CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Ijazah Tapi Duduk ‘Terkangkang’ Dalam Rumah"-Isteri Atu Zero Dikecam

15-6-2019 04:01 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 28193| Komen: 154|Original author: Oleh:top5complete

Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari menempelak pihak yang sering mempersoalkan hidupnya sebagai suri rumah sepenuh masa sedangkan dia mempunyai ijazah. Shafeeqa membalas komen-komen negatif tersebut dengan meluahkan isi hatinya menerusi Instagram. Shafeeqa mendedahkan dia lebih selesa menjaga anak-anaknya sendiri berbanding mengupah pembantu rumah.



Foto Instagram

Shafeeqa berkata dia tiada pembantu di rumah yang boleh membantunya menjaga anak, namun sebagai suri rumah sepenuh masa dia juga membuat kek lapis untuk menambah pendapatan keluarga.

"Baiklah, saya setuju dengan sis... Saya tak ada maid, jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis."

"Sebab itu je yang saya rasa nikmat walaupun sering dikatakan ada degree tapi tak kerja.


"Come on, saya kerja dari rumah duit masuk okey. Saya tak suruh mak/ mak mentua jagakan anak saya.


Dia juga mengecam sesetengah suami di luar sana yang menghina isteri mereka sendiri kerana tidak kelihatan cantik tapi memuji wanita lain di luar.

"Ada suami yang sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yang katanya gurau-gurau tapi puji-puji orang lain, isteri sendiri dikutuk.

"Ada suami yang terima je seadanya, malah dihormati, diagungkan lagi isterinya. Kita enjoy je life.


Shafeeqa juga melahirkan rasa bersyukur kerana dia mampu bersama-sama anak ketika mereka sedang membesar sedangkan ramai ibu bapa di luar sana yang terpaksa kerja 24 jam sehingga anak-anak mereka terbiar.

"Kalau rasa bosan, cium anak-anak. Nikmat lah tu. Mak-mak yang bekerja tu tak dapat nak cium anak 24 jam. 

"Anak-anak saya menyusu dengan hasil pembelian kek dari anda. Insya-Allah nanti mereka besar berbakti kepada semua orang dengan baik.

"Saya tak beli emas untuk diri sendiri, tiada bag LV untuk melaram, cukuplah saya dapat melihat anak-anak membesar dengan cukup sempurna, terima kasih," tulisnya di instagram.

Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meow_tompok 15-6-2019 01:45 PM
dia meniaga dari rumah, kumpul customer base.. anak dah besar sikit.... bole lantik ejen jual kek, buat consignment kat kedai2.. upah org tolong buat kek, buat kelas masakan kek lapis, expand lagi bukak kedai, anak dah besar sikit bole rancak lagi meniaga... alahai jgn le ingat rezeki duit tu kena makan gaji kat opis je.  Laki pun org popular, lagik sonang nak promote

Quote Suchi 15-6-2019 01:49 PM
meow_tompok replied at 15-6-2019 01:45 PM
dia meniaga dari rumah, kumpul customer base.. anak dah besar sikit.... bole lantik ejen jual kek, b ...

Esok2 leh bukak kelas je ngajor org  lebih senang tak penat sgt.
Bini atu ni pandai jahit baju gak.
Iols kagum dia rajin wat kek lapis yg renyah tu penat tu nak buat.
Dgn anak2 masih kecil lagi.
Quote prizadane 15-6-2019 01:51 PM
Wife dia okay je la. Buat kek lapis n kadang-kadang amik order masak masak area setia alam ni. Diorang pun bukan jenis poyo nak duduk rumah mahal. Duduk apartment marhaen biasa je. Jenis low profile laki bini ni n bini bukan sejenis suka menghabiskan duit laki. Pergi mampus la apa netizen nak kutuk
Quote aliamaisarah40 15-6-2019 01:52 PM
dah laki dia mampu tanggung dia. dia nak jaga rumahtangga dia. almost perempuan kalo ada phd skali pun, benda yg dia nak, duduk rumah jaga rumahtangga. xperlu nak busy2 ngan kerja2 opis.
bosan2 bleh join porem
Quote epuepy 15-6-2019 01:53 PM
Adoi la. Biaq pi la dia nk jd suri rumah pn. Laki dia mampu tanggung dia.
Plus dia bkn goyang kaki pn. Siap buat bisnes kek dri uma.

Tp respek cara dia balas balik kt netizen. X meroyan pn
Quote cmf_premierleag 15-6-2019 01:54 PM
laki ko tu stakat atu zero jah.mcm terencat oun ada gak aku tgk
pompuan bodoh je nk rampas laki ko dik
lain la kalo laki ko level aiman hakim ridza ke
Quote cmf_premierleag 15-6-2019 01:54 PM
laki ko tu stakat atu zero jah.mcm terencat oun ada gak aku tgk
pompuan bodoh je nk rampas laki ko dik
lain la kalo laki ko level aiman hakim ridza ke
Quote Fly_over 15-6-2019 01:57 PM
Meols tak bleh lupa hantaran dia kawen lawa gila ada hantaran beg lv purple.
Quote buapakperut 15-6-2019 02:17 PM
biorlah dio, bukannya dia mintak derma ponn
Quote missycutie 15-6-2019 02:19 PM
Tiap org ada cara life masing2. Ramai je yg ada degree tp kerja dari rumah. Boleh je hidup. Janjo x kacau org
Quote MsKathryn 15-6-2019 02:29 PM
So salah ke kalo dia ada degree tp dia nk keje sendiri dr rmh... netizen ni over btl memanjang complaint
Quote bakingsoda 15-6-2019 02:46 PM
bia la kat dia nak buat apa pon. lain la kalau yg laki dok membewak kat rumah sedangkan tanggungjawab lelaki utk cr nafkah
Quote missDollie 15-6-2019 02:49 PM
Dengki nya korang sis..kalau rumahtangga sendiri tak bahagia jangan sibuk2 rumahtangga orang lain..
Quote missDollie 15-6-2019 02:54 PM
Iols teringat qoutes yang ini..
Quote umbut 15-6-2019 02:54 PM
Netizen jealous.. laki sendiri bewak bini kena kerja..
Quote sapeka 15-6-2019 03:05 PM
mana ada dok ngangkang je
dia buat jual kek lapis jual
kan kira bekerja tu
cumanya bekerja dari rumah
Quote otai_g 15-6-2019 03:08 PM
terlalu rmi da pemegang ijazah kat msia ni. Silap2 org yg keje pam minyak tu pun ada ijazah. Kerajaan la bodoh. universiti keluarkan graduate mcm keluarkan smph.
Quote gummiebear 15-6-2019 03:29 PM
Sibuk jah netizen ni. Macam la tetiap bulan chuols kena bagi duit kat family sheols. Sukati sheols lah lagi pun ada biz kan. Tah2 lagi masyuk dari yang kije opis tu
Quote keds 15-6-2019 03:37 PM
biiarlah dia.. sibuk sangat dgn life dia dah kenapa.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062538 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top