CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Kerana Cemburu

1-4-2019 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2504| Komen: 10

Description: Seorang wanita maut akibat cedera di kepala selepas dipukul kekasih dengan topi keledar.
Seorang wanita maut akibat cedera di kepala selepas dipukul kekasih dengan topi keledar.


Gambar Hiasan


Memetik Utusan, kejadian berlaku ketika pasangan terbabit bersiar-siar di Persiaran Bayan Indah, Pulau Pinang kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 37 tahun dalam keadaan mabuk ketika menuduh suspek, 55, ada skandal dengan wanita lain hingga tercetus pertengkaran.

Berang dituduh, suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum cuba dihalang orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi semalam.


Foto: Utusan


Hasil siasatan awal mendapati, pasangan itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu, namun baru empat hingga lima bulan lalu mereka mula menjalin hubungan serius.

Semakan polis juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Suspek diremah tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wajaman 1-4-2019 05:50 PM
kaum apa ni?
Quote JunkMail 1-4-2019 05:52 PM
Nak kata rempit dah tuo pulak...
Laki tak berguno macam ni takyah lah nak cemburu sangat akak...membazir je
Quote afidahhb 1-4-2019 06:06 PM
15thn berkawan.. baru nak serius ohhh
Quote prettyuglybabe 1-4-2019 06:30 PM
bak kata abang jamil.. dah tua pun bodoh..
Quote jazaa100 1-4-2019 07:12 PM

klu dadah.....tak melayu, rentung pot pura.....

Quote rayray28 1-4-2019 07:14 PM
Mcm iras wemy jew
Quote Elle_mujigae 1-4-2019 07:15 PM
Oh my..teringat video yg tular hari tu..yg lelaki tu pi langgar gf dia..nasib baik tak mati anak org tu...kalau tak jadi kes bunuh siap ada bukti org rakam lagi..
Quote kroit92 1-4-2019 07:52 PM
dua tiga hari ni, ada je kes jenayah, kes pelik dari negeri ni
Quote jeligoreng 2-4-2019 10:19 AM
Elle_mujigae replied at 1-4-2019 07:15 PM
Oh my..teringat video yg tular hari tu..yg lelaki tu pi langgar gf dia..nasib baik tak mati anak org ...

Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially yang tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin macam mana lah. Minta dijauhkanlah dari orang macam ni
Quote Elle_mujigae 2-4-2019 10:31 AM
jeligoreng replied at 2-4-2019 10:19 AM
Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially ya ...

Ya, video yg tu..crazy kan..kita doa doa sgt supaya mata tak 'buta' kalau dah berpasangan nanti...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.416540 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top