CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Mungkin Ada Leftenan Zana 2!"-Sheila Rusly Masih Marah Dengan Janna Nick Ke?

21-3-2019 11:32 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7383| Komen: 14|Original author: Oleh: Saiful


Fuh gempak drama Leftenan Zana, 25.5 juta tontonan.

Ramai nampaknya yang berminat dengan genre seperti ini namun menurut penerbit dan pelakonnya, Sheila Rusly,


“Tidak akan ada Leftenan Zana 2. Perkara ini takkan berlaku. Saya tidak mahu janji apa, cuma terus terang cakap, memang tak ada.

“Namun, disebabkan sokongan rakyat Malaysia yang inginkan genre ketenteraan lagi, saya bersama suami, Jinggo akan usaha dan terbitkan genre ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ramai yang membuat spekulasi perkara ini berikutan perselisihan faham yang berlaku antara Sheila Rusly dan Janna Nick. Tapi hanya mereka sahaja yang tahu.


Pihak JS Pictures Sdn Bhd kini dalam perbincangan dengan pihak stesen TV dan Kementerian Pertahanan untuk menerbitkan sesuatu yang lebih gempak.

“Kali ini bukan lagi mengenai kadet, tetapi memberi fokus kepada tentera sebenar. Kiranya, kita ke tahap yang lebih tinggi lagi.

“Doakan saya dan suami diberikan kesihatan baik, ilmu bermanfaat dan berjaya."


Tambah Sheila kejayaan drama itu telah memberi semangat untuknya untuk mengahsilkan karya yang bermutu dan sarat dengan mesej berguna.

“Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur. Ada gembira dan sedih. Tapi, alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala penat lelah bersama suami dan kru hingga mendapat hasil seperti ini.

“Terima kasih stesen televisyen dan Kementerian Pertahanan kerana memberi kepercayaan kepada JS Pictures. Bukan senang nak buat drama genre ketenteraan."-CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awex^returns 21-3-2019 11:40 AM
aku cuma nak tahu kenapa dia marah sangat kat janna
janna caras laki dia ke

tu je

Quote manehnya 21-3-2019 11:55 AM
citer ni best la jugak.. walaupun aku x selalu tengok tivi 3 suku
Quote BoongaKertas 21-3-2019 12:11 PM
awex^returns replied at 21-3-2019 03:40 AM
aku cuma nak tahu kenapa dia marah sangat kat janna
janna caras laki dia ke

kan? iols jua teringin tahu sbb lama sgt sheols sentap dah ni
Quote MadameOnion 21-3-2019 12:40 PM
manehnya replied at 21-3-2019 11:55 AM
citer ni best la jugak.. walaupun aku x selalu tengok tivi 3 suku

bebudak mmg suka leptenen zana ni..anak i tak pernah miss..so i pun terpaksa la tengok
Quote chicozinn 21-3-2019 12:46 PM
alah bukan best pun..lebih kepada si tunku hanis acah2 pengkid kne garau sore..totally fake la..
Quote nolya 21-3-2019 02:21 PM
BoongaKertas replied at 21-3-2019 12:11 PM
kan? iols jua teringin tahu sbb lama sgt sheols sentap dah ni

Apa juga yg terkilan di hati SR dgn Janna biarlah menjadi rahsia antara mereka. Tak perlulah netizen terlalu beriya2 benar nak tau kerana itu nanti  akan lebih mengeruh keadaan, menimbulkan cakap2 yg tidak baik dn saling kata-mengata, keji-mengeji dn fitnah sana sini. InsyaAllah, keadaan akan kembali tenang kalau perkara tidak diheboh2kan.   Kekadang, sesuatu hal kalau terlalu diperkatakan akan menjadi lebih kalut dn hasut-menghasut. So just let every thing be as it is. Persoalan mereka, merekalah selesaikan. Jgn ada aib antara mereka dn jgn juga kita meraikan aib mereka jika ada. To SR bersabarlah dgn ujian yg selalu ada.     
Quote BoongaKertas 21-3-2019 02:48 PM
nolya replied at 21-3-2019 06:21 AM
Apa juga yg terkilan di hati SR dgn Janna biarlah menjadi rahsia antara mereka. Tak perlulah netiz ...

baiklah kaka. insof meols. tp cuma kalau tak dicanang2 oleh SR sendiri, idoklah netizen begitu curious gittew.
Quote mieymiey 21-3-2019 03:39 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1
Quote ikanmasin 21-3-2019 03:46 PM
jadi wait n see lah.hrp2 bebaik sajalah.pusing2 pun tang tu jg..

Quote puteribaya 21-3-2019 04:50 PM
mieymiey replied at 21-3-2019 03:39 PM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1151577&extra=page%3D1

TQ dik..dia x nampak la agaknya tred ni dah ada..
Quote manjalara_01 21-3-2019 05:16 PM
my opinion pulak, at least JS productions ade guts nak buat something different kan? tgk pun bleh tahu bukan senang nak produce drama genre tentera mcm ni....

kalau x balik2...drama cinta adaptasi novel...come on...so sick of this genre...kalau genre same tp ade kelainan xpe jgk..ni balik2..saye awak, saya awak...bg bunga..etc...lepas tu hero duk tgh2 panas pakai 3 piece suit??.facepalm..

Quote mieymiey 22-3-2019 08:19 AM
puteribaya replied at 21-3-2019 04:50 PM
TQ dik..dia x nampak la agaknya tred ni dah ada..

Kalau dia nampak pun dia tetap bukak benang baru sis.
Quote puteribaya 25-3-2019 03:13 PM
mieymiey replied at 22-3-2019 08:19 AM
Kalau dia nampak pun dia tetap bukak benang baru sis.

bia laa..asal dia hepi
Quote cik_kuntum36 25-3-2019 03:14 PM
bebudak ramai sangat suke cite ni,,, so bagus la dari bebudak tgk cite2 cintan pastu teringin nak bercintan2...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.102690 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top