Kebiasaannya di Malaysia, kita akan lihat apartment atau kondominium di atas pusat beli-belah. Namun, lain pula yang terjadi di Jakarta, rumah teres di atas pusat beli belah!
Bangunan itu diberi nama Thamrin City, menempatkan sebuah pusat beli belah, 5 bangunan apartment dan juga kawasan perumahan di tingkat 10 bangunan mega itu. Bangunan yang mempunyai keluasan 12.5 hektar ini turut menempatkan banyak jenama terkenal, 20 unit escalator, 14 lift dan beberapa kedai makan yang mampu menampung semua penduduk di situ. Populasi penduduk yang ramai di Indonesia menjadikan tanah terhad dan mungkin inilah jalan penyelesaiannya. Agak-agak, sesuai tak dibina di Malaysia? Silap-silap boleh sesat jika singgah beraya ke rumah saudara! - CARI |
Boomibulat replied at 27-6-2019 12:36 PM
Klu siling bangunan runtuh abis satu tmn.
ADVERTISEMENT