CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jangan Ajar Anak Jadi Pondan" - Bapa Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki

25-6-2019 10:37 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6587| Komen: 20|Original author: Oleh: intan

Description: Orang kata, jaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak. Seolah-olah menjadi budaya, kita sudah set di minda bahawa hanya wanita wajib membuat kerja rumah seperti memasak, mencuci p ...
Orang kata, jaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak. Seolah-olah menjadi budaya, kita sudah set di minda bahawa hanya wanita wajib membuat kerja rumah seperti memasak, mencuci pinggan, basuh baju dan sebagainya. Manakala, lelaki hanya goyang kaki di hadapan kaca televisyen, betul tak?

Jika dahulu, mungkin budaya ini boleh diguna pakai, namun zaman semakin berubah. Kini, lelaki dan wanita sama-sama keluar rumah bekerja mencari rezeki. Tambahan jika mempunyai anak pula, kerja rumah semakin meningkat dari hari ke hari. Ini semua adalah disebabkan didikan sejak nenek moyang dan boleh dianggap lapuk kerana peredaran zaman.

Ini membuatkan saudara Ariff Ismail berkongsi pendapat mengenai isu itu dan menyeru semua ibu bapa terutamanya untuk mendidik anak lelaki supaya tidak menjadi seorang 'pondan' di masa hadapan. 


Jom ubah cara didikan anak






Anak lelaki juga kena urus rumah tangga






Bawa anak pergi pasar


Jangan fokus ajar anak perempuan sahaja



Perkongsian yang amat menarik dan patut dijadikan contoh kepada ibu bapa di luar sana. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. - CARI
5

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-6-2019 10:50 AM
Mati2 fikir jangan ajar anak jd sajat. Pondan tu double meaning betul.sila pulangkan data internet kaka 800mb
Quote Andyscenes 25-6-2019 10:55 AM
CiliPadiSedap replied at 25-6-2019 10:50 AM
Mati2 fikir jangan ajar anak jd sajat. Pondan tu double meaning betul.sila pulangkan data internet k ...

Akak berkira betul dengan data. Bg la ilmu sikit
Quote aleesyasofia 25-6-2019 11:01 AM
adk2 iolss pon kdg2 pemalas gak.. nak kena suruh baru buat.. tp, mujurlah pndai berdikari boleh masak.. bila dok rumah sewa jd rajinlah depa..
Quote CikB 25-6-2019 11:05 AM
bagus ajar dr kecik, sama2 buat kerja x kira lelaki perempuan
Quote Beribear 25-6-2019 11:07 AM
Bagus cara dia didik anak.. Ni tak habis2 mulut ckp "ko tu perempuan, dia lelaki" habis lelaki keja dia buat rumah mcm hotel ke? Zaman skrg pon perempuan bekerja cari duit, balikbrumah pon kena buat kerja lagi. Anak kelaki jd bos. Dah makanbpon pinggan tak reti basuh, tandas pon tak nak cuci.. Eiii menyirap betulllll
Quote RatuDunia94 25-6-2019 11:17 AM
Betul.. iols cukup pantang kalau anak2 buah lelaki i kalau waktu nak raya atau kenduri org duk sibuk kat dapur kelentang kelentong dia duk baring depan TV ambil main henset.. memna depan2 kena bambu dgn iols.. x kira la lelaki ke perempuan ke kena berganding bahu gotong royong..
Quote adila39 25-6-2019 11:21 AM
Good article, tq. Im trying too... nak ubah layan anak manja sgt. Way see it sgt rely on me and grandparents... manja sgt terlebih lebih dah... so yes sy pun nak buat benda yg sama... bagi pressure sikit like buat benda kecik, kemas tempat tido, basuh pinggan and angkat baju kotor put di bakul etc... haih.. tp kdg sy kerja and dirumah ada my mum je... so manja balikkk... {:yameteh
Quote sfrnna 25-6-2019 11:42 AM
Misleading punya tajuk. Patut tulis cara ajar anak jd gentleman. Tak pun cara ajar anak tak mengharap wants buat kerja ke. Apa kena mengena dgn pondan ni?
Quote palmolive 25-6-2019 11:53 AM
patutnya tajuk "Jangan Ajar Anak Jadi TUAN BESAR"
Quote Artemesiaa 25-6-2019 11:56 AM
Baguslah sedari kecil dah diajar dengan kerja2 sebegitu tak kira lelaki atau perempuan agak dia tak kekok melakukan kerja rumah bila dewasa nanti.
Quote kroit92 25-6-2019 02:14 PM
aku start umo 10 tahun dah buat kerja rumah
sebab adik-beradik kecik ramai, mak ayah kerja.

kalau aku tak bergerak, memang bersepah rumah. toilet semua aku sental.
dari dapur, basuh pinggan mangkuk, basuh baju, sidai, lepas tu vacuum, mop lantai. kejap lagi adik nangis, bergaduh la, nak susu la, tidurkan yang si kecik, etc.
dah macam young, single parent je rasa

cuma memasak je la tak dulu. mak ayah aku tak bagi usik api.
mak dah siap masak lauk sebelum gi kerja.

so bila baca post-post macam, "Semua anak perempuan kena buat, lelaki melingkar macam raja depan tv.". aku macam, haaahh??? aku tunggang langgang macam kuli, macam bibik je rasa, celah mana rajanya?

ni dah besar, adik bongsu aku yang perempuan naik lemak,
dia dah terbiasa aku buat semua kerja rumah. generasi baru yang melekat kat handphone ni susah sikit nak bergerak   cakap sikit emo, cakap sikit emo
Quote cyber_mania 25-6-2019 02:42 PM
Betul ni. Mari lah kita membudayakan amalan ni. Kerja rumah bukan hanya keje org pompuan.
Amalan cenggini jika diasuh dari kecik akan menghasilkan husband material kualiti terbaik. Cumanya janganlah sampai OCD ya.
Quote Mfzg89 25-6-2019 04:14 PM
paling penting jgn bagi anak main tik tok & apps jelir2 lidah anjing tu..sorry x tau nama apps tu.. .
Quote tagas 25-6-2019 04:40 PM
tak jantan

tak macho la camtu
Quote Laylaaa 25-6-2019 05:32 PM
tagas replied at 25-6-2019 04:40 PM
tak jantan

tak macho la camtu

better dari jadi TAK BERGUNA huhuhu
Quote nono86 25-6-2019 08:17 PM
Satu perkongsian yang bermanfaat.
Quote jazaa100 25-6-2019 11:16 PM
kroit92 replied at 25-6-2019 02:14 PM
aku start umo 10 tahun dah buat kerja rumah
sebab adik-beradik kecik ramai, mak ayah kerja.


Bagusnya kau.....

Aanak aku memang suka ke dapur tapi aku tak bg....rasa semak...aku memang tak suka org lain ada kt dapur...melambtkn keeja aku....skrg dia nk goreng telur pun terjengkit jengkit takut minyak....tapi satu je perangai dia...klu lepas mkn dia akn kemas...takkn biarkn pinggan atas dlm sink...masak memabg fail...
Quote jazaa100 25-6-2019 11:17 PM
Hensem budak yg gunting cili tu....
Quote LostStar 27-6-2019 12:22 PM
bersyukur mama dan arwah abah aku didik kami adek bradek semua sama rata.. semua kne buat kerja rumah.. ikot turn.. tp abg aku yg sulong tu power.. semua keja rumah dia blh buat.. nak2 iron baju.. kami kalau pagi raya, dia ja la yg iron semua baju.. love sgt2..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top