CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selamat Mengundi Indonesia! Ini 6 Fakta Mengenai Pilihan Raya Indonesia 2019 Yang Perlu Anda Tahu

17-4-2019 12:03 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4864| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Hari ini, 17hb April 2019, negara jiran Indonesia akan mengadakan pilihanraya (atau Pemilu) untuk sekali lagi memilih pemimpin mereka selepas sepenggal berlalu di bawah pemerintahan Presiden Jokowi.


Kredit foto: Carian Google
Dianggarkan seramai 193 juta penduduk negara itu layak mengundi dalam pilihanraya kali ini. Selain daripada jumlah pengundi yang banyak, pilihanraya kali ini juga mencatat banyak sejarah. 

Menurut laman Matamatapolitik, ini 6 fakta menarik mengenai pilihanraya kali ini yang perlu anda tahu;


1. Calon Presiden

Pilihanraya kali ini adalah pertandingan ulangan di antara Presiden Joko Widodo @ Jokowi dan Prabowo Subianto, seorang bekas pegawai tertinggi tentera yang terlibat dalam kes penculikan aktivis mahasiswa pada tragedi 1997 dan 1998.


Persaingan sengit pada tahun 2014 dimenangi oleh Jokowi yang ketika itu mempunyai imej pembaharuan, segar, bersih, tidak terikat dengan politik elit dan ketenteraan.

Bagaimanapun, imej Jokowi tercalar berikutan beberapa isu kempen tardahulu dan pemilihan ulama Islam yang kontroversi, Ma'ruf Amin sebagai timbalannya. Ramai membuat spekulasi bahawa ini adalah cubaan Jokowi menutup kritikan bahawa dia tidak Islamik. Prabowo pula memilih Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno sebagai timbalannya.


Kredit foto: Carian Google
2. Pilihan Raya Serentak 5 Tahap Pemerintahan


Sekiranya di Malaysia kita ada dua undi serentak untuk Parlimen dan DUN, di Indonesia pula pilihanraya kali ini adalah untuk memilih 5 tahap pemerintahan; Presiden dan Timbalan, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Provinsi (DPRD) dan Kota.

Pengundi akan menerima 5 kertas undi berbeza mengikut warna.


Kredit foto: Carian Google

3. Antara Pilihan Raya Terbesar di Dunia


Dengan jumlah pengundi berdaftar 192.8 juta orang, pilihanraya ini dikatakan antara pilihanraya terbesar di dunia dengan jumlah 809,500 buah pusat mengundi di seluruh dunia.

Lebih 300,000 orang calon berkempen untuk merebut 20,528 buah kerusi di 34 buah Provinsi dan 500 buah kota. Proses pengundian akan dibuka seawall 7 pagi, dan jumlah undi akan dikira oleh pegawai pilihanraya bermula 1 tengahari disaksikan oleh wakil setiap calon. 

Kerana jumlah pengundi yang ramai, keputusan rasmi kadangkala hanya diumumkan beberapa minggu kemudian tetapi pemenang dapat 'dibayangkan' pada hari pengiraan pertama.


Kredit foto: Carian Google
4. Kuota Calon Wanita

Pemerintah Indonesia telah mula mengenakan kuota calon wanita kepada semua parti politik yang bertanding sejak 1999. Pada pilihanraya lalu, kuota calon wanita ialah 18%, dan tahun ini parti yang tidak mencapai syarat jumlah 30% calon wanita tidak akan dibenarkan bertanding.


Bagaimanapun, berikutan 'trend pelik' di kalangan pengundi Indonesia untuk cenderung memilih calon nombor satu (teratas) dalam urutan nama tidak kira parti, ramai calon wanita ini gagal bersaing kerana mereka sering diletak di bahagian bawah puluhan nama calon. Pada pilihanraya tahun ini, hanya 19% daripada calon wanita itu diletak di posisi atas kertas undi.



Kredit foto: Carian Google

5. Pengundi Muda

Pengundi muda berusia 17-35 tahun mendominasi dengan 40% daripada jumlah keseluruhan. Ramai di antaranya mengundi buat kali pertama. Berikutan itu, kempen menampilkan media massa dan konsert rocak sangat popular di kalangan calon. Malahan, ada parti politik yang mengeluarkan pakaian jenama bertemakan slogan mereka sebagai usaha menarik golongan ini.


Kredit Foto: Carian Google
Walau diberi stereotaip sebagai golongan yang urban, berpendidikan dan mempunyai kepakaran media yang tinggi, kajian terkini mendapati masih ramai golongan muda Indonesia berfikiran konservatif. 

Dalam satu kajian terhadap mahasiswa Universiti Islam Jakarta dan pelajar sekolah menengah pada tahun 2017, 33% daripada mereka berpendapat 'tidak ada masalah' bagi pemimpin Muslim untuk memberi tekanan kepada golongan minoriti. Bahkan 34% golongan muda Muslim ini percaya golongan bukan Islam 'halal untuk dibunuh'.


