CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ghaib' Selepas Diserbu Wartawan, Ilmu Apa Maszlee Malik Pakai?

15-6-2019 02:10 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7275| Komen: 23|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Maszlee pernah hampir tersungkur akibat tersandung wayar kamera semasa cuba mengelak daripada serbuan wartawan di lobi Parlimen pada Oktober 2018 (gambar hiasan). Kredit foto: Utusan Online


Sejak dilantik sebagai Menteri Pendidikan tahun lalu, Dr. Maszlee Malik terkenal dengan reputasi sukar memberi kerjasama yang baik kepada pengamal media tempatan.

Sikap beliau itu menimbulkan kesulitan kerana banyak soalan berhubung banyak isu melibatkan Kementerian Pendidikan tidak dapat dikemukakan sekali gus menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Maszlee pernah diselubungi kontroversi berhubung pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada September 2018 (gambar hiasan). Kredit foto: BERNAMA


Berdasarkan keluhan para pengamal media tempatan dalam media sosial, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam bukan sahaja dikatakan mengelak daripada menjawab soalan wartawan malah didakwa pernah membatalkan sesi wawancara yang telah diatur pada saat-saat akhir.

Baru-baru ini, beliau 'buat hal' lagi apabila tiba-tiba menghilangkan diri selepas wartawan cuba mendapatkan reaksinya tentang isu anak-anak Orang Asli suku Batek di Gua Musang, Kelantan yang tercicir daripada persekolahan dalam satu majlis di Putrajaya.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 14 Jun, tindakan Maszlee itu dilihat tidak profesional kerana beliau meminta para wartawan "Makanlah dulu" sebelum menjawab soalan-soalan mereka.

Selain isu pendidikan suku Batek, pengamal media juga ingin mendapatkan komen beliau tentang isu lebih 45,000 pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah yang diberhentikan.

Para wartawan memberi kerjasama yang baik apabila akur dengan permintaan Maszlee namun kira-kira lima minit kemudian, mereka dimaklumkan beliau telah meninggalkan majlis tersebut.

Seperti yang dijelaskan oleh Malaysia Gazette, masalah itu bukan kali pertama berlaku kerana Maszlee pernah berbuat demikian ketika wartawan ingin mendapatkan penjelasannya berhubung isu yuran pengajian Universiti Malaya (UM).

Netizen turut menjadikan Maszlee sebagai sasaran kritikan berikutan kegagalan kerajaan PH menunaikan janji untuk memansuhkan kutipan tol (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Melihat kepada sikap Maszlee itu, tidak hairanlah apabila beliau menduduki tempat tercorot dalam kaji selidik The Edge pada Mei lalu tentang prestasi menteri-menteri Kabinet PH. - CARI

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyCastle 15-6-2019 02:25 PM
ilmu semburit...wakakakakakakkaa
Quote buapakperut 15-6-2019 02:36 PM
jumper kot
Quote shamsadis 15-6-2019 04:26 PM
dia takut orang claim tol
Quote Pink_Purple 15-6-2019 04:29 PM
dia pakai ilmu manis mulut..semua kena kencing
Quote Skuau 15-6-2019 04:46 PM
Ilmu Alam(putar@belit).
Quote Kurex 15-6-2019 04:55 PM
Ilmu lipat bumi
Quote EmaAsmadi 15-6-2019 09:43 PM
Menteri sampah
Quote domestobot 15-6-2019 09:51 PM
dia menteri pendidikan mesti la ada belajar ilmu ghaib masa pegi Sarawak
Quote ainashiqa 16-6-2019 07:23 AM
Pandai je ngelak.. Ilmu kencing la ni
Quote CiliPadiSedap 16-6-2019 01:00 PM
kuat menipu je tol percuma, ya Allah moga pemimpin munafik ni kalah pru akan datang. mereka janji tapi di capati. mereka susahkan rakyat. mereka lari dari wartawan sedangkan wartawan menunggu mereka.
Quote yukisakura 16-6-2019 02:05 PM
Hahahaha macam-macam hal lah.
Quote arjuna9124 16-6-2019 10:07 PM
Ok le tu..at least dia ghaib sbb ada rasa malu..member2 dia langsung xde perasaan malu..kulit muka lg tebal dari kulit kaki negro afrika kot..
Quote Jiddin 16-6-2019 10:23 PM
arjuna9124 replied at 16-6-2019 10:07 PM
Ok le tu..at least dia ghaib sbb ada rasa malu..member2 dia langsung xde perasaan malu..kulit muka l ...

Betol juga tu
Quote MissVixen 16-6-2019 10:42 PM
Dulu masa bn bukan main lagi meratib janji dicapati. Sekarang ni dekat ph, nak bagi gelaran apa pula?
Quote Purplehag 16-6-2019 10:46 PM
Suka dengan menteri ni humble, bahasakan diri dia pak cik masa beri ucapan depan budak sekolah.
Quote mr_cool5885 17-6-2019 04:22 AM
Barakah ke gaji dia dpt tiap bln tu kalau buat kerja cmni?
Quote Malaysia.Doom 17-6-2019 07:44 AM
JANJI MELAYU boleh pakai ke?

Quote FailFish 17-6-2019 09:05 AM
Purplehag replied at 16-6-2019 10:46 PM
Suka dengan menteri ni humble, bahasakan diri dia pak cik masa beri ucapan depan budak sekolah.

tanda2 awal mahacai
Quote Melorqe 17-6-2019 02:37 PM
dia pun kena kencing dgn boss dia. mcm mana dia nak tunaikan janji wakakaakawakkka...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.131101 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top