CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Sibuk, Tahulah Aku Jaga Anak" - Reaksi Lelaki Bila Ditegur Tinggal Anak Atas Motor

11-3-2019 01:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5632| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Walaupun berita dan laman sosial dipenuhi dengan isu penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, masih ada segelintir ibu bapa seolah-olah mengambil sikap lepas tangan.

Jika dilihat, masih ada ibu bapa yang meninggalkan anak di kenderaan sementara menunggu mereka membeli barang di dalam kedai.



Walaupun hanya beberapa minit, macam-macam perkara buruk boleh berlaku dalam waktu itu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi rasa terkilannya diherdik seorang bapa selepas menegur tindakannya meninggalkan anak seorang diri di atas motor di luar sebuah pasar raya.



Bukannya berterima kasih, sebaliknya herdikan pula yang diterima.



Intan Huzaifah Haniff sempat berpesan pada orang ramai sekiranya berdepan kes seperti ini, tolonglah perhatikan sebentar anak kecil berkenaan sehingga ibu atau bapanya kembali ke kenderaan mereka.



Ramai netizen mengecam tindakan bapa terbabit yang mengabaikan aspek keselamatan anaknya.

Bukannya nak mengucapkan terima kasih, diherdik pula orang yang memberikan teguran.



Dalam masa sama, orang ramai memuji dan menghargai tindakan Intan meluangkan masa untuk menjaga kanak-kanak itu sebentar sementara bapanya berada di dalam pasar raya berkenaan.


Kredit foto: FB Intan Huzaifah Haniff

Aduhai bang, tak takut ke anak diculik atau terjatuh motor? Tak perlu seminit, sekelip mata je boleh berlaku. - CARI
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 11-3-2019 01:30 PM
Ni jenis anak mati/hilang trus buat anak lg satu..pengganti katanya. negligent sgt. susah sgt ke bwk budak tu ikut masuk kedai? Brainless sgt.and this father is not the only one...
Quote vee_zara 11-3-2019 01:30 PM
Kang jadi pape muka bapk tak guna ni la yg menangis meraup muka kesal kat tv. Org dah tolong jaga tu ucap je la terima kasih.
Quote RatuDunia94 11-3-2019 01:57 PM
Jgn kan kata motor.. yg tinggal anak dlm kereta siap pakej enjin hidup pon ramai.. konon nk masuk 7E kejap je malas nk tutup enjin n pimpin anak masuk kedai... dia x pikir agaknya org boleh bw lari kereta pakej dgn anak sekali..
Quote nanny_1 11-3-2019 02:02 PM

dah ditolong lagi kena hendik.
kalau aku memang aku luku sekali
sejenis manusia senang buat anak
kalau la moto jatuh mau patah kaki jugak anak tu kena timpa moto.
ke takut anak ambik coklat mahai dan nanti bapak takleh la beli topup rm10 kena tukar ke topup rm5.

Quote buapakperut 11-3-2019 02:22 PM
mak bapak yang tak kisah keselamatan anak combo dengan takleh tegur . besok anak hilang tak mengaku salah sendiri. zaman sekarang banyak orang gila kenapa la tak beringat
Quote Artemesiaa 11-3-2019 02:55 PM
Sebah ada yang bersikap sebeginilah buat sesetengah masyarakat malas nak ambil tahu bila nampak situasi sebegitu
Quote handbagpink 11-3-2019 03:14 PM
Mungkin buat anak tu semudah bersin. Sekali aaachuum..., keluar sorang anak...

p/s: tolong jangan membiak lagi..
Quote Queenmastani 11-3-2019 03:33 PM
Kalau aku pon buat benda yg sama w/pon dh tahu akn dimarah or dijeling sambil dicop
Mcm bagus sgt..janji bdk tu selamat.. dh brapa kali aku tegur bdk2 yg maknya tunggu ank2 yg lain balik sek sambil membawang, ank kecik dibiarkan main kt gate yg 2 langkah bdk tu dah main road..udahnya muka masam sbb aku tegur ank dia jgn main kt gate tu..kalau budak tu eksiden dpn mata aku mcm mana? Dasar mak tahu beranak je!!!

