CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Sumbangan Rawatan Kanser Anak Untuk Berjudi Dalam Talian

6-3-2019 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2863| Komen: 7

Seorang wanita berdepan hukuman penjara kerana menyeleweng wang sumbangan untuk membiayai kos rawatan anak lelakinya yang menghidap kanser.



Memetik METRO, Stacey Worsley, 32, menggunakan kedudukannya sebagai pemegang amanah kempen mengumpul sumbangan untuk anaknya bagi kepentingan diri.

Difahamkan, kempen itu berjaya mengumpul 200,000 pound (hampir RM1.07 juta) daripada rakan-rakan dan pemain kelab bola sepak Leeds United.

Bagaimanapun, 100,000 pound (RM537,508) daripadanya digunakan wanita itu untuk berjudi dalam talian.



Ketika ulang tahun kelahirannya yang keempat pada Januari 2017, anaknya, Toby Nye, 6, disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.

Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan Toby sembuh daripada penyakit itu pada Julai 2018.

Namun, kanak-kanak itu kemudian disahkan menghidap tumor otak pada Oktober tahun lalu dan meninggal dunia pada 12 Januari, 2019.

Toby pernah menjadi maskot bagi pasukan bola sepak berkenaan ketika berjuang dengan penyakitnya itu dan dikatakan selalu menghabiskan masa dengan kapten pasukan, Liam Cooper.


Kredit foto: METRO

Menurut laporan, Stacey menggunakan wang sumbangan itu antara 2 Januari 2017 dan 20 Mac 2018 dan dia mengaku bersalah melakukannya di mahkamah pada Isnin.

Polis West Yorkshire mengesahkan pihaknya sudah mendapatkan kembali semua wang berkenaan dan memaklumkan kegiatan wanita itu tidak menjejaskan rawatan Toby.

Mahkamah membenarkan jaminan ke atas Stacey dan menetapkan 29 Mac sebagai tarikh jatuh hukum. - CARI
8

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 6-3-2019 02:08 PM
ape jenis mak ni
Quote prettyuglybabe 6-3-2019 02:13 PM
sebab kokesen maka krik krik krik je la..
Quote shernazz 6-3-2019 02:20 PM
Kenapa kau yang x mati?
Jilaka punya mak..
Mak mak hanat gini patut diletak di satunpulau..
Jgn bagi ada anak pung..
Quote gigahertz 7-3-2019 09:15 AM
nisako: ape jenis mak ni

ni nama kemurungan. dia tahu anak sendiri akan mati atau bakal mati. nasib baik dia berjudi.kalau di.bunuhnya budak tu{:run
Quote Kyra_Lydia 21-3-2019 09:23 AM
lebih separuh ok.. seronok naw tgok duit byk dlm account gamaknye
Quote kenarikelabu 21-3-2019 09:44 AM
Siot tul. Pi bantai berjudi plak duit utk anak tu...
Quote CharlesDera 21-3-2019 10:19 AM
pangai macam ni besanya penduboq etis...wakakakakkakakakaka

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072158 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top