CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Tauhu Masak Sambal Sedap, Hanya Ambil Masa 5 Minit!

3-4-2019 11:03 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10691| Komen: 34|Original author: Oleh: intan

Description: Jika anda seorang yang berkerjaya dan tiada masa untuk memasak secara 'grand' buat seisi rumah, mungkin boleh cuba resipi tidak sampai lima minit ini. Selain rasanya yang sedap, ianya juga amat mengen ...
Jika anda seorang yang berkerjaya dan tiada masa untuk memasak secara 'grand' buat seisi rumah, mungkin boleh cuba resipi tidak sampai lima minit ini. Selain rasanya yang sedap, ianya juga amat mengenyangkan.

Menelusuri laman Facebook Masak Apa Harini (MAHN), saudari Nur Asykeen telah berkongsi resipi tauhu masak sambal yang sangat sedap. 

Kebiasaannya, tauhu akan dibuat sebagai masak tiram dan kali ini boleh cuba sedikit kelainan dengan masak sambal pula.



Langkah pertama, keluarkan tauhu dari plastik, bilas dengan air dengan berhati-hati supaya tidak berkecai dan potong mengikut saiz dikehendaki. Bulat atau petak, terpulang kepada cita rasa masing-masing.


Goreng dengan telur

Ambil dua biji telur, tambah sedikit perasa dan garam. Masukkan tauhu ke dalam telur dan rendam sekejap. Kemudian, goreng sehingga kekuningan. Ratah pun dah sedap!


 
Resipi Masak Sambal

Untuk resipi masak sambal, mudah sahaja. Rendam 10 tangkai cili kering buat seketika. Kemudian, kisar bersama bawang merah (dalam 10 biji), bawang putih dan halia. 

Kisar hingga halus dan tumis hingga minyak.  Dah garing cili tersebut, masukkan tauhu yang telah digoreng sebelum tambah sedikit serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati.


Siap!



Dah siap tauhu goreng masak sambal. Anak dan suami pasti suka. Selamat mencuba! - CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Atikahmaarof

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninu 3-4-2019 11:06 AM
nak try la buat balik ni
Quote RatuDunia94 3-4-2019 11:38 AM
Tahu ni iols selalu buat sup je.. sedap..
Quote Indahrupawan 3-4-2019 11:50 AM
Okay boleh cuba ni
Quote stapler89 3-4-2019 02:58 PM
sedapnyeee
Quote KakYien 3-4-2019 03:06 PM
Sedapnyer...selalu goreng manja2 dan masuk dalam sup sayur je
Quote ainnidzan 3-4-2019 05:22 PM
selalu masak sambal telor je, boleh la try menu baru
Quote Keisha_izara 4-4-2019 12:21 AM
Tauhu jepun kan orang panggil ni,hahaha..sedap ni,selalu buat sup sayur je..nanti boleh cuba resepi ni
Quote mawar_mustika 4-4-2019 08:49 AM
nk buatlh esk..sedap plak nmpk
Quote az20 4-4-2019 11:33 AM
boleh cuba ni
Quote ikanmasin 4-4-2019 01:39 PM
tq share resepi..sblm ni biasa buat sup telur jer.letak carrot dgn kentang
Quote OrkedCattleya 4-4-2019 08:43 PM
Selalu masak dengan oyster sauce je..
Boleh la try lepas ni...
Quote twinkleboo 9-4-2019 03:37 PM
Sedap nya!
Quote kyrana_nana 12-4-2019 01:32 AM
lapar terus..kene buat ni..
Quote yayangmama 15-4-2019 11:03 AM
wow...mcm sedapppp je...

boleh la try...da naik jemu tak tau nak msk ape
Quote chinta89 17-4-2019 09:46 AM
dap ermmmmmmmm
Quote iznanaziz 22-4-2019 02:22 PM
ainnidzan replied at 3-4-2019 05:22 PM
selalu masak sambal telor je, boleh la try menu baru

kannn...

i pun baru tau...tapi kalau guna tauhu yg empat segi tu, tak sedap le kut
Quote iznanaziz 22-4-2019 02:23 PM
Keisha_izara replied at 4-4-2019 12:21 AM
Tauhu jepun kan orang panggil ni,hahaha..sedap ni,selalu buat sup sayur je..nanti boleh cuba resepi  ...

i pun panggil tauhu jepun
Quote iznanaziz 22-4-2019 03:49 PM
OrkedCattleya replied at 4-4-2019 08:43 PM
Selalu masak dengan oyster sauce je..
Boleh la try lepas ni...

cer bg resepi dgn oyster sauce pulak
Quote OrkedCattleya 23-4-2019 03:21 PM
iznanaziz replied at 22-4-2019 03:49 PM
cer bg resepi dgn oyster sauce pulak

Bahan-bahan :
-Bawang putih
-Halia
-Sos Tiram
-Tauhu Telur (potong dan goreng)
-Cendawan Tiram
-Tepung Jagung
-Telur

Cara masak :
-Hiris Halia dan Bawang putih
-Panas kan 1 sudu minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
-masukkan air (ikut la banyak mana nak buat kuah banyak/sikit) dan didihkan
-masukkan sos tiram
-masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
-Bila kuah dah likat (ikut citarasa) masukkan cendawan tiram dan tauhu telur yang dah digoreng tadi
-perasakan dengan garam
-Akhir sekali masukkan sebiji telur. jangan terus kacau. Agak dah separuh masak baru kacau dan rata kan telur.
Siap!

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.541561 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top