CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Lambung-Lambung, Budak Mati Terkena Kipas Siling

20-6-2019 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9376| Komen: 85|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seoang budak perempuan berusia dua tahun maut selepas kepalanya terkena kipas siling.
Seoang budak perempuan berusia dua tahun maut selepas kepalanya terkena kipas siling.

Kejadian itu berpunca apabila sepupu lelakinya yang berusia 25 tahun melambung mangsa.


Mangsa kehilangan nyawa sehari selepas dimasukkan ke Hospital Ampang.

Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, Ampang pada jam lebih kurang 10 malam.

Gambar Hiasan
Ketika kejadian, suspek melambung mangsa yang menangis ketika bermain bersama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata,

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa bersama abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 malam keesokan harinya oleh pihak hospital dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat."

Punca kematian akibat kecederaan parah pada kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.

Bapa mangsa membuat laporan dan polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama tujuh hari hingga Selasa depan.” -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerabuBiru 19-6-2019 08:54 PM
aduss kesian bertabah semua
Quote mrscolour 19-6-2019 09:07 PM
Sedihnya...
Quote ikanmasin 19-6-2019 09:10 PM
aduhai kenapalah dilambung2 tak tgk ke atas tu ada kipas ke..
Quote xtahumenahu 19-6-2019 09:12 PM
2 pihak yg patut dikesiankannn..alahaii
Quote Mahathirina 19-6-2019 09:14 PM
Kes tak sengaja ni aku takda la nak mental sangat.
Quote jahcomel 19-6-2019 09:36 PM
Giler ape duk lambung2 budak...tu bkn cara nk pujuk budak tu Kira nk matikn dh tu ..leh wat main2 lak
Quote menjad 19-6-2019 09:38 PM
Tinggi nya lambung budak...  
Quote singajantan 19-6-2019 09:39 PM
Umur 25tahun tp akal pendek
Quote Atata 19-6-2019 09:42 PM
Tinggi kot si sepupu tu. aduhhh ksiannya budak tu
Quote moonbug 19-6-2019 09:44 PM
Alahai kesiannya. Betul-betul malang tak berbau
Quote putehkundor 19-6-2019 09:46 PM
seram uols....ngeri i bayangkan..

iols tak berani nak lambung budak2 kalau ada kipas kat atas berpusing.....kalau kipas meja pun iols pastikan tak terbukak kalau ada budak2....kadang2 anak buah i suka jolok jari
Quote sukacactus 19-6-2019 09:55 PM
Nak gugur jantung wei kalau jd depan mata
Acah2 nak pujuk jd terbunuh plak
Quote sitilu 19-6-2019 09:57 PM
tu pasal rumah aku tarak kipas. fully ekon.

lambung la tinggi mana pun, sure selamat

Quote Abot 19-6-2019 10:02 PM
aku mmg pntang org lambung2 bdk ni..  x kire la ade kipas ke x...  boleh x pk sbrg kemungkinan.  bnde bhye x payah la buat.  badigol
Quote EvieWanKenobi 19-6-2019 10:03 PM
kecuaian yang tak disengajakan..
Quote dubuk 19-6-2019 10:05 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote imthegirl 19-6-2019 10:10 PM
Budak budak umur gitu mana boleh dilambung. Tak kena kipas nanti boleh jadi pendarahan pulak ke gegar tah yg boleh buat budak meninggal jugak.
Quote matchstick 19-6-2019 10:14 PM
Yg melambung mmg tinggi agaknya pastu siling rumah rendah.
Quote DARSITA 19-6-2019 10:19 PM

jap jap .. setau aii lah kan kipas angin di Malaysia (kalau rumah flat) tak adanya jenis Casablanca or Harbor Breeze brand just KDK (blade made dari plastic or metal yang soft)

Dia turn on level berapa? ada tak ceiling fan tu rosak?

Aiii speku budak tu jatuh terhentak kepala lepas di lambung lambung. Harap doktor boleh siasat secara terperinci.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.350228 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top