CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ucapan Hari Bapa Rita Rudaini Buat Netizen Tak Tahan Sebak

18-6-2019 11:48 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 22846| Komen: 221|Original author: Oleh: top5complete

Semalam, pelakon Rita Rudaini mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ibu-ibu tunggal di luar sana. Ucapan itu membuat ramai netizen sebak. 

Dalam luahannya itu, Rita mendakwa tidak kisah dengan kepenatan bekerja tanpa suami di sisi asalkan anak-anak cukup makan dan segala keperluan mereka ditunaikan. 



Foto Instagram: Rita Rudaini

Rita turut meluahkan rasa bertuah kerana mampu membesarkan anak-anak tanpa seorang suami dan bantuan daripada mana-mana pihak. Dia juga memberitahu ada pasangan yang sudah bercerai, namun segala kos sara hidup masih ditanggung bekas suami.

"Rasa bertuah dipilih untuk membesarkan anak-anak seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Ada yang bercerai, tapi anak-anak masih dibiayai bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka.. Alhamdulillah," tulisnya.


Biarpun mereka tidak mewah, tapi mereka bahagia.

"Susah senang yang saya tanggung, saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan. Biarlah kami tak mewah tapi hati kami bahagia.


 
Segala penat lelahnya akan hilang apabila melihat anak-anak boleh makan secukupnya.

"Saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang??? Penat? Ye, itu biasa tapi bila dapat menyuap rezeki yang saya cari ke mulut anak-anak, saya bahagia, hilang penat lelah.

Dia tidak fikirkan tentang keadaan dirinya lagi, yang paling penting adalah anak-anak.

"Saya, seorang ibu yang sanggup mengikat perut demi anak-anak saya, ketepi kan baju raya, keperluan saya, jodoh? Jauh skali untuk saya fikir.
 
"Semuanya demi anak-anak kerana bahagian saya dah lepas... Masa depan untuk diri saya dah lepas dan masa depan saya cuma mereka, RYAN dan ARJUNA... SELAMAT HARI BAPA UNTUK IBU-IBU TUNGGAL," tulisnya.

Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun sudah bercerai. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • shahrim

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 18-6-2019 11:50 AM
mcm ko sorang je mak jan kat doniah nih
Quote bananes 18-6-2019 11:50 AM
dah2 la rita oiii..boleh tak ko move on je
Quote AwanCikDania 18-6-2019 11:50 AM
Tahniah acik rita.
Quote bananes 18-6-2019 11:51 AM
please rita ..move on je lah..tak penat ke meroyan tiap masa
Quote Meiizu 18-6-2019 12:17 PM
i kagum dgn rita tuntut nafkah kat ex kaw kaw punya..part ni memang boleh jadi contoh  tapi ....dah 2019 ni stoplah cite pasal ex
Quote Suchi 18-6-2019 12:20 PM
Post2 gini selalu wat ibu2 kat luar sana rasa bersalah sebab laki tanggung makan minum depa anak beranak, jadi baiklah lelaki takyah kije duk umah sebab si mak nk buktikan aku wanita leh hidup tanpa bantuan sesapa malah aku tanggung laki aku sekali.
Quote Cookingholic 18-6-2019 12:20 PM
Sudah2 la tuh merempan kat ig oii. Skrip sama duk ulang tak penat ke. Ye betulla jadi ibu tunggal mmg susah. Tapi sekurang-kurangnya skrg anak2 dah besar. Takkan masih nak mengeluh penat serba serbi. Aku tak setuju betul part dia ckp anak2 dia tak mewah. Kalo betul rota ckp dia bersyukur tak keluar ayat gitu tau. Anak2 dia terlebih beruntung drpd kebanyakan budak2 kat malaysia nih.
Quote annadonna 18-6-2019 12:20 PM
tak sebak pun
Quote Kurex 18-6-2019 12:25 PM
Netizen tak naik muak ke dengan rempanan dia?
Mesti yg sebak ni acik2 tudung bawal yg tak pernah missed drama 7 petang
Quote aliamaisarah40 18-6-2019 12:27 PM
erk..dia duk merempat ke? x mewah lagi ke?
sedangkan anak dia sekolah International School kan?

