CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Xiaomi, 45 Minit Azab Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas

12-6-2019 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6732| Komen: 42

Telefon bimbit punya pasal, wanita berusia 27 tahun menahan kesakitan selama 45 minit selepas tangan kanannya tersangkut dalam mangkuk tandas.

Utusan melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kilang di Bandar Sultan Sulaiman, Klang, semalam.



Foto: FB JBPM

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian sebelum mengerahkan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Pelabuhan Klang ke lokasi.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang apabila rakan sekerjanya terdengar jeritan cemasnya meminta bantuan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengakui tangannya tersangkut berikutan cuba mengambil telefon bimbit miliknya yang terjatuh dalam saluran tandas tersebut," ujarnya.


Foto: FB JBPM


Tambahnya, anggota ambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.

Mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami bengkak di bahagian atas lengan kanan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapatkan rawatan.


Foto: FB JBPM

Bagaimanapun, telefon bimbit jenis Xiaomi milik mangsa dilaporkan gagal ditemukan berikutan dibawa arus saluran tandas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 12-6-2019 04:06 PM
Takziah kepada perempuan ni. Sakit tangan dan phone hilang.
Quote Asdan 12-6-2019 04:10 PM

tanya sikit, apa model xiaomi harga 500 ke bawah paling best ?
Quote chinta89 12-6-2019 04:11 PM
aku heran mcmne korang boleh jatuh tepon mse meneran berak atau kencing?

x boleh ke tepon tu letak je dlm handbag dan handbag sangkut kat pintu tandas???
Quote insulin 12-6-2019 04:12 PM
chinta89 replied at 12-6-2019 04:11 PM
aku heran mcmne korang boleh jatuh tepon mse meneran berak atau kencing?

x boleh ke tepon tu leta ...

Agaknya mereka selesaikan bisnes mereka dan bermain phone pada masa yang sama.
Quote shernazz 12-6-2019 04:12 PM
chinta89 replied at 12-6-2019 04:11 PM
aku heran mcmne korang boleh jatuh tepon mse meneran berak atau kencing?

x boleh ke tepon tu leta ...

Iols rasa.dia.letak dlm poket tu..
Nak berak ke kwncing.
Bukak suar..hp melorot jatuh lalu dgn happy masuk dlm lobang
Quote RatuDunia94 12-6-2019 04:20 PM
Ewwwwwwww..... tangan kanan plak tu.. bape tahun ko fobia nk makan guna tangan tu.. ni wonder la tersangkut.. tengoj saiz tangak besar mcm mana la..
Quote Kurex 12-6-2019 04:22 PM
RatuDunia94: Ewwwwwwww..... tangan kanan plak tu.. bape tahun ko fobia nk makan guna tangan tu.. ni wonder la tersangkut.. tengoj saiz tangak besar mcm mana la..


Nak cakap benda sama pasal saiz tu.. Tapi dah kau cakap, jadi tak payah aku ulang lagi.. Hahahaha
Quote barfi 12-6-2019 04:26 PM
Kesian weh.. bukan pasal xiaomi. Pasal tu je fon yg dia ada so dia berusaha la nak amik..
Quote CiliPadiSedap 12-6-2019 04:28 PM
akak tgh bayangkan iphone jatuh agak2 kepala yang masuk jamban
Quote prettyuglybabe 12-6-2019 04:52 PM
kalau kilang dia ada pekerja maintenance untuk building, boleh je panggil dorang..
biasa dorang ada pam untuk pam benda yang jatuh dalam lubang jamban tu..
buat apa susah-susah seluk tangan sendiri..
Quote matchstick 12-6-2019 05:11 PM
barfi replied at 12-6-2019 04:26 PM
Kesian weh.. bukan pasal xiaomi. Pasal tu je fon yg dia ada so dia berusaha la nak amik..

btol uols...utk pekerja kilang mgkn itu je lah fon yg dia mampu beli. wpun murah bukan senang2 dia boleh beli baru utk ganti yg hilang tu
Quote mdhelmi 12-6-2019 05:19 PM
walaupon aku bole beli kapal terbang
kalo tepon samseng aku jatuh dlm tu pon aku seluk jugak
Quote ONEK 12-6-2019 05:41 PM
mungkin tgh video call ngan pakwe sambil gentel pepet...sekali bila nak klimaks terus kejang tangan, terlepas hp masuk lobang jamban....
Quote merrissa 12-6-2019 06:20 PM
Euwww kalo iphone... cmner ler
Quote Foxey 12-6-2019 06:41 PM
Sebab tu la jangan bawak fon ke bilik air. Nak membuang tu, membuang je la. Buat apa nak main fon sambil membuang? Haih
Quote giyomi 12-6-2019 08:04 PM
cebisan putih tu apa ek uols
Quote miznora 12-6-2019 08:30 PM
siannya.. sabar ye kak. tau phone tu mesti penting. nak beli baru bukan senang2
Quote Ali_x 13-6-2019 12:39 AM
Harap xioami dpt ganti hp dia klu diaorg tau ler..dia punya berusaha demi xioami
Quote netto_ 13-6-2019 07:20 AM
Ni baru xiaomi, kalau ipon x ni mahu dua2 tgn sangkut ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.070445 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top