CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ancam Pancung Kepala Presiden Jokowi, Lelaki Dicekup Polis

13-5-2019 11:28 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2776| Komen: 6|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Herman Susanto ditahan polis Indonesia kerana mengancam untuk memancung kepala Presiden Jokowi. Kredit foto: Detik.com

Seorang lelaki ditahan polis Indonesia pada 12 Mei kerana mengugut untuk memancung kepala Presiden Joko Widodo atau lebih popular dengan gelaran Jokowi.

Suspek, Hermawan Susanto, berbuat demikian menerusi rakaman video yang viral dalam media sosial sejak 10 Mei lalu.


Memetik laporan Detik.com pada 13 Mei, polis membuat tangkapan selepas menerima laporan daripada Ketua Umum Jokowi Mania, Immanuel Ebenezer di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya pada 11 Mei.

Herman ketika menyatakan ancaman terhadap Jokowi. Kredit foto: Youtube
Jurucakap polis, Argo Yuwono mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan bahawa kes itu masih dalam siasatan.

Jelasnya, Herman ditangkap atas tuduhan menimbulkan bahaya terhadap negara dengan mengancam untuk membunuh Presiden Indonesia.


Berdasarkan rakaman video yang tular itu, suspek menyuarakan ancaman untuk memancung kepada Jokowi dalam khalayak ramai di tempat awam.

Sementara itu, Immanuel memuji tindakan pantas polis menangkap suspek dan mahu tindakan undang-undang diteruskan walaupun Hermawan sudah meminta maaf.

Dia turut menggesa agar polis menangkap seorang lagi suspek wanita yang dipercayai merakamkan video berkenaan.

Berhati-hatilah apabila berkata kerana buruk padahnya jika terlanjur kata. - CARI

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • harzs

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 13-5-2019 12:58 PM
kat Malaysia pun tak boleh buat ugutan bunuh..tapi mansuh ja akta hasutan esok boleh la kita menghasut mengapikan isu perkauman dan menggulingkan kerajaan....itu yang khinzir2 dan ahcai2 pakatan haramjada harapkan...negara yang musnah....wakakakakakakakakakakka
Quote batmana 13-5-2019 01:38 PM
penggal kepala, pstu sebut nama tuhan
manusia cmni patut bagi pelempang byk kali, baru msuk jail terus
Quote CiliPadiSedap 13-5-2019 06:53 PM
orang cmni akak suka sebab bagus jadi pelanggan, mereka ni manusia hidup atas EMOSI, senang dipengaruhi, senang jadi haluan kiri, senang kena brainwash. siapa pandai main switch emosi  pengundi dia akan menang PRU.
Quote pyropura 13-5-2019 08:28 PM
Zaman Umno dulu ugut Teresa Kock bukan jenayah katanya
Quote pyropura 13-5-2019 11:31 PM
Inilah antara ciri2 ummah lobai
Quote Ina8895 10-7-2019 02:58 AM
Kau dah kenape?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045886 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top