CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Terpaksa Tunda Nikah Sebab Lokasi Dah Penuh

11-6-2019 11:27 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12635| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelakon Nadia Brian, 28, terpaksa menunda majlis pernikahannya dengan Muizz Nasruddin yang sepatutnya berlangsung pada 19 September depan.

Kredit foto: IG Nadia Brian


Pelakon Nadia Brian, 28, terpaksa menunda majlis pernikahannya dengan Muizz Nasruddin yang sepatutnya berlangsung pada 19 September depan.



Bukan berdepan konflik dan sebagainya, sebaliknya mereka terpaksa mencari tarikh baru kerana lokasi sudah penuh.

"Kami terpaksa tunda kerana belum ada lokasi. Sebelum ini, kami memilih 19 September kerana tarikh itu dirasakan menarik. Kami hanya mampu merancang," katanya kepada Harian Metro.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menjelaskan bahawa mereka enggan terlalu memikirkan perkara itu.



Katanya, mereka mungkin akan menunda majlis perkahwinan pada hujung tahun atau awal tahun depan.

"Sebenarnya, saya dan tunang tak kisah sangat mengenai tarikh atau angka. Sekarang, kami masih lagi melakukan beberapa persediaan awal," ujarnya.



Dalam masa sama, Nadia sempat mengimbau pesanan daripada rakannya, Fasha Sandha yang menasihati supaya menikmati fasa bertunang kerana banyak cabaran dan dugaan ketika ini.

Nadia berkenalan dengan Muizz selama dua tahun sebelum dilamar pada Februari lalu di Kota Paris.



Terlambat tempah lokasi ke, macam mana ni Nadia? Apapun, semoga semuanya berjalan lancar ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.koala 11-6-2019 11:33 AM
sendu {:run
Quote prettyuglybabe 11-6-2019 11:36 AM
takde rumah ke sampai nak kena nikah tempat lain..
susah-susah, masjid pun berlambak..
Quote tikusmontok 11-6-2019 12:13 PM
siapa dua2 ni? retis ke?
Quote RatuDunia94 11-6-2019 12:18 PM
Iols x boleh tgok muka sheols.. mcm muka pelakon blue..
Quote hotmak 11-6-2019 12:34 PM
celah mana dtg nama brian tu
Quote gujiwa 11-6-2019 12:36 PM
kiranya tarikh tu idak ler penting.. tempat uols nak kawin tu la kot yang penting..
huhuuhuhu ke seluruh negara penuh tarikh tu
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 12:37 PM
Brian tu datang mana?
Quote tomaz 11-6-2019 12:40 PM
Laki sheolss ni ahli perniagaan jgk ke? Retis kan nak kawen ngn stok2 tokey jah
Quote TerataiMelur02 11-6-2019 12:44 PM
tomaz replied at 11-6-2019 12:40 PM
Laki sheolss ni ahli perniagaan jgk ke? Retis kan nak kawen ngn stok2 tokey jah

maintenance tinggi kot retis2 ni... tiap bulan spa, facial,baju lg..kalo ada jumpa kawin ngan petani 1 dalam 3000 kot
Quote kaoru44 11-6-2019 12:49 PM
Ntah kenapa slalu ttukar dia ngn nadiya shabab tu..eh..btul ke eja..yg kata muka mcm barbie tu..
Ke mata iols je xbtul..
Quote keds 11-6-2019 01:10 PM
ye ada iras sikit la kot... sebab aku pun tak familiar muka retis....lol
Quote unguaurora 11-6-2019 01:13 PM
Kerana lokasi je pun bertangguh benda yg wajib. Nikah tu x kisah la kat mana pun. Kalau tangguh majlis sanding tu, org paham la kalau dh mmg tmpt tu penuh.
Quote jom_blo 11-6-2019 01:19 PM
Manis tinggi lampai sheols ni.. Apa2 pun tahniah lerrr
Quote takayama 11-6-2019 01:19 PM
byk gak dia ni berlakon tp knp cam x igt dia yg mana satu dlm semua cerita
x menhn nama pentas tu Nadia Brian
igt nama bpk dia Brian tp bukan rupanya
Quote harubom 11-6-2019 01:52 PM
kaoru44 replied at 11-6-2019 12:49 PM
Ntah kenapa slalu ttukar dia ngn nadiya shabab tu..eh..btul ke eja..yg kata muka mcm barbie tu..
...

Dua2 muka fake?
Quote sukekucing83 11-6-2019 02:01 PM
die ni cun tapi jenis mekap sekati, hilang teros cun
Quote sukacactus 11-6-2019 02:09 PM
Dia ni ke yg muka byk kawah tu
Quote aemon 11-6-2019 02:38 PM
Kalau tak salah dulu macam statement dia masuk paper nama brian tu nama atuk dia.ala...mcm zahirah mcwilson la kekdahnya.
Quote mieymiey 11-6-2019 02:41 PM
Muka sheols ni ori ker? Macam banyak sangat cucuk/filler.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067053 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top