke jalan ceritanya?
Yang i paham la
Quote Mierafaziera 4-3-2019 03:27 PM
Allahu comey nya diaaaa..bagi pic dia tak pakai tudung sama kan..senang orang nak kenai kut2 terjumpa...semoga Allah lindungi adik ni...takutnya.
Quote Suchi 4-3-2019 03:29 PM
Sian budak ni yg salah mak dia skandal ngn laki org.
Harap ditemui dgn selamat, jgnlah dibuang budak tu merata2.
Mak skandal ngn laki org yg dia tumpang umh.
Bila bini dapat tau dia kena disuruh keluar umah tp napa anak di biar pakwe dia tu jaga.
Quote Mierafaziera 4-3-2019 03:31 PM
fahdramli replied at 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.

lega..adoi ada drama kekasih gelap rupanyaaa.....
Quote jetrofa 4-3-2019 03:36 PM
kes ni pun tak kurang sinetron indonnya.. masa sedar anaknya hilang.. terbayang mak tu teriak "aleeeya"...sesambil kamera zoom muka dgn muzik penuh saspen..
Quote sarahmirza 4-3-2019 03:37 PM
fahdramli replied at 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.

Dah tu yang statement ni?

[quote]Tambah Mohd. Iqbal, ibu kanak-kanak itu telah pergi ke rumah suspek di kuarters Hospital Langkawi baru-baru ini, namun dia diberitahu anaknya telah diberikan kepada pihak lain yang tidak dikenali.[\quote]

Mak Indon buat cerita ke?
Quote FanTasyCreaTioN 4-3-2019 03:43 PM
sarahmirza replied at 4-3-2019 03:37 PM
Dah tu yang statement ni?

[quote]Tambah Mohd. Iqbal, ibu kanak-kanak itu telah pergi ke rumah  ...
baru nak tulis..

dan dengan kedua dua suami isteri tu pun hilang


Lihat semua komen(452)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052252 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top