CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Minum Pagi Sampai Susahkan Semua Orang!" Pekerja Kerajaan Ditegur Sebab Suka Curi Tulang

28-6-2019 04:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21403| Komen: 181|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: "Biasalah kerja gomen, minum pagi waktu kerja, lepas tu berlama-lama di kedai kopi, kerja tak jalan!"Betul ke cakap-cakap orang mengenai sikap kakitangan kerajaan?Ramai yang bersetuju dengan penda ...




"Biasalah kerja gomen, minum pagi waktu kerja, lepas tu berlama-lama di kedai kopi, kerja tak jalan!"

Betul ke cakap-cakap orang mengenai sikap kakitangan kerajaan?
Ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pernah berhadapan dengan situasi sama. Namun, jarang sekali ada pengakuan daripada pekerja dalaman itu sendiri seolah-olah masalah ini tidak pernah berlaku.

Bagaimanapun, satu Tweet yang dibuat oleh Pensyarah UiTM, Mazlina Mahali membuktikan sebaliknya. Beliau dengan tegas meminta budaya keluar minum pagi di pejabat kerajaan harus dihentikan serta merta. Ini kerana ketika beliau memerlukan bantuan staf, namun staf tersebut tiada dengan alasan keluar minum pagi.


Menyedihkan...
Tetapi sampai bila budaya ini harus berterusan?

Kredit foto: Twitter

Menurut pensyarah tersebut, waktu masuknya adalah 7.45pagi. Jika memerlukan untuk bersarapan terlebih dahulu, maka beliau akan ke 'pantry' untuk makan sebelum memulakan kerja. Tidak perlu pun keluar semata-mata untuk minum pagi kerana ia hanya akan membuang masa bekerja.

Kredit foto: Carian Internet

Luahannya terhadap staff sendiri membuatkan ramai warganet turut bersetuju dengan gesaan tersebut. Mereka juga mengalami masalah yang sama terutamanya ketika berhadapan dengan kakitangan kerajaan di bahagian khidmat pelanggan. Sedangkan kaunter inilah yang sepatutnya lebih efisien kerana berhadapan dengan pelanggan.

Kredit foto: Carian Internet

Nampaknya masalah ini bukan sahaja berlaku sekian lama tetapi ia masih berterusan walaupun kerajaan sudah bertukar tangan. Mengapakah ianya tidak dikekang oleh pihak atasan? Lebih teruk lagi apabila golongan ini membuat keputusan sendiri seperti mengehadkan jumlah pelanggan dengan alasan terlebih masa. Ada pula yang bersenang lenang keluar awal dari tempoh kerja untuk ke pusat beli belah. Malahan ada yang memerli apabila memberikan jawapan. Wajarkah pihak atasan membiarkan masalah yang sama terus berlaku?

Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan waktu minum pagi, cuma biarlah hanya terhad di dalam pejabat sahaja. Tidak perlu untuk keluar dari pejabat pun kerana ia menganggu kerja. Jadi, ia adalah masalah individu bukannya masalah pekerja kerajaan semata-mata.


Jadi, apa pendapat anda? Bagaimanakah untuk mengubah tabiat sebegini yang seolah-olah melekat di minda mereka sejak sekian lama? Perlukah dikuatkuasakan undang-undang supaya tidak lagi berlaku 'missing in action' ini? - CARI 
2

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • kyrana_nana

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 28-6-2019 04:38 PM
Acik no komenggg
Quote KIM.K 28-6-2019 04:44 PM
Acikgomen replied at 28-6-2019 04:38 PM
Acik no komenggg

Bukan kat gomen je kaka

Kim kije ngan international co. pun supervisor cina ajak kuar lunch 3 jam. Ikut keredhoan dia, kalau 12.30tgh dia ajak chiau, jomlah lunch serba semua. Dah round The Curve kol 3.25ptg baru masuk opis, takde hal janji dia perkenankan

Dalam hati kate patutlah tak naik jadi HOD huhu
Quote qistiena 28-6-2019 04:59 PM
sebenarnya bukan gomen aje

dulu masa keje banking pun mcc tu

am,manager,hod buat kepala sendiri je

bila tang staff...dibebelnya...u have to follow rules n regulations....blablabla...

pendek kata bergantung kat diri seseorang tu..kalau dia jujur, amanah n ikhlas...xdelah dia buat mcm tu...
Quote missinpiece 28-6-2019 04:59 PM
Opis iols bayar mocik cleaner utk buat/beli sarapan pagi utk mengelakkan perkara2 sebegini berlaku. Lagipun keje mengadap karenah customer ngn org atasan membuatkan kami sentiasa la lapar. So time lapang sket tu berlari la ke pantry cari apa2 yg patut. Kadang makan x sempat g toilet x sempat pon ada org dok cakap kami mengular
Quote Maideen. 28-6-2019 05:01 PM
Kalau tak keluar minum pagi macamana nak ada tenaga untuk sembahyang Duha pukol 11 am nanti?

