CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Sejarah Larang Kandungan Buku Teks Sejarah Sekolah Diubah

7-3-2019 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3736| Komen: 13

Description: Bimbang kandungan buku teks sejarah sekolah diubah sekumpulan pengkaji sejarah, pakar sejarah menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Kementerian Pendidikan untuk tidak membenarkan sebarang c ...
Bimbang kandungan buku teks subjek sejarah sekolah diubah sekumpulan pengkaji sejarah, pakar sejarah menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Kementerian Pendidikan untuk tidak membenarkan sebarang cubaan mengenainya dilakukan.


Memetik Utusan, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan pengubahsuaian itu hanya akan menyebabkan ketidakseragaman fakta, sekali gus menimbulkan kekeliruan terutama dalam kalangan pelajar.


Kredit foto: Siemens MelayuMaju

“Bagaimana kumpulan pengkaji yang mahu mengubah kandungan mata pelajaran sejarah ini boleh dianggap sebagai pakar sejarah sedangkan latar belakang pendidikan mereka adalah dalam bidang berbeza.

“Alasan kumpulan pengkaji ini adalah untuk memberi sejarah sebenar kepada rakyat adalah mengarut kerana setiap maklumat dalam buku teks sejarah sekolah diambil daripada pelbagai sumber sahih dan melalui proses pengesahan yang ketat,” katanya.


Difahamkan, Ramlah yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan sebuah portal yang berhubung usaha sekumpulan pengkaji sejarah yang mahu melakukan perubahan menyeluruh dalam buku teks sekolah.

Menurut laporan itu, mereka akan menulis semula sejarah secara inklusif atau menyeluruh dalam masa empat tahun akan datang.

Ramlah menegaskan bahawa fakta dalam buku teks sejarah sekolah perlu dikekalkan bagi mengelak kecelaruan dalam kalangan pelajar dan ia tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk meruntuhkan pemikiran anak bangsa.


Kredit foto: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Katanya, rakyat Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat pun hormatkan sejarah tanah air mereka. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang berani mencabar dasar negara.

“Adakah sudah hilang rasa hormat kerana mudah mendapat kewarganegaraan berbanding negara lain?

“Bibit-bibit hilangnya semangat patriotisme dapat dilihat ketika ini apabila bahasa kebangsaan kita semakin dipinggirkan. Sekarang ada pula yang mahu ubah sejarah dengan alasan mahu maklumat lebih inklusif atau menyeluruh,” ujarnya lagi. - CARI
3

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-3-2019 02:01 PM
Nak kata dorang memang penduduk asal situ ke?
Quote Juju89 7-3-2019 02:16 PM
Fakta sejarah seharusnya tidak di ubah kerana mengelirukan pelajar perlu ada rang undang-undang yang memutar belitkan fakta sejarah supaya golongan muda tidak terpengaruh dengan sejarah palsu rekaan ini.
Quote EvieWanKenobi 7-3-2019 03:08 PM
betul..
Quote cmf_shalom 7-3-2019 03:13 PM
Mmg betul fakta sejarah di kekalkan..tp kalau mmg salah ..bukan fakta dah
Quote dizekni 7-3-2019 03:15 PM
Pertahankan daripada sebarang cubaan sepet
dan todi rentung nak ubah fakta sejarah Tanah Melayu
Quote chacon 7-3-2019 03:35 PM




[youtube]C_4p0CihAXs[/youtube]


Quote RatuDunia94 7-3-2019 04:22 PM
Nak ubah apa? Ng bgtau Alfonso De Albuquerque tu rupanya org indon?
Quote vee_zara 7-3-2019 05:16 PM
Subjek Sejarah Form 3 Chapter 1. Pelajar tanya kenapa hanya org Melayu je yg diceritakan. Kenapa tak da bangsa Cina dan India. ?
I ckp sbb masa tu kat Tanah Melayu hanya ada org Melayu, org Asli.
Nenek Moyang u belum di bawa masuk oleh British lg utk dijadikan buruh.  Ini Tanah milik Org Melayu dan Org Asli di Alam Melayu...
Pelajar saya Chinese n Indian. Rasa puas dpt terangkan mmg Tanah Melayu dulu milik org Melayu n Asli.
Quote Skuau 7-3-2019 05:24 PM
vee_zara replied at 7-3-2019 05:16 PM
Subjek Sejarah Form 3 Chapter 1. Pelajar tanya kenapa hanya org Melayu je yg diceritakan. Kenapa tak ...

itu cikgu....puteli hang li po..sdh lama mali?????
Quote vee_zara 8-3-2019 10:10 AM
Sudah lama mali tp bukan jd buruh. Datang sini dan dijadika  isteli sultan melaka. Bukan penduduk asal
Quote prizadane 8-3-2019 10:18 AM
vee_zara replied at 7-3-2019 05:16 PM
Subjek Sejarah Form 3 Chapter 1. Pelajar tanya kenapa hanya org Melayu je yg diceritakan. Kenapa tak ...

Good job Teacher
Quote mawar_pink 8-3-2019 10:55 AM
vee_zara replied at 7-3-2019 05:16 PM
Subjek Sejarah Form 3 Chapter 1. Pelajar tanya kenapa hanya org Melayu je yg diceritakan. Kenapa tak ...

good job cikgu...terangkan biar diorng sedar diri sket...cina n india skrg ni bahasa kebangsaan pon xreti nk ckp..lagu negaraku tu jgn harapla diorng nk hormat..
Quote vee_zara 8-3-2019 12:51 PM
mawar_pink replied at 8-3-2019 10:55 AM
good job cikgu...terangkan biar diorng sedar diri sket...cina n india skrg ni bahasa kebangsaan po ...

Selalu tegur mcm ni ke u mengaku u malaysian kalau bahasa melayu u pun lintang pukang. Mmg mencabar btul ajar deme ni semua.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064218 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top