Perkongsian video oleh seorang lelaki di Twitter baru-baru ini yang menunjukkan transformasi wajah kakakanya dari seorang agak kasar, lasak dan nampak ganas kepada wajah yang bersolek cantik lengkap memukau ramai netizen.
Lelaki itu, Daniel berkata kakaknya Effa Azura yang bekerja sebagai pelatih pengawal keselamatan menyatakan hasratnya untuk mempelajari cara bersolek dan mula berhijab susulan mendapat kenaikan pangkat. "Kami sekeluarga berkumpul di rumah selepas makan malam dan apabila tinggal saya dan kakak di meja makan, dia meluahkan hasratnya untuk bertudung dan bermekap, jadi saya menawarkan diri untuk mengajarnya memandangkan saya bekerja sebagai jurumekap part time," terangnya. "Memang saya teringin nak mekapkan dia kerana saya rapat dengannya," tambah Daniel lagi. Menurutnya kakaknya hampir tidak percaya perubahan wajahnya selepas disolek dan ibunya juga hampir menangis melihat perubahan wajah kakaknya selepas dirias. Netizen yang melihat gambar dan video itu turut kagum dan memuji hasil kerja Daniel. "Kakak saya kata berbaloi penat lelah memakai mekap lengkap selepas tengok hasilnya." Transformasi Effa itu mendapat pujian ramai. Ada yang berkata wajahnya selepas disolek saling tak tumpah seperti penyanyi Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza. Ada pula yang berkata tudung yang dipakai Effa mengubah wajahnya sebanyak 360 darjah. "Dia nampak sangat lawa dengan hijab," kata seorang netizen. Yang pasti, Daniel berkata dia bangga dapat membantu kakaknya mendapatkan hasil yang diidamkan. Semoga Effa juga lebih yakin dengan penampilan barunya. -CARI |
Andyscenes replied at 3-4-2019 12:15 PM
Betul2 berubah lah, sis @dodolgemok bila nak pakai tudung? Confirm lawo
ADVERTISEMENT