Oleh itu menghalang kakitangan keluar minum pagi pada pukol 9.00-10.00 am adalah bertentangan dengan Article 3(1) Perelembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Isle adalah agama Persekutuan......

Yang bener,

Parman Kasio
Presidin Intelek Melayu Isle
Tanjong Karang.

cc. Lokman Nor Adam
Quote sitilu 28-6-2019 05:07 PM
Maideen. replied at 28-6-2019 05:01 PM
Kalau tak keluar minum pagi macamana nak ada tenaga untuk sembahyang Duha pukol 11 am nanti?

O ...

maideen bahlol bodoh kena main kul 4 pagi

tolol kau sial


Quote andaman 28-6-2019 05:09 PM
hahaha. slalunya staf yg keje ofis kot mcm tu.ntah tktau iolss ni swasta.mana leh pg minum pagilah minum ptglah nk mampos?? ikut culture ofis masing2 kot. kalo nk minum pagi pon, bancuh sndiri kt pantry minumlah kt tempat keje..gitulah..
Quote anastasia7 28-6-2019 05:10 PM
missinpiece replied at 28-6-2019 04:59 PM
Opis iols bayar mocik cleaner utk buat/beli sarapan pagi utk mengelakkan perkara2 sebegini berlaku.  ...

Ini la yg sepatutnya. Kalau ada makanan kat pantry tkde la org kebulur cari makan jauh2
Quote sitilu 28-6-2019 05:11 PM
curi2 minum pagi tu ok lagi

jgn curi2 masuk hotel bersemburit pastu curi2 rakam main jubur plakkk tgh malam awal bulan posa





Quote ekod79 28-6-2019 05:17 PM
Who r yus makcik ni? Lecturer ni tak set awal2 ke?
Quote cm_matjawasp 28-6-2019 05:20 PM
Budaya ni dah berkurun bersemai dikalangan kakitangan kerajaan, aku dari kerja kilang masuk goverment rasa relax betul kerja, tapi dept aku yang banyak curi tulang.geng pak lebai., minum time kerja nak berteman, lepas tu pi bank nak ajak kawan jugak.kalau pukul tiga tak muncul jap lagi telepon suruh punch card
Quote RED 666 28-6-2019 05:28 PM
cm_matjawasp replied at 28-6-2019 05:20 PM
Budaya ni dah berkurun bersemai dikalangan kakitangan kerajaan, aku dari kerja kilang masuk govermen ...

lebai konon tapi x amanah, membazir je bayar gaji besar
Quote shernazz 28-6-2019 05:47 PM
Waktu minum pagi.adalah waktu minum pagi
Yang kau santak.dari waktu masuk keje sampai waktu minum.pagi tu dah kenapa?
Ni yang iols.biasa nampak kat opis opis dan kat kedai makan area pulau meranti dan putrajaya
Tapi.kalau bos dia xmarah
.nak kata apa kan...q
Quote whadda 28-6-2019 05:50 PM
kluar minum pagi 1 hal.. telefon tu payah btol nak berangkat.. mana2 ofis gomen pon
Quote MelahJanda 28-6-2019 06:02 PM
buat je macam private companies. nombor manager je letak kat website. sapa2 takleh call mana2 pegawai. takpun bagi email address office je sebutir.

ni tidak, penuh nombor telefon kerani / driver pun ko nak taruk kat website jabatan. pastu time ko meeting takde org angkat call pastu org tu meroyan merata.
Quote Artemesiaa 28-6-2019 06:16 PM
Budaya lama susah nak dihakis.  Lately yang kerja private geng sales pun ada macam tu.  Karang dok bertapa kat opis tak keluar jenuh kene bamboo dengan boss.  itu yang ngular gi makan window soping repair keta segala konon jumpa client.  Jangan kantoi terserempak dengan boss kat mall yang sama udah.
Quote Acikgomen 28-6-2019 06:39 PM
shernazz replied at 28-6-2019 05:47 PM
Waktu minum pagi.adalah waktu minum pagi
Yang kau santak.dari waktu masuk keje sampai waktu minum.p ...

Dendiam sudehhhh
Quote Acikgomen 28-6-2019 06:41 PM
whadda replied at 28-6-2019 05:50 PM
kluar minum pagi 1 hal.. telefon tu payah btol nak berangkat.. mana2 ofis gomen pon

Opssss
Tepon la DL pegawai tuh
Quote Jorja 28-6-2019 06:43 PM
Kalau lalu dekat OUM try tengok geng siapa yg lepak lepak minum pagi pkul 11 pg bru masuk kelas. Perangai buruk tbawa bawa skali bila sambung belajar

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.178965 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top