CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bunyi Macam Mengaibkan" - Reaksi Warganet Dengan Kata 'Semburit' Yang Tiba-tiba Trending

14-6-2019 05:13 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16568| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza

Sejak isu skandal seks songsang seorang ahli politik dilondehkan, banyak pula kedengaran desas desus yang macam-macam. Antaranya istilah yang baharu didengari,  tetapi sebenarnya sudah ada dalam Kamus Dewan Bahasa sejak beberapa tahun lepas lagi. 


Perkataan yang hangat diperkatakan ialah 'bersemburit' yang membawa maksud persetubuhan sesama lelaki. 

Ia menjadi tular di dalam 'group WhatsApp' hingga dibawa ke media sosial. Maklumlah selama ini kita memanggilnya dengan istilah 'liwat' tetapi apabila diguna pakai istilah baru menandakan ianya semakin kerap diguna pakai di peringkat nasional. 

 
Bersemburit yang membawa maksud bersetubuh sesama lelaki melalui ‘belakang’ atau ‘dubur’.


Warganet berpandangan istilah ini agak malu untuk disebut. Apatah lagi di negeri lain perkataan tersebut membawa maksud yang agak mengaibkan. 

Ini kerana maksud burit di Kelantan dan Kedah tidak sama. Burit bermaksud punggung, kemaluan wanita, dubur dan bahagian belakang.

Bersemburit pula ialah bersetubuh sesama lelaki iaitu melalui dubur atau belakang.


"Bangsa kita je suka cerita dalam kain, atas katil sampai ceramah agama pun tanya, pula tu keluar pembesar suara, malu orang bukan Islam dengar."

Hal ini membawa pada penambahan istilah baharu dari DBP. Namun ia tidak bermakna menandakan kerosakan bangsa kerana ia adalah kelangsungan masa depan bahasa itu sendiri. 

Dahulu tiada istilah sebegini mungkin kerana ia kes terpencil (bukan tiada tetapi dibicarakan secara tertutup, tabu). Ia menggambarkan realiti baru masyarakat hari ini.


Perkataan baru ini sepatutnya diuar-uarkan oleh DBP supaya lebih ramai yang tahu.  Atau adakah ia sepatutnya dirahsiakan kerana ianya tabu?  Apa pendapat anda? - CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • safriehalim

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote singajantan 14-6-2019 05:30 PM
Dah benda aib nk buat per sorok...
Quote Artemesiaa 14-6-2019 05:47 PM
Biasalah bila keluar perkataan baru macam2 reaksi ada macam perkataan tular mula diperkenalkan dulu
Quote clarizsa 14-6-2019 05:49 PM
Guna jelah pkataan sex atau sodomy
Geli sgn perkataan tu
Quote buapakperut 14-6-2019 05:55 PM
buritan pulak?
Quote EvieWanKenobi 14-6-2019 07:27 PM
wujud istilah ni rupanya..
ingatkan pandai2 reka..
Quote JohnnyCastle 14-6-2019 07:29 PM
etis menyokong budaya semburit...wakakakakakakakaaka
Quote Asdan 14-6-2019 09:15 PM

kalau lelaki liwat perempuan, apa istilahnya ?
Quote akulans 14-6-2019 09:20 PM
Perkataan ini jarang digunakan..sebab tu ramai tak tahu
Quote jalfa 14-6-2019 10:48 PM
Kalao orang kelantan pompuan yg gelenyar diaorg panggil gatal burit....mati mati aku ingat gatal poen..rupanya burit tu dubur
Quote aleesyasofia 15-6-2019 12:30 AM
ingat senang2 ke nak cipta istilah baharu.. istilah dicipta mengikut kesesuaian..
Quote Suchi 15-6-2019 01:12 AM
Malu gila nak sebut.
Tapi penah baca novel sebut buritan perahu maksudnya hujung perahu.
Mcm p*ntat gaklah maksudnya bontot kan mcm org kelate sebut patat kuali.
Belah borneo pun guna ayat sama kan.
Quote Munshi 15-6-2019 02:33 AM
Asdan replied at 14-6-2019 09:15 PM
kalau lelaki liwat perempuan, apa istilahnya ?

Saya rasa jika istilah ini dicipta untuk bermaksud melakukan hubungan kelamin melalui dubur (burit) or anal sex maka pihak DBP perlulah menggunakan penerangan maksud yang sebenar dan bukan hanya menghadkan pada hubungan kelamin sejenis lelaki. Istilah ni bersifat universal Sebenarnya jadi boleh merujuk pada lelaki memburitan wanita jugak lah. Atau manusia memburitan haiwan etc. Good effort tapi kurang bijak pihak DBP mencipta istilah melayu untuk merujuk pada anal sex tapi menjurus pada satu jenis penggunaan saja as if DBP tidak pernah sedar kewujudan anal sex dalam hubungan heteroseksual.
Quote disneyrecess 15-6-2019 02:40 AM
Malu lahai meols nak sebuttttt! Sembur*t  {:smile
Quote ChildrenOfBodom 15-6-2019 08:59 AM
Bersemburit kat forum ni bukan kah start dlm thread george clooney boikot brunei isu lgbt tu?
Quote missycutie 15-6-2019 10:48 AM
Perkataan ini memang dh lama ada or baru ada? {:question
Quote amlisa 15-6-2019 11:00 AM
First time dgr istilah ni yg pnh dgr buritan kapal je..maksudnya bahagian blkg kapal
Quote RatuDunia94 15-6-2019 01:51 PM
Sepatutya Mengunyit
Quote MissNigga 15-6-2019 02:36 PM
Jaman iols study kat uitm dolu ... bercampoq ar ngan dak dak gayah ...
deyols popular ngan perkatan bersebutuh
Quote JohnnyCastle 15-6-2019 02:37 PM
Asdan replied at 14-6-2019 09:15 PM
kalau lelaki liwat perempuan, apa istilahnya ?

istilah dia asdan...wakakakakakakakakkakaa

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.093033 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top