CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Tak Nak Kepak Atau Paha, Gedik!' - Pekerja Restoran Segera Dikecam Kerana Bahasa Kasar

2-4-2019 10:47 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9473| Komen: 50|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Menjadi pekerja di bahagian servis hadapan sememangnya memenatkan. Apalagi apabila bekerja di restoran segera yang sememangnya sentiasa sibuk dengan pelanggan tanpa mengira masa. 

Ditambah dengan pelbagai permintaan dan karenah pelanggan, sememangnya akan menguji tahap kesabaran pekerja. Tapi, ini tidak bermakna pekerja boleh sesuka hari memanggil pelanggan dengan bahasa kasar!



Kredit foto: Twitter

Inilah yang berlaku kepada seorang netizen yang berkongsi pengalamannya membeli makanan di sebuah restoran segera. Berkongsi di Twitter, Ridzuan Ahmad berkata, beliau dan rakannya membeli makanan di sebuah restoran cawangan mereka yang baru dibuka di Shah Alam.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, beliau terkejut apabila resit yang diberikannya mempunyai catatan menggunakan bahasa kasar; 'TKNK Kepak atau Paha, Gedik!' kata tulisan tersebut.

Ridzuan berkata, beliau dan rakannya tersinggung kerana kenyataan tersebut sudah pasti merujuk kepada mereka. \\

'Mungkin kerana kami banyak membuat perubahan pada menu sehingga digelar gedik,' tambahnya.


Kredit foto: Twitter

Netizen yang membaca perkongsian tersebut turut bersimpati walaupun ada yang cuba menerangkan bahasa nota kaki itu ditujukan kepada rakan sesama pekerja. Kenyataan itu bagaimanapun dinafikan Ridzuan kerana resit itu diberikan kepada pelanggan.


Kredit foto: Twitter / lobakmerah

Sehubungan itu, rakan kepada Ridzuan telah menulis surat aduan kepada pihak pengurusan restoran tersebut yang berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika aduan itu benar. Mereka juga memohon maaf kepada Ridzuan dan kawannya.


Kredit foto: Twitter / lobakmerah

Bagi sesiapa yang pernah bekerja separuh masa di restoran segera, memang pernah mengalami keadaan seperti ini di mana pelanggan banyak karenah ketika waktu puncak dan membuatkan kita 'lepas geram'. Tapi, janganlah sehingga sampai melepaskan kemarahan kepada pelanggan. - CARI

1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 2-4-2019 10:55 AM
ko bayar berbelas belas ringgit, pastu ko dapat paha ngan kepak yang size cenonet gitu... berbaloi ke? jauh lah dari menggedik.. sepatutnya bahagian tu jual harga lain.. jual murah sikit... staff y buat komen gedik tu mmg very rude!!!!!
Quote Sang_Pencinta 2-4-2019 11:01 AM
Sekarang saiz kepak dan paha besar sedikit dari jari kelingking je kan??  
Quote AwanCikDania 2-4-2019 11:07 AM
I pun suka minta bahagian selain kepak dan peha. Sbb saiz mcm anak ayam. Kecik cenonet. Dahlah kfc dh mahal skrg ni.
Quote imransulaiman 2-4-2019 11:10 AM
Fast food apa ni?? Nak tahu nama restoran...


OT - hari ni hari Selasa..nak ke KFC beli 9 pieces for RM19.90 emmmmm...
Quote Skuau 2-4-2019 11:14 AM
smlm pi sebuah restoran mkn segera...depa mcm x bersedia dgn permintaan cus@nak senang jer... (nak cus....ikut jer lah apa yg ada kat menu... xpyh bnyk songeh).
Quote makton 2-4-2019 11:19 AM
imransulaiman replied at 2-4-2019 11:10 AM
Fast food apa ni?? Nak tahu nama restoran...

rasanya tu Texas. sbb nampak menu honey butter biscuits tu
Quote electricopop 2-4-2019 11:23 AM
Texas Chicken ni... kantoi nampak Honey Butter Biscuit kt resit.
Quote blythes 2-4-2019 11:26 AM
texas chicken i-city ye. baik
Quote renko 2-4-2019 11:28 AM
mcm sial je
salu ape yg org xnk
tu lah dibaginye
pastu bila suh tukar buat muka cm anjing kena pijak ekor
Quote merrissa 2-4-2019 11:41 AM
alahai bukannya ayam tu ko yg beli....ko serve je pon...layan je la pon permintaan customer...nak emo apesal....kalo ko sndrik customer, mesti lagi terok kot request nya.....

Quote kikuri 2-4-2019 11:53 AM
Edited by kikuri at 2-4-2019 11:54 AM

aku pun penah kena kot dengan cashier kfc... aku tanya laki aku je kot nak yang mana... order aku kena tunggu pastu dia cakap  kat kawan dia tu pompuan ngade ngade tu... taik betoi la....
Quote mohdcrow 2-4-2019 11:54 AM
Suruh keja toreh getah x nak....pokok getah x der request2 paha dengan kepak
Quote disneyrecess 2-4-2019 12:46 PM
Kalu meols, meols nak staf yg type gedik tu buat permohonan maaf terbuka melalui video. Pengajaran utk semua.
Quote Artemesiaa 2-4-2019 12:51 PM
Yang gi taip gedik kat resit buat apa mengundang masaalah buat diri sendiri juga akhirnya
Quote pearl.silver 2-4-2019 01:10 PM
makton replied at 2-4-2019 11:19 AM
rasanya tu Texas. sbb nampak menu honey butter biscuits tu

Tp texas bhgian kepak dia besar.. Sbb seketul kepak joint ngn isi dada.. I suka dpt kepak kt texas sbb kira 2ketul aym kfc..
Tp skang xtau la if kepak dia dah separate dr dada
Quote makton 2-4-2019 01:47 PM
pearl.silver replied at 2-4-2019 01:10 PM
Tp texas bhgian kepak dia besar.. Sbb seketul kepak joint ngn isi dada.. I suka dpt kepak kt texas ...

yes, smpai skrg kepak texas masih besar.. drummet dia sambung dgn dada.
tak mcm kfc, kepak dia mcm saiz ayam serama je
Quote pearl.silver 2-4-2019 01:54 PM
makton replied at 2-4-2019 01:47 PM
yes, smpai skrg kepak texas masih besar.. drummet dia sambung dgn dada.
tak mcm kfc, kepak dia mc ...

Tu la sis.. Kepak kfc, mcd dpt cinonet je.. Kt texas puas mkn
Quote Elle_mujigae 2-4-2019 02:07 PM
Aduhaiii nampak gambar ayam goreng terliur iols...sedapnyaaa!
Quote ikanmasin 2-4-2019 02:35 PM
bijak pl cashier tu..dia tak fikir ke benda tu ada sekali..
sendiri cr masalah tanggung lah..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top