CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Banting Kucing Depan Kedai Makan Sampai Mati Diburu Polis

20-6-2019 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3816| Komen: 19

Description: Polis Melaka sedang mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam video tular berhubung kematian seekor anak kucing di sebuah kedai makan.
Polis Melaka sedang mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam video tular berhubung kematian seekor anak kucing di sebuah kedai makan.


Foto: FB Geng Viral Melaka


Isnin lalu, tular sebuah video menunjukkan seorang individu menunggang motosikal Modenas Kriss berwarna biru berhenti di hadapan sebuah kedai makan dan dilihat sedang mencari sesuatu di premis berkenaan.

Menerusi sebuah posting, individu terbabit didakwa membunuh seekor anak kucing kerana berang gagal mencuri sebuah kereta sewa di hadapan kedai berkenaan.

BH Online melaporkan, Asisten Superitendan Afzanizar Ahmad mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 34 tahun pada jam 10.30 pagi, semalam, mendakwa dimaklumkan jirannya pada jam 8.30 pagi Sabtu lalu bahawa ada seekor kucing mati di hadapan kedai makannya.

Lelaki terbabit mengakui anak kucing berusia kira-kira tiga bulan itu miliknya.


Foto: FB Geng Viral Melaka


Menerusi semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai makannya, individu dipercayai wanita itu dilihat mengambil seekor anak kucing yang melintas di hadapan kedai pengadu dan membawanya  tepi kaki lima kedai berkenaan.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang dilakukannya terhadap haiwan malang itu.

“Semalam (18 Jun), pengadu dapati kejadian kucing mati tersebut ditularkan dalam Facebook. Siasatan mendapati tiada sebarang saksi yang nampak akan kejadian yang berlaku,” kata Afzanizar.

Afzanizar mengesahkan kejadian terbabit dirakam CCTV kedai berkenaan, namun perbuatan suspek memukul kucing itu tidak kelihatan.

Tambahnya, identiti suspek masih disiasat dan seksyen kes juga belum diklasifikasi. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 150997 20-6-2019 12:18 PM

dah knapa betina oiiii..

Quote grouper 20-6-2019 12:22 PM
Nampak ke x dia pukul kucing tu..
Quote Artemesiaa 20-6-2019 12:25 PM
Gambar dah viral pasti tak lama akan tertangkap
Quote DayangKirana 20-6-2019 12:39 PM
grouper replied at 20-6-2019 12:22 PM
Nampak ke x dia pukul kucing tu..

tu lah.. masalahnye tak..
tapi takkan kitten tu mati so sudden kan kalau x kna pukul or racun?

mengesahkan kejadian terbabit dirakam CCTV kedai berkenaan, namun perbuatan suspek memukul kucing itu tidak kelihatan


Quote Mamajiyem 20-6-2019 02:14 PM
Sampai hati buat camtu
Quote paz 20-6-2019 02:43 PM
Hey sakit mental yer kau. Semoga cepat sikit tangkap orang tak betul macam ni.
Quote top5complete 20-6-2019 02:49 PM
ni mesti kes suami tak bagi semalam.. tu pasal marah2 sampai datang sawan bunuh binatang
Quote Bedah.Cun 20-6-2019 07:26 PM
Tgk dr blkg nmpak mcm bangsa kuil
Quote Buritan 20-6-2019 07:30 PM
Bedah.Cun replied at 20-6-2019 07:26 PM
Tgk dr blkg nmpak mcm bangsa kuil

Kaum kuil ko kata.. aku gelak je dahhh
Quote jazaa100 20-6-2019 07:36 PM
top5complete replied at 20-6-2019 02:49 PM
ni mesti kes suami tak bagi semalam.. tu pasal marah2 sampai datang sawan bunuh binatang

Somi dia ada skandal.....
Dia jumpa skandal somi dia kat fb tengah peluk anak kucing....
Tu yg dia geram sgt tu.....
Quote mata_kucing 20-6-2019 07:37 PM
Pendera haiwan ni mmg babi siall la.. Betina ke yg buat tu?  Moga mati nnt ko sakit beribu kali ganda dr sakit yg kucing tu alami.. Maafkan kami kaum haiwan.. Kami sepatutnya jd khalifah.. Tp spesis manusia semakin byk lahirkan manusia bebal,  yg mendadih.. yg buat jahat
Quote 234126 20-6-2019 08:53 PM
Ya Allah sakitnya dia tahan azab sampai keluar najis. Tak dapat mencuri pegi bunuh kucing. Hina keji betul perangai.
Quote NoraAnne 20-6-2019 10:39 PM
Sampai terberak kucing tu, azabnya kesakitan, apa betina ni buat yer, kalau dapat ni hempuk jer betina ni , geram aku.. moga mati pon azab berganda dari apa ko buat kat anak kucing tu.
Quote zehra2 20-6-2019 10:52 PM
Msti ler ndak nya yg membunuh kucing tu kena lenyek lori
Quote Malaysia.Doom 20-6-2019 11:00 PM
Golongan miskin bandar di Negara Dunia Ketiga memang ramai sakit mental.

Tolong jangan membiak Dan sebarkan perangai Dunia Ketiga.
Quote nuryakmal 21-6-2019 09:28 AM
semoga pelaku ni jugak mendapat siksaan yang selayaknya. jahat betul
Quote Pink_Purple 21-6-2019 11:10 AM
siannya kucing tu...setan la ko betina,

harap kau dilanggar sampai pecah kepala macm tu juga
Quote babyLON. 21-6-2019 01:53 PM
selayaknya pelaku ni digilis lori masa naik motor buruk beliau
Quote FanTasyCreaTioN 22-6-2019 04:25 PM

Camne tau ..

Menerusi sebuah posting, individu terbabit didakwa membunuh seekor anak kucing kerana berang gagal mencuri sebuah kereta sewa di hadapan kedai berkenaan.


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056003 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top