|
Seorang remaja berusia 17 tahun, Karina Roque tergamak bunuh adik lelakinya sendiri yang baru berusia 5 tahun. Daily Mail melaporkan, kejadian yang berlaku di Sao Roque di tenggara Brazil itu menyaksikan remaja berkenaan melakukan ritual pelik selepas polis menjumpai beberapa batang lilin doletakkan di sekeliling mayat mangsa.
Badan mangsa, Maycon Roque juga dikerat selain alat kelaminnya dimakan oleh kakaknya itu. Polis menyatakan kejadian berlaku semasa ibu mereka keluar untuk membeli belah. Karina dipercayai memujuk adiknya ke bilik dan menekup mangsa dengan bantal. Ibu mereka yang pulang beberapa jam kemudian mendapati pintu rumah mereka dikunci sebelum meminta bantuan menantu untuk membukanya.
Disebabkan terlalu ngeri, ibu mangsa pengsan dan suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Detektif Anderson Góes berkata, “Mereka cuba menghalangnya daripada melarikan diri namun dia bertindak agresif dan membaling objek menyebabkan bapa saudaranya cedera. Bagaimanapun, remaja itu akhirnya berjaya ditahan." -CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061414 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.