CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Terjun Bangunan Lepas Bapa Tiri Kahwin Lain

14-5-2019 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7426| Komen: 40

Kecewa bapa tiri kahwin lain, remaja perempuan bertindak terjun tingkat tiga bangunan rumah kedai, lapor Harian Metro.

Kejadian jam 8 malam tadi di MJC, Batu Kawa di Padawan itu disedari adik lelaki mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa selepas makan bersama ibu mereka.



Gambar Hiasan

Difahamkan, mayat mangsa berusia 16 tahun itu dilihat terbaring atas jalan ketika mereka melalui tepi bangunan berkenaan.

Menurut laporan, bapa tiri mangsa bekerja di Singapura dan jarang pulang ke Kuching sejak berkahwin dengan wanita warga Vietnam.

Sebelum itu, mangsa sempat memuat naik status menerusi Facebooknya mengatakan; "Wanna Quit Life I’m Tired".

Dalam masa sama, mangsa membuat undian dalam Instagram pada jam 3 petang semalam dengan status ‘Really Important, Help Me Choose D/L’ iaitu D untuk mati dan L untuk hidup. Hasilnya, 69 peratus rakan memilih D, manakala 31 peratus lagi memilih L.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian berkata, seorang lelaki tampil ke balai untuk membuat aduan mengenai seorang perempuan tidak dikenali terjun dari bangunan dan berada dalam keadaan terlentang berlumuran darah di atas jalan.

Tambah Aidil, sepasukan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa parah di kepala, namun tidak menemui kesan lebam atau luka pada tubuhnya selain tiada unsur jenayah dikesan di lokasi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu bapa tirinya pulang sebelum dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 14-5-2019 01:24 PM
aduhhh.. lagi kes bunuh diri
Quote putericahaya999 14-5-2019 01:24 PM
Berakhir penderitaan
Dan ayah dia takkan insaf nye
Quote hatikudus 14-5-2019 01:27 PM
Apsal ko yg bunuh diri dekkk...mak ko lek2 aman2 je balik makan dgn adik ko
Quote monreyes 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..
Quote fushimi 14-5-2019 01:37 PM
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..

ada juga yang berpikir cam iols pikir
Quote minguk 14-5-2019 01:42 PM
tak sanggup tengok mak dia menderita ke?
Quote EvieWanKenobi 14-5-2019 01:42 PM
siap buat poll..
Quote yuki812 14-5-2019 01:43 PM
mak ko pun rilek je apak tiri ko kawin lain..
yg ko ngelupur sampai bunuh diri..dah kenapa???

org yg dok vote D tu rasanya saje je vote..vote suka2.
bukan suh g bunuh diri tul2 pon.
Quote tumpanglalu74 14-5-2019 01:43 PM
fushimi replied at 14-5-2019 01:37 PM
ada juga yang berpikir cam iols pikir

Ape lagi?
Quote esbok 14-5-2019 02:19 PM
yuki812: mak ko pun rilek je apak tiri ko kawin lain..yg ko ngelupur sampai bunuh diri..dah kenapa???org yg dok vote D tu rasanya saje je vote..vote suka2.buka ...


Maka tahu lah mereka sekarang. Bukan semua benda bola dibuat main
Quote lasagnaklcc 14-5-2019 02:23 PM
Walau ayah tiri, maybe dah syg mcm ayah kandung.
Quote Prescott23 14-5-2019 02:31 PM
Edited by Prescott23 at 15-5-2019 06:38 PM

After arriving at the scene about half an hour later, Azrol with other members on duty continued to remove nets to be installed under the flats as a precautionary measure if the victim plunged into the building MyBKExperience – Burger King
Quote Artemesiaa 14-5-2019 02:47 PM
Sesiapa yang memilih D pasti akan menyesal memilih itu
Quote sukacactus 14-5-2019 02:47 PM
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..

Masa mula baca news ni, terdetik yg sama jg
Quote leylapple 14-5-2019 02:57 PM
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..

iols pun berfikiran yang sama..

btw, just bapak tiri jer pun..

kecoh mlm tadi...
Quote newyork 14-5-2019 03:06 PM
Lain mcm ja.. sampai bhnuh diri
Quote melinda_kerr 14-5-2019 03:08 PM
Lebih sgt sayang nya tu. bapa tiri kot melainkan ada hati...
Quote monreyes 14-5-2019 03:17 PM
ala2 kecewa gittew
Quote zaraaqilah 14-5-2019 03:20 PM
Poll tu penyebab dia bunuh diri....memandai jer org yg suruh pilih D..
jgn dihantui sudah

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.078270 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top