Satu rakaman video menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee 'bergaduh' dengan seroang pengayuh beca tular di media sosial.
Utusan Online melaporkan video berdurasi 1 minit 35 saat itu berlaku di hadapan Menara Taming Sari di Banda Hilir Melaka ketika beliau melawat kawasan tersebut. Difahamkan semasa berbincang dengan peniaga di kawasan tersebut, Norhizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani 'bergaduh' dengan perakam video tersebut sebelum beliau ditenteramkan oleh orang ramai. Dalam satu kenyataan, Norhizam menjelaskan beliau pergi ke sana kerana dijemput seorang wakil peniaga untuk berbincang tentang permasalahan yang berlaku.
“Sewaktu berbincang, saya memaklumkan untuk mengadakan kursus kepada pengayuh beca supaya mereka boleh memberi imej yang terbaik kepada mutu pelancongan negeri tetapi seorang daripada mereka yang merakamkan video itu cuba melakukan provokasi terhadap saya. “Saya percaya individu itu sengaja berbuat demikian kerana rakaman tersebut cuba memaparkan seolah-olah saya memandang rendah para pengayuh beca di negeri ini sedangkan saya datang ke situ untuk mendengar dan menyelesaikan masalah di kawasan itu. Susulan itu Norhizam membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir supaya penularan rakaman video tersebut tidak menjejaskan imej kerajaan negeri dan kempen Tahun Melawat Melaka 2019. -CARI
|
pokaibanktokyo replied at 28-3-2019 07:54 AM
Hahaha."Awak tau saya sapa ?" Standard p*ndek punya hujah
pokaibanktokyo replied at 28-3-2019 07:54 AM
Hahaha."Awak tau saya sapa ?" Standard p*ndek punya hujah
Buritan replied at 27-3-2019 11:58 PM
Kek fesbook org letak muka dia sebelah babi.. tp bila kupandang ade akan akan pulak cam adik berad ...
tokchik replied at 28-3-2019 12:02 AM
Kan
"Awak tau saya siapa"
dinopower2 replied at 28-3-2019 08:04 AM
dulu2.. klau pemimpin umno harus la @dodolgemok bertunggu bertangga dkt forum kutuk berbakul....
...
pokaibanktokyo replied at 28-3-2019 08:06 AM
Nampak sangat terencat akal. Biasalah ahli dap bahalol sekor sekor
Buritan replied at 28-3-2019 12:13 AM
What u expect from dreba..
myakayina replied at 28-3-2019 08:23 AM
style nak cari gaduh je dia ni...esok dah bertemu buku dgn ruas baru padan muka ko...
ADVERTISEMENT