CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balu, 2 Anak Tiri Akan Didakwa Bunuh CEO Cradle Fund

4-3-2019 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3272| Komen: 0

Description: Isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan berdepan tuduhan membunuh suaminya itu.
Isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan berdepan tuduhan membunuh suaminya.

Memetik Harian Metro, Samirah Muzaffar, 43, dan dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 KK.



Foto: BH Online

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, tiga beranak itu ditahan di kediaman mereka jam 6.45 pagi tadi.

“Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan untuk mendakwa ketiga-tiganya mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 34 KK.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 2 petang ini bagi proses pertuduhan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin, 47, ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya selepas telefon bimbit di dalam biliknya meletup.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh selepas bomba mendapati kesan petrol di tempat kejadian.

Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati Nazrin sudah meninggal dunia sebelum kebakaran selain terdapat kesan melecur di beberapa bahagian tubuh serta dua kesan lubang pada bahagian kiri kepala mangsa.

Berikutan itu, beberapa individu termasuk balu Allahyarham dan bekas suaminya serta dua anak tirinya ditahan untuk soal siasat. - CARI
9

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030889 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top