Lapan remaja ditahan di sebuah kedai kopi di Beaufort, Sabah selepas bertengkar gara-gara tambah nilai prabayar. Memetik mStar Online, kejadian berpunca selepas remaja beruisa 18 tahun berang apabila salah seorang suspek berusia 15 tahun menghubungi adik perempuannya dan meminta untuk menambah nilai prabayar telefonnya.
Tidak puas hati dengan hal itu, remaja terbabit mengajak pelajar berkenaan untuk berbincang di kedai kopi dengan membawa saudara masing-masing pada Sabtu lalu. Menurut Ketua Polis Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, dua saudaranya menemani remaja berkenaan, manakala pelajar terbabit membawa empat saudaranya ke luar kedai kopi tersebut pada jam 5 petang. Bagaimanapun, perjumpaan antara dua kumpulan itu berakhir dengan pergaduhan sebelum polis menahan kesemua suspek berusia antara 14 hingga 19 tahun.
Namun, Azmir mengesahkan pergaduhan itu tiada kaitan dengan mana-mana pembabitan kumpulan tertentu. - CARI
|
ADVERTISEMENT