6. Kontoversi Dan Teknik Kotor Pilihan Raya

Indonesia adalah pengguna Facebook keempat tertinggi di dunia iaitu 130 juta dan juga  pengguna utama Twitter, Instagram, WhatsApp, dan Line. Oleh itu kadar manipulasi politik melalu media sangat tinggi dan terdapat golongan yang dipanggil 'buzzer' boleh dibayar khidmat supaya topik mengenai seseorang calon trending di media.

Kredit Foto: Twitter
WhatsApp juga menjadi medan politik dan menyebarkan berita palsu sehinggakan awal tahun ini, WhatsApps mengumumkan satu nombor telefon hanya boleh menghantar maksimum 5 mesej sehari pada tahun untuk menyekat penyebaran informasi yang salah di Indonesia.


Kredit foto: Carian Google
Selamat mengundi diucapkan kepada semua rakyat Indonesia. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 12:18 PM
Minggu lalu Kubu Kuat Jokowi di Kedutaan Maysia dituduh curang / menipu apabila banyak kertas undi dicoblos sebelum waktunya

Kini kubu kuat Prabowo di Kedutaan Indonesia, Hong Kong pula didakwa melakukan kecurangan

[youtube]898IAmaapso[/youtube]
Quote rosevelvet 17-4-2019 12:19 PM
Fakta yg pilih calon yg tersenarai paling atas dlm kertas undi  tanpa mengira parti. Whatttt???
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 12:24 PM
rosevelvet replied at 17-4-2019 12:19 PM
Fakta yg pilih calon yg tersenarai paling atas dlm kertas undi  tanpa mengira parti. Whatttt???

Pengundi malas mungkin

Bayangkan saja ada kawasan yang punya 42 calon!!


Quote cmf_almondpecan 17-4-2019 12:27 PM
rosevelvet replied at 17-4-2019 12:19 PM
Fakta yg pilih calon yg tersenarai paling atas dlm kertas undi  tanpa mengira parti. Whatttt???

So kalau draw lots tu kebetulan dapat calon no.1, dia la ada harapan besar nak menang. Wow. Speechless.

Quote rosevelvet 17-4-2019 12:28 PM
Sang_Pencinta replied at 17-4-2019 12:24 PM
Pengundi malas mungkin

Bayangkan saja ada kawasan yang punya 42 calon!!

Logik. X sempat nk study n nk hadam memandangkan byk sgt fitnah kt medsoc. Plus msyrkt yg malas membaca
Quote nellyberry 17-4-2019 12:31 PM
Selamat mengundi Indo!
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 12:35 PM
Edited by Sang_Pencinta at 17-4-2019 12:36 PM

Mengikut kata orang (my Indonesian friend) dalam 5 level pemerintahan tu ada yang mementingkan Presiden & Timbalan Presiden sahaja

So level2 yang lain tu terutamah yg bawah, banyak calon diorang tak sempat berkenalan semasa kempen

Main tembak jel lah undi, banyak yg tembak nombor 1 sebab ada 'ong' lol

Quote nellyberry 17-4-2019 12:36 PM
Selamat mengundi Indo!
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 01:44 PM
Edited by Sang_Pencinta at 17-4-2019 04:27 PM

Pungutan pendapat ya, pendapat je
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 01:44 PM
Result LIVE

https://www.indonesia-investment ... ults/item9118#poll0
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 01:47 PM
RESULT LIVE AKAN DIUPDATE DI THREAD INI
Quote RatuDunia94 17-4-2019 01:50 PM
Ramainya calon... knp x had kan pd beberapa calon je. Pening gak eh mcm tu..
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 04:24 PM
Incumbent Joko Widodo is leading challenger Prabowo Subianto in Indonesia’s presidential election, according to several unofficial quick counts. Here's a summary:
Widodo, known as Jokowi, leads 55.34% in SMRC quick count
Jokowi leads 56.7% in CSIS count
Jokowi leads 55.69% in Indo Barometer
Jokowi leads 56.36% in Poltracking Indonesia
Jokowi leads 55.37% in Kompas
Jokowi leads 55.97% in Indikator
Jokowi leads 56.44% in Poltracking
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 04:28 PM
Kiraan Undi Terkini, Jokowi mendahului
Quote perembes 17-4-2019 08:07 PM
indonesia buat mrt utng 40 thn dgn jipun..  omg..  br 15 km..  

rakyat la susa nk tggung utg
Quote Otaku85 17-4-2019 08:44 PM
Prabowo bekas menantu Suharto sudah tentu majoriti rakyat tak suka dia.
Quote Otaku85 17-4-2019 08:45 PM
Lagipun dia cina bukannya jowo mcm Jokowi
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 09:20 PM
Nampaknya Team Jokowi bakal menang besar
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 09:21 PM
Liputan6.com, Jakarta - Hasil hitung cepat atau quick count Pilpres 2019 versi Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC) menunjukkan pasangan Jokowi-Ma'ruf Amin unggul atas Prabowo Subianto-Sandiaga Uno di wilayah DKI Jakarta. Namun, Jokowi hanya menang tipis dari Prabowo.

Berdasarkan suara masuk 87,67 persen pada pukul 19.00 WIB, Jokowi-Ma'ruf meraih suara 50,59 persen. Sementara Prabowo-Sandi mendapat 49,41 persen.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052093 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top