mmg laa x-laki dia x tanggung langsung, tp x perlu nak merentan kat socmed lagi dah. ko patut move-on. tunjuk kat laki ko, you're strong women. tanpa dia, ko mampu bg rezeki n sekolahkan anak ko. biar bile besar nnt, x-laki ko akan terhegeh2 cari anak2 dia smula. time tu, aku sure, anak2 ko akan berdiri belakang ko mempertahankan ko.

cukup laa sekadarnya ko ucap happy father's day tuk diri ko sbb ko jadi ibu dan bapak pada anak2 ko.
Quote ahlisihircute 18-6-2019 12:30 PM
Edited by ahlisihircute at 18-6-2019 12:31 PM

Dalam dunia nie...dia je ke ibu tunggal yg buat cam tu...semua ibu pon akan berkorban tuk anak2..X kisah apa pon status ibu tu...X abis2 duk upkan diri sendiri...
Quote NazRysha 18-6-2019 12:32 PM
aidil tak bagi nafkah ker?
Quote irsa 18-6-2019 12:37 PM
Emangnya bekas nya tidak bg nafkah langsungkah? Walau 1 sen? Konpius pulak... Bukan beberapa thun dlu tu ada masuk court, si bekas ckp dia ada masukkan duit n ritrud pula jawab, x perasan ada duit masuk?.. Hmmmm musykil hakak
Quote ReginaGeorge 18-6-2019 01:01 PM
Aku dah naik muak ngan janda lapar nih. Tak habih2 ngan drama pilu dia. Pirahhhh
Quote namieamuro 18-6-2019 01:04 PM
Suchi replied at 18-6-2019 12:20 PM
Post2 gini selalu wat ibu2 kat luar sana rasa bersalah sebab laki tanggung makan minum depa anak ber ...

Lps tu yg dh bjaye tanggung laki tu pun masuk la page rumahtangge yg femes kt fesbuk merempan laki jd biawak hidop
Quote biozipstar 18-6-2019 01:05 PM
memang kebanyakan tau. bukan semua. janda mmg lapar attention. tapi kita yang baca terpaksa hadap... xtau lah feeling dia terpaksa diluahkan kt medsoc berjuta2 kali tanpa jemu sbb dia x kan puas nak bgitahu yang dia "mampu" berdikari... #realstory
Quote namieamuro 18-6-2019 01:10 PM
dh nak masok 2020 dh ni..takkan setiap kali nk kene remind sumeorg betapa cekalnye die as ibu tunggal..bkn ke edel ade je bg duit? yg die sendiri smpi tak perasan pun edel masok duit dlm acc die.

i rase kalau sekali lg edel lupe bab duit2 ni, mesti acik ritrud akan fight mcm sblm2 ni gak kan..tang ni i support sbb dah tu tgjwb edel as bapak..tp tang sheols mengarit dgn laki org..

tgk anak2 ritrud ni bangge sbb anak2 membesar dgn baik..jgn ler disebut mewah tak mewah..anak2 die bertuah skolah pun bkn skolah bese2 rakyat marhein..



Quote shania88 18-6-2019 01:23 PM
Meiizu replied at 18-6-2019 12:17 PM
i kagum dgn rita tuntut nafkah kat ex kaw kaw punya..part ni memang boleh jadi contoh  tapi ....dah  ...

SELAGI TAK DAPAT SELAHI TU KENA BISING
KALAU TAK TU SAMPAI BILA NAK DAPAT
BAGUS ACIK RITA BUAT CAMNI SEBENRNYA
RAMAI PERMPUAN CERAI LAKI KAHWIN LAIN TAK BAGI LANGSUNG NAFKAH
EX WIFE BISING USAHA DAPAT TAPI TAKKN DAPT
AKHIRNYA TEMUI JALAN BUNTU
TERUS LAH DIAM
LAKI LEPAS TANGAN CAMTU

ACIK RITA BERTUAH SEBB RETIS
SO BOLEH BISING2 DAN MALUKAN SI EX
Quote umbut 18-6-2019 01:29 PM
X habis2.. Anak sekolah mahal.. Mampu ler tu

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.137448 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top