CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sumpah Saya Tak Ingat!" Radhi OAG Buat Perakuan Sumpah Nafi Lafaz Cerai Di Mahkamah

25-6-2019 11:42 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4481| Komen: 18|Original author: Oleh: intan


Radhi dari kumpulan muzik OAG baru - baru ini telah mendedahkan bahawa dia dan isteri, Nur Shahira Ayu telah sah bercerai pada anggal 25 Mac lalu. Namun baru-baru ini, Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali telah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya untuk melakukan sumpah nafi lafaz cerai terhadap bekas isterinya.

Ini berikutan apabila Radhi memberi keterangan kepada mahkamah bahawa dia tidak ingat membuat lafaz cerai tersebut pada hari kejadian. 

Menurut Radhi, dia tidak ingat menyebut perkataan 'lepaskan' atau 'ceraikan'.

"Saya tidak tidur dua hari jadi emosi tidak stabil. Saya dalam keadaan marah dan telah menumbuk pintu sehingga pecah. Saya marah sebab dia (Ayu) susah hendak pulang ke rumah kerana berada di rumah keluarganya. Tak tidur fikir pasal dia, apa dia buat."




Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari telah menetapkan 16 Julai ini untuk perakuan sumpah nafi lafaz cerai. Menurut mahkamah, "Hal berkaitan cerai ini adalah sangat mustahak, bukan perkara main-main kerana kesannya besar (membabitkan) azab dunia dan akhirat. Sementara hari yang ditetapkan tiba, defendan (Radhi) ada masa untuk fikir semula apa sebenarnya terjadi pada hari kejadian. Jika masih konsisten, sumpah nafi akan dibuat."


Manakala bagi pihak isterinya, Ayu berkata bahawa beliau sendiri mendengar lafaz cerai tersebut pada jam 4.20 pagi setelah berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

"Radhi lafaz cerai dengan berkata "Aku ceraikan dengan talak satu". Kemudian lepas lafaz dia kata pada saya nak rujuk balik."

Ayu kemudian memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 3 jun lalu. -CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kambinggila

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tulanglampai 25-6-2019 11:51 AM
hmm.... semoga dipermudahkan urusan ya. bab talak semua ni mmg better selesaikan dkt mahkamah. goodluck!
Quote sfrnna 25-6-2019 12:25 PM
Dahi jendul rupanya. Ptutla selalu buat rambut cendawan. Apapun semoga dipermudahkan. Takut tgh lalok je tu yg x ingat tu
Quote sfrnna 25-6-2019 12:26 PM
Dahi jendul rupanya. Ptutla selalu buat rambut cendawan. Apapun semoga dipermudahkan. Takut tgh lalok je tu yg x ingat tu
Quote YomiuriLandMae 25-6-2019 12:31 PM
ada dua benda tak bole dibawa gurau..

1) bebaskan hamba
2) talak
Quote giyomi 25-6-2019 04:03 PM
dah ko sebut masa lalok, mmg lar tak ingat.
Quote tagas 25-6-2019 04:23 PM
Radhi ni ade kembar

abg nye tabligh& engineer

lps bercerai radhi ikut mak dia stay kl

abg nye ikut ayah stay kuching


Quote tupperwarepink 25-6-2019 04:28 PM
Kesian bila tengok muka anak2 bakal mendapat mak pak bercerai berai, lagi sadis bila baca komen2 netizen nanti apaknya mendadih
Quote CikB 25-6-2019 05:12 PM
semoga dipermudahkan
Quote nono86 25-6-2019 08:28 PM
Hmmm.. muhasabah diri banyak2
Quote Rapz 25-6-2019 08:31 PM
Bila tgk family pic tu rasa kesian lak kat anak2...moga dipermudahkan lah urusan dorang nie....
Quote Carcosa 25-6-2019 08:36 PM
Aku takfaham betul lah. Dah keluar cerita mcm2 pasal si taik dadah ni pun, masihhhh ada betina2 jakun hadap retis yg menganga molot hadap si jantan taik ni Percayalah dia takkan berubah punya! Anjing kurap dah biasa makan taikkkk, takkan punya dia berubah! Sudah2lah hadapp sgt dgn retis!! Aku kesian dkt budak2 kecik yg nanti betina2 bangang ni beranakkan. Nanti cycle ni takkan putus. Anak2 membesar tanpa bapa. Pls lah!
Quote de_ikea 25-6-2019 09:06 PM
Iols rasa kejam sgt klo nak judge semua penagih begitu. Tp realitinya majoriti begitu. Huhuhu.

Bukan tak mahu beri peluang kedua. Tp besar risikonya.
Quote cikja 25-6-2019 09:51 PM
Kesiannya anak2..semoga dipermudahkan
Quote 0rkidHut4n 25-6-2019 10:04 PM
kesian kat anak dia. haihhh kemain ingat dah insofff
Quote ainashiqa 26-6-2019 07:28 AM
Kesian la kt anak2.. Semoga yg baik sahaja utk mereka
Quote blekkep 26-6-2019 08:39 AM
msuk pengasih x smestinyer dh berenti chuols..pengasih cume dn cube mmbimbing pendadih nie dr segi kerohanian dn smuge deyols sume x jd junkie...mmg mustahil bleh quit heavy drugs nie,lg2 kalo dh lame gile dlm bdn..bleh mati kalo quit...so pengasih nie bkn nk deyols quit trus,tp cube kontrol diri...

sape yg brani kawen ngan pendadih cucuk2 nie mmg kene kuat lar...stakat weed paling trok jd bewak jer malas keje sbb dok tenang sgt
Quote Mscapsicum 26-6-2019 01:22 PM
rasa mcm baru tgk documentary radiey dgn wife dia battle with drugs. alih2 dah cerai
Quote lolipopi 26-6-2019 05:11 PM
wife dia nampak helok jer..aper la dh elok2 dpt org yg nak ko yg mendadih tuh x reti nak jaga..buat perangai pastu menyesal x sudahhh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.119112 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top