CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Berniaga Sambil Beramal, Karipap Percuma Untuk Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

15-5-2019 10:11 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4875| Komen: 16|Original author: Oleh: intan

Di bulan Ramadan ini, semua insan beragama islam pasti tidak mahu terlepas membuat amal jariah kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda dapat diperolehi pada bulan mulia ini. 

Begitulah yang diamalkan oleh tiga beradik ini yang mengusahakan perniagaan kuih-muih dan masih mengekalkan tradisi ibu mereka sejak 18 tahun lalu, iaitu memberi kuih percuma untuk ibu mengandung. 


Menurut Shaiful Hafiq, 27, beliau dan dua lagi adiknya Mohd Zulfadhly, 24, dan Mohd Hashiff, 19, mengusahakan perniagaan menjual karipap di bazar Ramadan dan memperuntukkan 500 biji karipap percuma untuk ibu mengandung di kesemua 13 cawangan gerai beliau di seluruh negeri. 

Amalan yang dilakukan setiap tahun ini adalah sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang dilimpahkan oleh Maha Esa kepada mereka sekeluarga.




Menurutnya lagi, ibunya selalu berpesan kepada mereka supaya tidak hanya mementingkan untung semata-mata. Jika hendak berniaga, sebaiknya beri manfaat kepada orang lain, kalau tak lebih baik jangan berniaga. Nasihat yang sentiada diingati dan diamalkan oleh tiga beradik ini menjadikan perniagaan mereka semakin dimurahkan rezeki kerana amalan sedekah itu sendiri menjemput rezeki dengan lebih banyak. 



Shaiful memberitahu, setiap ibu mengandung yang datang ke gerai mereka akan mendapat tiga biji karipap dan sekurang-kurangnya lima ibu mengandung akan singgah di gerai mereka untuk mendapatkan karipap berinti daging dan ayam secara percuma.

Karipap percuma itu boleh diperolehi di lima cawangan di bazar Ramadhan dan lapan cawangan gerai tepi jalan di seluruh negeri. Antara bazar yang terlibat adalah bazar di Changlun dan Taman Suria, Kedah. 

Apa lagi ibu-ibu mengandung semua? Jangan lepaskan peluang ini ya! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 15-5-2019 10:14 AM
awww.. mulianya hatimu adik.. semoga bertambah rezeki
Quote matchstick 15-5-2019 10:25 AM
Nmpk sedap karipap tu
Quote EvieWanKenobi 15-5-2019 10:30 AM
cuba kalau kat KL..
tengahari dah start jem demi
karipap percuma..
Quote Simunggu 15-5-2019 10:31 AM
lelaki hamil ramai...bagi lah sekali...
Quote Supersirap 15-5-2019 11:10 AM
semoga diperluaskan lagi rezeki {:good
Quote Artemesiaa 15-5-2019 11:12 AM
Amalan mulia pasti dimurahkan rezeki
Quote RatuDunia94 15-5-2019 12:18 PM
Jgn ada yg letak bantal dlm baju plak pura2 mengandung...
Quote ikanmasin 15-5-2019 01:08 PM
alhamdulillah semoga sentiasa dimurahkan rezeki...
Quote Asdan 15-5-2019 01:59 PM

marketing, bagi percuma itu satu cara promosi
Quote kokocrunch 15-5-2019 02:05 PM

alhamdulillah semoga sentiasa dimurahkan rezeki...
Quote chicozinn 15-5-2019 04:21 PM
pandai tol alang2 dpt marketing baekk punya..
Quote CiliPadiSedap 15-5-2019 10:40 PM
Rasa nak mengndung lah
Quote sitiran 15-5-2019 11:08 PM
500 bijik bahagi 29hari bahagi 13 cawangan

tak sampai 2 bijik satu cawangan

marketing je lebih ni

maid aku pun buat karipap antar masjid pun lebih dari 2 bijik

Quote Kentang.Goreng 16-5-2019 07:35 AM
Naik Ghairah Dengan Wanita Hamil, Maiesiophilia Lebih Bahaya Dari Pedofilia
September 13th, 2018


Viral di laman sosial screenshot foto ibu mengandung dengan kapsyen menjijikkan di laman Tumblr. Foto berkenaan dipercayai dicuri di laman sosial dan dijadikan ‘modal’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Rupa-rupanya keinginan aneh terhadap wanita mengandung ini mempunyai sebab tersendiri dan telah dikenalpasti sebagai Maiesiophilia.


Pregnancy fetishism
From Wikipedia, the free encyclopedia


Pregnancy fetishism (also known as maiesiophilia or maieusophoria) is a context where pregnancy is seen by individuals or cultures as an erotic phenomenon. It may involve sexual attraction to women who are pregnant or appear pregnant, attraction to lactation, or attraction to particular stages of pregnancy such as impregnation or childbirth.

Quote figurae 16-5-2019 10:15 AM
kena bawa buku pink ke masa claim karipap tu? sebab kadang-kadang perut besar tak mestinya mengandung kan
Quote cikbun 7-8-2019 10:43 PM
baik sungguh laparrrrr sis

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.249050 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top