CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Dahsyat Betul, Indonesia Guna Pesawat Pejuang Kejut Rakyat Supaya Bersahur!

11-5-2019 03:03 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 2968| Komen: 13|Original author: Oleh: intan

Jika tiba bulan Ramadan, bukan Malaysia sahaja yang menyambutnya malah umat islam seluruh dunia. Permulaan setiap hari digalakkan untuk bersahur sebagai pembekal tenaga sehingga menjelangnya waktu berbuka.

Pelbagai cara kreatif tidak kira di mana sahaja anda berada mengenai cara untuk bangun sahur secara berkesan. Ada yang ketuk kompang keliling kampung dan pelbagai lagi. 

Namun, lain pula di Indonesia, apabila Pihak Angkatan Tentera Indonesia (TNI-AU) menggunakan pesawat pejuang yakni jet untuk menggerakkan penduduk supaya bangun bersahur. Dahsyat betul!

Menurut pihak berkuasa (TNI-AU) itu, perkara tersebut merupakan kelaziman apabila menjelangnya ramadhan. Kawasan yang diliputi adalah Surabaya, Solo, Sragen,Klaten, Jogja,Papringan, Wirobrajan dan banyak lagi.



Jurucakap TNI-Au, Kolonel Sus M Yuris yang ditemuramah Sinar Harian berkata, aktiviti itu bukanlah semata-mata dilakukan untuk mengejutkan penduduk untuk bersahur tetapi merupakan salah satu rutin harian buat juruterbang yang bertugas.

Menurutnya lagi, latihan yang dijalankan pada hari biasa iaitu selepas 10 pagi tidak digalakkan dilakukan pada bulan puasa kerana kadar tekanan darah yang menurun selepas waktu tersebut telah turun kerana berpuasa.

Kiranya dua dalam satu lah ni.. Mungkin Tentera Udara Malaysia mahu cuba buat? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 11-5-2019 03:07 PM
Sambil sortie sambil kejut sahur
Quote TravellingBear 11-5-2019 03:09 PM
Apa yg menyebabkan boleh bangun? Noise pollution ke
Quote kelana36 11-5-2019 03:13 PM
Edited by kelana36 at 11-5-2019 11:15 AM

Dah lama kita buat, sejak tahun 80 an lagi.

TUDM kita pun bila buat continuation training sepanjang bulan puasa akan terbang pada sebelah pagi sebelum subuh. Tujuannya untuk mengelakkan dari terbang di waktu siang semasa berpuasa, rather than mengejut kan orang bangun sahur..
Quote Sham143 11-5-2019 03:52 PM
Indonesia boleh buat tapi aku tk yakin Malaysia boleh buat mcm ni..
Quote CiliPadiSedap 11-5-2019 04:21 PM
akak dh lama buat, indon done claim
Quote ninja9 11-5-2019 04:24 PM
lawaklah juga kalau tujuannya semata-mata kejut sahur. tujuan sebenar ialah latihan..
Quote Malaysia.Doom 11-5-2019 04:24 PM
TravellingBear replied at 11-5-2019 03:09 PM
Apa yg menyebabkan boleh bangun? Noise pollution ke

Yelah macam Mak uols jerit bangun Sahur...noise pollution la tu.
Quote Malaysia.Doom 11-5-2019 04:25 PM
CiliPadiSedap replied at 11-5-2019 04:21 PM
akak dh lama buat, indon done claim

Syirik la tu uolsss....
Quote OttoVonBismark 11-5-2019 05:55 PM
Sham143 replied at 11-5-2019 07:52 AM
Indonesia boleh buat tapi aku tk yakin Malaysia boleh buat mcm ni..

perlu ke nak ngikut ?
Quote buapakperut 12-5-2019 05:44 AM
sahurnya gempak, pas sahur jangan tidur balik pulek..... terawihnya gempak tapi macam halilintar
Quote tikusmontok 12-5-2019 05:55 AM
ninja9 replied at 11-5-2019 04:24 PM
lawaklah juga kalau tujuannya semata-mata kejut sahur. tujuan sebenar ialah latihan..

Indon dgn kencing keliling berrpisah tiada
Quote kelana36 12-5-2019 07:00 AM
tikusmontok replied at 12-5-2019 01:55 AM
Indon dgn kencing keliling berrpisah tiada

Itu lah , TUDM dah lama buat training sebelum subuh semasa dalam bulan puasa, so that bila siang tak ganggu la puasa dan flight safety.
sejak tahun 80 an lagi . Penduduk yang berdekatan dengan pangkalan udara , especially Butterworth dan Kuantan dia orang tau la.
Quote jalfa 12-5-2019 07:20 AM
Menyumpah la pepagi degar hingaq enjin katebang....dengar jam hp berdering pon kekdang raso nak bako ajee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040207 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top