Sekian iollss melepaskan nafsu amarah kt sini
Quote fushimi 11-3-2019 03:37 PM
itu lah ko sibuk sangat jaga anak orang

apa kisah kalau mampus pun anak dia bukan anak ko

kalau aku koser nak ambik kisah hal anak orang

mak bapak budak tu non kisah pasal anak dia

Quote kroit92 11-3-2019 04:39 PM
Nana_Man replied at 11-3-2019 01:30 PM
Ni jenis anak mati/hilang trus buat anak lg satu..pengganti katanya. negligent sgt. susah sgt ke bwk ...

nak cakap pun sedih. tapi memang ada orang tak pandang nyawa budak ni, sebagai makhluk bernyawa pun. sebab kecik lagi, kalau mati, hilang, buat baru. terkesima weiii tengok manusia jenis ni.. kucing hilang anak pun meroyan, manusia tak kisah pun. gila la
sebab pernah jumpa orang macam ni. ada anak suka,
tapi kalau hilang, mati pun tak kisah. nak buat macam mana. kurang sikit perbelanjaan

sakit hati dia, aku yang nak menangis demi budak-budak yang dapat parents kejam macam ni
Quote Nana_Man 11-3-2019 05:19 PM
Artemesiaa replied at 11-3-2019 02:55 PM
Sebah ada yang bersikap sebeginilah buat sesetengah masyarakat malas nak ambil tahu bila nampak situ ...

Betul... dulu aku ada lah kaypoh jgk.. konon2 kaypoh2 tgk kn anak org. Tapi lepas brape kali nmpk the same negligience, aku dah tak kuasa. Lantak lah anak dorang. Baik aku jg anak aku sendiri.
Quote Zaien 11-3-2019 05:19 PM
kalau nak jdi.. sekelip mata je taw...
jangan la cuai or permikiran tuh "ala brape saat/minit je.. kejap jek aku msuk kdai jap"
jadi apa2 kat anak.. nyawa hilang ke hape.. tak ke nyesal seumur idop??
Quote Nana_Man 11-3-2019 05:24 PM
Queenmastani replied at 11-3-2019 03:33 PM
Kalau aku pon buat benda yg sama w/pon dh tahu akn dimarah or dijeling sambil dicop
Mcm bagus sgt.. ...

Sabar sis... i dah terkena bnyk kali.. now i dun give a damn. Pasal yg impt i jaga anak i sendiri, jgn smpi terlepas pandang, jgn terlepas pegangan tangan..
Quote Nana_Man 11-3-2019 05:27 PM
kroit92 replied at 11-3-2019 04:39 PM
nak cakap pun sedih. tapi memang ada orang tak pandang nyawa budak ni, sebagai makhluk bernyawa pu ...

Kalau budak tu mati, tu anak syurgaaaaa..... tu sbb mcm tak kisah.. nari meninggal, bsk lusa dah main lagi buat anak lg satu..
Quote ikanmasin 11-3-2019 06:06 PM
mcm lah tak bole ucap terima kasih sbb tlg jagakan kejap..
siap sindir 2 lg..takperla bila jadi sesuatu kat anak tu nnt jgn pl
kata org ramai taknak tlg yer..bapa jenis pentingkan diri sendiri..
org bantu pun nak marah2..
Quote cmf_erica 11-3-2019 07:56 PM
Dah la bodoh..sombong pulak tu. Tak ke menyusahkan orang kalau hilang budak tu.
Quote KakiSelpi 11-3-2019 11:30 PM
1 yg aku puji... budak 2 dipakaikan helmet...
ada jer parent pundey yg bawak anak kecik kt highway xpkai helmet.. siap langgar lampu merah bagai.
Quote kejesame 12-3-2019 01:02 AM
cmf_erica replied at 11-3-2019 07:56 PM
Dah la bodoh..sombong pulak tu. Tak ke menyusahkan orang kalau hilang budak tu.

Org cmtu mmg minta kene maki pun...
Quote chinta89 12-3-2019 10:18 AM
kalau anak kena culik, kena bunuh ke ape ke...

jgn sibuk mtx simpati, mintak viral cari anak hilang, mtx doakan supaya anak ko x kena rogol ke ape ke, mtx dana etc ye.

dan jgn mtk org cari anak ko tuh bila kena kidnap. ko pandai jaga kan!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047552 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top