Comel dan gebu! Begitulah komen netizen selepas Abam Bocey mendedahkan wajah si comel yang telah selamat dilahirkan pada 14 Jun lalu. Pernah mencetuskan kontroversi kerana menerima umpatan netizen mengenai anaknya, Abam kini mengakui tidak menyimpan dendam dan sudah melupakan perkara tersebut.
Baru-baru ini, Abam ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar dan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali telah mengadakan majlis aqiqah untuk anakanda tercinta. Bayi lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah itu ternyata telah berjaya menawan hati netizen dan meraih lebih kurang 90 ribu tanda suka di Instagram Abam. Tahniah diucapkan! |
ADVERTISEMENT