Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, tidak adil rasanya meletak semua kesalahan di atas bahu ibu bapa sekiranya anak yang sudah dididik dengan baik membuat perangai di luar apabila jauh dari pengawasan ibu bapa.
Pun begitu, sesiapa yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah pengguna Twitter ini pasti akan turut berasa geram dengan tindakan beberapa kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk beraya. Menurut Zeiqa Razali, dia sekeluarga terkejut mendapati pagar dan lantai rumahnya diconteng! Walaupun kehadiran kanak-kanak itu dirakam CCTV, namun mereka gagal menentukan siapa yang melakukannya. Difahamkan, ketika kejadian mereka tiada di rumah kerana pergi beraya.
Malah, bukan rumah mereka saja menjadi mangsa. Rumah jiran sebelah juga diconteng kanak-kanak nakal itu dan mereka bernasib baik CCTV mereka dapat merakam pelakunya. Kecewa dengan insiden itu, Zeiqa meminta ibu bapa untuk mendidik anak supaya menjaga adab apabila berada di rumah orang terutama yang melibatkan harta benda. Rata-rata pengguna tidak terkecuali berasa geram dan meluat dengan tindakan budak-budak itu. Tapi sayang, bukan anak sendiri nak 'ditangan-tangankan'. Aduhai, sakitnya hati apabila orang buat onar di rumah kita. Ingat buat rumah pakai bulu hidung ke, dik? - CARI
|
ADVERTISEMENT