CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Perempuan Meninggal 3jam Sblm Bersanding

27-4-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35985| Komen: 292

Description: Petaling Jaya - Kegembiraan Pasangan Pengantin Untuk Meraikan Hari Bahagia Bertukar Pilu Apabila Pengantin Perempuan Ditemui Mati Kira-Kira Tiga Jam Sebelum Majlis Persandingan Mereka Semalam.
Raja Sehari Tak Sempat Bersanding


SAAT bahagia Junaida (kanan) dan suaminya, Muhammad Danial selepas majlis akad nikah di rumahnya di SS3, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.


PETALING JAYA - Kegembiraan pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia bertukar pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka semalam.


Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, yang selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di dalam bilik pengantin di rumahnya di SS3 di sini kira-kira pukul 8.30 pagi.

Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.


"Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

"Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.

"Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman," katanya sedih.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie_fariza 27-4-2014 12:33 PM
Kena 'hantar' ni..huhu
Quote mdmyana 27-4-2014 12:33 PM

Inalillah...
Bertabahlah famili terutama suami
Quote matamata 27-4-2014 12:34 PM
bertukar jadi kenduri tahlil

Takziah
Quote juliez 27-4-2014 12:34 PM


PELAMIN di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya yang kosong berikutan pengantin perempuan, Junaida, meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingannya semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz303f7WtuQ
Hakcipta terpelihara

Quote aku_best 27-4-2014 12:40 PM
Innalillah...
Quote munchkin 27-4-2014 12:44 PM
Salam takziah kpd suami dan keluarga
Quote noor2 27-4-2014 12:45 PM
kesiannya...innalillah...
Quote solstice 27-4-2014 12:47 PM
Innalillah
Tragis sungguh
Nk wat cane
X der jodoh
Tp ok lah sempat kawin
Quote purpledesire 27-4-2014 12:47 PM
Innalillah..kesiannya..simpati dgn suami dan takziah pd keluarga mangsa..
Quote amiraira 27-4-2014 12:47 PM
Takziah wat family
All fatihah tuk arwah
Quote MrsInsp 27-4-2014 12:49 PM
Al-Fatihah dan takziah..sedihnya...
Quote pakweneelofa 27-4-2014 12:52 PM
adooooooooooooooi kesian..dudah berhias la si suami
Quote lavawafflemaker 27-4-2014 12:52 PM
munchkin posted on 27-4-2014 12:44 PM
Salam takziah kpd suami dan keluarga

X sempat mandi bersama di pagi minggu..

Sedey kan..?lu ada tisu..?

Quote noor2 27-4-2014 12:53 PM
dulu i duk area sini gak...SS4A dan SS5.....tak jauh dgn SS3....
lama dah tak jengah kelana jaya....kenangan lama....
Quote MsIda 27-4-2014 12:54 PM
Takziah pada suami dan keluarga .....
Beratnya dugaan suami dan keluarga arwah..
Semoga mereka dikurniakan ketabahan hati menghadapi dugaan ni...
Quote juliez 27-4-2014 12:54 PM

Kesian pengantin knp dibiarkan tidur sorang? Mana pengapit perempuan or cousins2 .. mcm pengantin dok sorang2 dlm bilik tak berteman sampai meninggal pun tak ada org sedar
Quote mak_wa95 27-4-2014 01:01 PM
Takziah...siannya...
Quote lilacomot 27-4-2014 01:01 PM
innalillah....takziah pd famili arwah....sedihnyeee
cmane  leh  dpt pendarahan dlmn tu..ade org santau ke
Quote juliez 27-4-2014 01:01 PM
Majlis persandingan bertukar hiba

Oleh Ilah Hafiz Aziz
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.

"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.

"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -hiba#ixzz303lknRjQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lihat semua komen(292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.170881 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top