CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maju! Warga Cyberjaya Boleh 'Delivery' Nasi Lemak Guna Dron Tak Lama Lagi

18-6-2019 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4945| Komen: 34

Description: Dengan kemajuan teknologi, penduduk Cyberjaya bakal menikmati penghantaran makanan menggunakan dron.
Dengan kemajuan teknologi, penduduk Cyberjaya bakal menikmati penghantaran makanan menggunakan dron.


Foto: NST/BERNAMA


Menurut BERNAMA seperti dipetik Utusan, syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri dron sejak 2014, Average Drone Sdn. Bhd. bakal bekerjasama dengan anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan, Futurise bagi mewujudkan perkhidmatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone Sdn. Bhd bagaimanapun memaklumkan, projek percubaan tiga bulan itu akan melibatkan penghantaran makanan dalam lingkungan kawasan dua kilometer dari bangunan Futurise.

Selain itu, hanya tujuh jenis makanan ditawarkan dalam tempoh percubaan seperti mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.


Foto: NST/BERNAMA


“Ini versi percubaan, selepas tiga bulan kita tengok macam mana, selepas itu kita akan tambah jenis makanan,” kata Hamdee Hamdan kepada BERNAMA.

Tambah Hamdee, bagi memudahkan pembeli membuat tempahan, pihaknya telah membangunkan aplikasi mudah alih yang kini masih dalam draf akhir.

Dijangkakan, ia mengambil masa 12 minit dari proses tempahan sehingga pesanan sampai ke destinasi dan melibatkan kos penghantaran sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.

"Kita juga sudah membangunkan dron itu boleh diterbangkan pada waktu hujan tetapi bukan dalam situasi hujan lebat,” katanya.


Foto: NST/BERNAMA

Buat masa ini, dron 'Express Food' mampu menampung muatan sehingga 800 gram dan akan diubah suai untuk menampung muatan lebih berat sekiranya projek percubaan itu berjaya. - CARI
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noodle.baby 18-6-2019 12:34 PM
Wowwww. Untungglaaa  warga2 Cyber sekalian.
Quote rospinki 18-6-2019 12:36 PM
waww..makin gendut la warga putrajaya. nx time servis terus suap ke mulut caj sama.
Quote rospinki 18-6-2019 12:41 PM
eh cyberjaya..igtkan putrjaya

dkt2 la tu

Quote NoraAnne 18-6-2019 12:56 PM
Wau cnggih makanan depan pintu depan tingkap {:hooray
Quote Miss.Rara 18-6-2019 01:51 PM
kalau dapat kat tangan manusia sejenis sakai atau suka buat kerosakan harta benda...

bukan makanan dia oder jer dia amik...

tak balik semula ke tuan kot drone tu...
Quote mamarock 18-6-2019 01:54 PM
Wahh.. menarik
Quote HannahMontana 18-6-2019 01:56 PM
kena sambar dengan helang kelaparan  mcm mana ?
Quote gaara_X 18-6-2019 02:05 PM
ermmmm....satu benda yang positif...terbaik ahh...
Quote moonbug 18-6-2019 02:22 PM
Sangat inovatif

Quote batmana 18-6-2019 02:37 PM
Alat jammed drone tu..kang makin ramai beli
Quote ifanonline 18-6-2019 02:53 PM
idea yg baik...antara produk2 yg boleh di hantar pakai dron adalah kondom, dildo, vibrator, minyak lintah, etc...ada melayu2 nak cuba?
Quote MissVixen 18-6-2019 02:55 PM
Kreatif dan inovatif. Acik2 cyberjaya yang dah cuba bolehla kongsi review di mforum ni.
Quote RatuDunia94 18-6-2019 03:37 PM
Kalau kena curi mcm mana?
Quote miszclassique 18-6-2019 08:43 PM
Hmm kalau hujan still takboleh order jugek
Quote anastasia7 18-6-2019 09:54 PM
miszclassique replied at 18-6-2019 08:43 PM
Hmm kalau hujan still takboleh order jugek

Hujan lebat tk boleh katanya. Hujan sipi2 ok lagi. Anyway, bagus juga ni. Nak2 kalau delivery ke rumah tinggi2
Quote toxicated 18-6-2019 10:17 PM
Jangan mengedar dadah pakai drone lak pasni.
Quote hasniey 18-6-2019 11:30 PM
Menariknye.xyah dh susah2 kalau hntr naik flat .dah la xde lif.
Tp jarak xjauh la pulak
Quote tikusmontok 19-6-2019 06:12 AM
rospinki replied at 18-6-2019 12:36 PM
waww..makin gendut la warga putrajaya. nx time servis terus suap ke mulut caj sama.

Siap dgn pakej  kunyahkan sekali. Hehe
Quote asteruk2 19-6-2019 08:08 AM
hasniey replied at 18-6-2019 11:30 PM
Menariknye.xyah dh susah2 kalau hntr naik flat .dah la xde lif.
Tp jarak xjauh la pulak

Rasanya penghantaran bukan sampai depan pintu rumah kalau flat/apartmen. Kalau di luar negara, diorang akan wujudkan satu kawasan khas dan runner akan ambil dari situ utk dihantar kpd pelanggan.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.071787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top