CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Jalan Hidup Saya, Diacu Pistol Sekalipun Saya Takkan Berhenti Menyanyi" - As'ad Motawh

14-5-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12356| Komen: 85|Original author: Oleh: LilRose

“Terus terang, saya tak tahu nak buat apa lagi. Apa yang saya lakukan ada saja tidak kena di mata orang ramai."

Sejak kebelakangan ini, pelbagai insiden menimpa penyanyi berusia 18 tahun, As’ad Motawh hingga menjadi bualan ramai.


Walaupun berat ditanggung, As’ad menegaskan dia tidak akan patah semangat biarpun insiden seperti jatuh pentas, dipeluk peminat wanita dan persembahan yang 'krik-krik' tanpa sambutan menghantui dirinya, lapor Harian Metro.



“Saya tidak akan mengaku kalah kerana menjadi anak seni adalah impian sejak kecil. Saya tidak akan sesekali membiarkan orang menidakkan apa yang saya cuba capai.

“Ketika mula melangkah dalam bidang ini pun ramai yang pertikai kemahuan saya untuk jadi penyanyi. Namun, saya percaya dengan kemampuan diri dan yakin dapat pergi jauh,” katanya yang nekad mengabaikan mulut orang yang memperlekehkan usahanya demi mencapai cita-cita.


Dalam temu bualnya bersama Harian Metro, As'ad meminta jasa baik ramai untuk berhenti melontarkan kata-kata negatif memandangkan dirinya masih muda dan banyak ruang baginya memperbaiki diri.


Kredit foto: IG As'ad Motawh

“Buat mereka yang minta saya berhenti menyanyi, cakap saya tak boleh, ingatlah saya masih muda dan perjalanan masih jauh.

“Saya tidak kisah apa netizen nak cakap kerana mereka bukan ada dalam industri. Saya lebih teruja dengan sokongan yang diberikan artis senior.

“Ini jalan hidup yang saya pilih dan tiada kata-kata yang mampu menghalang cita-cita saya. Kalau diacukan pistol dan disuruh berhenti menyanyi sekali pun, saya takkan lakukannya,” katanya.



Tertanya-tanya juga, mengapa orang ramai seolah-olah tak suka sangat dengan As'ad dan beberapa lagi pendatang baru dalam industri seni nyanyian? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote C1k_J4h 14-5-2019 11:07 AM
masalahnya ko xleh nyanyi
harap muka ja

cetgok idol korea tu
gigih belajar menari, menyanyi
nampak gak hasilnya
Quote espri6006 14-5-2019 11:08 AM
kalau orang ada bakat menyanyi...umur berapa tahun pun tetap nampak bakat dia dik... Siti Nurhaliza - 16 tahun, Ruhil amani hussin - 12, Azian Mazwan - 11, Haqiem Rusli dan segala adik Idola kecil - 8-9 Tahun, Mazuin Hamzah - 10 Tahun..semua dah berjaya di bidang seni mengikut tahun masing2. Tapi kau dik..umur 18 tahun.......emm sedih...
Quote lolita737 14-5-2019 11:11 AM
adakah dia ni syok sendiri??

try la bidang lain kalau rasa ko xleh nk menyanyi dik..

muka ada..jadi model ke pelakon..
Quote azwanaliori 14-5-2019 11:11 AM
Sapa pulak larang ko nyanyi, org cuma ckp suara ko hauk jah.  Terima la hakikat
Quote mh17 14-5-2019 11:12 AM
Next
Quote mawarika 14-5-2019 11:15 AM
Tak pernah dgr ko nyanyi dik.. dari paras rupa.. comel jugak kalau jadi perempuan
Quote seri_mawr 14-5-2019 11:22 AM
ada permintaan atas persembahan or nyanyian budak asad ni ke..?

klu ada teruskan jek la dik...selagi ada org yang minat nak dgr....
akak tak pernah dgr suara kamu....

yang akak ingat kamu buat show takde org je....

Quote Kaki_Coret 14-5-2019 11:26 AM
yg ni ke org duk sebut2 asad montahhh tu ? sis tanya jurrrr
Quote RatuDunia94 14-5-2019 11:32 AM
Dah itu pilihan ko.. x boleh la nk pertikai netizen kecam suara ko..
Quote uori 14-5-2019 11:38 AM
Tak koser org nak acu pistol kat ko, dek
Quote kucingitam 14-5-2019 11:38 AM
tak..masalah nya sekarang...ko nyanyi lagu apa dik?

mungkin ko kena tukar nama la..nama ko sekarang ni tak sesuai dgn kau...
Quote giyomi 14-5-2019 11:39 AM
dah dia ramai peminat tuli telinga di luar sana, so akak tak botha and akak takan tgk ko nyanyi sebab akak nak selamatkan diri dari kemurungan
Quote kaklong32 14-5-2019 11:39 AM
noted dik
Quote doubleA 14-5-2019 11:42 AM
So masuk la kelas vokal, belajar menyanyi kalau serius sangat. Orang seni konon adoi la
Quote buapakperut 14-5-2019 11:52 AM
selagi ada pemenat bbnu chuols boleh pi la arsad
Quote fazamania 14-5-2019 11:55 AM
Jual muka je la dia ni.
Quote TerataiMelur02 14-5-2019 12:00 PM
dia ni kalo d suruh buat keje2 berat mesti dia xnak.
apa la yg d kejar sgt jd penyanyi asad oi.. lgpun suara dah memang hauk..
Quote Aunty_Acid 14-5-2019 12:06 PM
xpe la deknon oi, dia ni bakalan jd femes mcm tomok suatu hati nanti....x caya? tunggu
Quote Kurex 14-5-2019 12:08 PM
Comel.........

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050006 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top