CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Tahun Kahwin Dengan Patung

1-10-2013 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16756| Komen: 123

Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.

Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.


“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.

RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.


Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.



Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.

Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 1-10-2013 08:19 AM
"ahmad...ini halal kah?"...hehehehe
Quote FanTasyCreaTioN 1-10-2013 08:21 AM
dier sendiri curang takpa

Sintetik tidak akan curang

ader kekasih gelap

Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore




Quote tipuware 1-10-2013 08:22 AM
sakit mental
Quote Anakdesa 1-10-2013 08:53 AM
Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.


Sib baik dengan patung... yang terlebih mental, anjing kucing, lembu, kuda, ikan pari  pun boleh buat laki/bini...

Dunia akhir zaman. ..
Quote annehuda 1-10-2013 08:55 AM
marilah berfikiran positip... kurang2nye die bukan pedo atau flasher atau perogol
Quote princess_happy 1-10-2013 09:02 AM
kesian dia inih...ada masalah....sila jumpe pakar...
Quote gula_tebu 1-10-2013 09:06 AM
tahniah laaa..
Quote shiro82 1-10-2013 09:09 AM
hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus
......siannnn......
Quote noyya 1-10-2013 09:27 AM
gambo takde ke..nak gak tgk sidore&elena..
Quote purpledesire 1-10-2013 09:31 AM
dia nie mmg mental ker apa.? sanggup pegi kawin dgn patung drpd pompuan sebenar..

Quote aTiKah_aYuNi 1-10-2013 09:36 AM
gile laaa....benda mcm tu pon kau bernafsu????
Quote aurora273 1-10-2013 09:39 AM
senang 24jam asik nak mengeseks, takde la sibuk cari pompuan lain sbb bini tak larat... wakakakka
Quote mizsrose 1-10-2013 09:45 AM
haah, gambar xdak ke?
Quote solstice 1-10-2013 09:55 AM
Psycho
Quote solstice 1-10-2013 09:56 AM
Better sikitlah dari yg kawin ngan ferris wheel, jambatan & patung dinasour
Quote nurfariezza 1-10-2013 10:03 AM
kcian kt lelaki psiko ni..
ptut la pmpuan tggl dia...
Quote sue_0684 1-10-2013 10:09 AM
mental...
Quote wickedcat 1-10-2013 10:09 AM
Lantak ler dia....
Quote idadzira 1-10-2013 10:12 AM
macam mana nak dpt zuriat?

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060514 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top