CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nyaris-Nyaris! Penunggang Motosikal Ini Hampir Dilenyek Lori Kerana Berada Di Titik Buta..

1-7-2019 12:24 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 4358| Komen: 13|Original author: Oleh: Mat

Di Malaysia, kemalangan yang melibatkan motosikal sering terjadi kerana sikap pemandu motosikal itu sendiri yang mengundang padah. Kesalahan seperti melanggar lampu merah, membelok tanpa memberi signal dan menyelit di antara kereta adalah antara punca kemalangan yang melibatkan motosikal.


Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang penunggang motosikal cuba untuk mencelah di hadapan lori namun dilanggar kerana motosikal itu berada di titik buta lori tersebut. 

Lebih mencemaskan, wanita itu jatuh dan berada di bawah lori tersebut semasa lori itu sedang bergerak. Mujur penunggang itu selamat, hanya motosikal penunggang itu sahaja yang mengalami kerosakan. 


Apa itu titik buta atau blind spot? Titik buta adalah ruang tersembunyi yang tidak boleh dilihat daripada tempat pemandu lori. Kebiasaannya kenderaan besar seperti lori dan bas yang mempunya titik buta yang banyak dan perlu diberi perhatian oleh pemandu lain.
Buat penunggang motosikal di luar sana, hati-hati semasa di atas jalan raya. Biar lambat asal selamat! - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-7-2019 12:30 PM
Main cilok je... Kot ye pun nak cepat, kena sentiasa berhati2..
Tapi kalau motor ni, dah tau salah sendiri, dia tetap nak bodohkn orang lain
Quote Boomibulat 1-7-2019 12:35 PM
Berita tulis di msia.video made in china
Quote kabukiman 1-7-2019 12:43 PM
Boomibulat replied at 1-7-2019 12:35 PM
Berita tulis di msia.video made in china

Produk impot
Quote EvieWanKenobi 1-7-2019 12:55 PM
yang merakam pun..
macam heart-attack aje bunyinya..
Quote merrissa 1-7-2019 01:07 PM
huishhhh....serius scary
Quote paz 1-7-2019 01:11 PM
Uiii seramnya.
Quote Artemesiaa 1-7-2019 01:13 PM
Dah berapa kali dinasihatkan ada penerangan juga di media masa tapi masih ramai yang tak ambil peduli sebab itulah ianya tetap berulang.
Quote dhiakandar 1-7-2019 02:26 PM
Kurex replied at 1-7-2019 12:30 PM
Main cilok je... Kot ye pun nak cepat, kena sentiasa berhati2..
Tapi kalau motor ni, dah tau salah  ...

yg ni setuju...bila cilok atau menyelit tak lepas mula la salahkan org lain. sendiri salah tak pikir. tapi tak semua la...ada je mat2 motor ni yg baik hati dan berhemah. kekadang kalau keta rosak tepi jalan depa ni la yg berenti bagi bantuan. tp tu la sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Quote Malaysia.Doom 1-7-2019 02:45 PM
Benda camni dh banyak Kali diviralkan..dulu Kat Indonesia ..Tapi Tak ambil pengajaran
Quote ninjago 1-7-2019 02:59 PM
blind spot memang bahaya.. seboleh2 kena elakkan la duk kt blind spot.. kdg2 org lupa or tak fokus masa atas jalan..otak melayang ingat benda lain
Quote ikanmasin 1-7-2019 04:46 PM
fuh nsb baik tak lenyek kat situ..umur dia msh panjang
Quote jue10 1-7-2019 05:21 PM
allahuakbar!!! kdg2 bwk moto ni mmg la suka nyelit xpk keselamatn sndri dan org blkg. geram nengok nye.
Quote CiliPadiSedap 2-7-2019 09:47 PM
Yg lagi khinzir blind signal... Jenis masuk simpang guna kepala lutut..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067157 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top