CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Zalim Spesies Manusia Camni!" - Pekebun Sembur Cat Merah Pada Monyet Dikecam

5-7-2019 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8829| Komen: 55

Siapa yang tidak berasa marah apabila tanaman lebih-lebih lagi buah durian yang sedang bermusim pada waktu ini dicuri oleh monyet sewenang-wenangnya.

Ini sekaligus menyebabkan ramai di kalangan pemilik dusun melakukan pelbagai inisiatif bagi menghalang perkara tersebut berlaku.

Namun, baru-baru ini tular pula di laman maya apabila sebuah video menunjukkan seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik dusun durian.

Kredit foto: carian internet
Bukan itu sahaja, haiwan itu dimarahi dan juga disembur cat merah pada badannya kerana mencuri buah durian.

Ia sekaligus menyebabkan para warganet berasa tindakan tersebut sebagai menzalimi haiwan itu. 


"Faham perasaan pekebun tu cuma kenapa sembur cat monyet tu."

"Zalim, spesies manusia camni fikir hanya mereka je yang hidup."


Begitulah antara komen yang dilontarkan yang menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan pekebun itu.

Namun demikian, ada di kalangan warganet yang bersetuju dengan tindakan itu kerana dianggap sebagai cara menghalang ia yang terlalu aktif. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delawang 5-7-2019 06:20 PM
Kisahnya gini
.bila seekor monyet kena cat.. bila dia nk masuk kawanan..semua monyet2 tu takut ngan dia than lari..lari..dan lari..sampailah hutan..kira makun jauhlah dari kebun
Quote batusembilan 5-7-2019 06:29 PM
delawang replied at 5-7-2019 06:20 PM
Kisahnya gini
.bila seekor monyet kena cat.. bila dia nk masuk kawanan..semua monyet2 tu takut ngan ...

okay fine.
tp x perlu kot video kan dan share kt public. mcm x blh fikir je
Quote arasham 5-7-2019 06:36 PM
batusembilan replied at 5-7-2019 06:29 PM
okay fine.
tp x perlu kot video kan dan share kt public. mcm x blh fikir je

Bodoh sgt buat video bagai. Tapi mmg tak laratlah dgn gangguan monyet ni. Mmg tak berkesudahan. Habis punah pokok-pokok.. kalau dia tak dpt mkn dia rosakkan..
Quote Kurex 5-7-2019 06:46 PM
Aruk aku letak anjing dekat kebun dia. Takde kera dok lepak lagi. Tapi atok aku ambik sikit buah dekat kebun dia, dia letak satu tempat utk kera tu makan. Atok aku cakap "jangan kedekut dengan rezeki, tak kisah dengan org ke binatang"
Quote CiliPadiSedap 5-7-2019 06:56 PM
sis vokuru spray beruk warna kuning, terus beruk tu panggil gang  apes planet 2.0 datang sungai golok..siap ada subtitle lagi.
Quote multinicky 5-7-2019 07:12 PM
lawak btul komen beruk ketuk pintu smpi manusia pon terkejut beruk
Quote multinicky 5-7-2019 07:13 PM
delawang replied at 5-7-2019 06:20 PM
Kisahnya gini
.bila seekor monyet kena cat.. bila dia nk masuk kawanan..semua monyet2 tu takut ngan ...

oh gitu kesahnye..bru blh connect the dot gituh..
Quote noraidil_06 5-7-2019 07:17 PM
Letak anjing jelah. Apa la.
Quote buapakperut 5-7-2019 07:31 PM
Kenapa benda2 macam ni dia nak rakam sebar bagai
Quote Andyscenes 5-7-2019 07:58 PM
Kurex replied at 5-7-2019 06:46 PM
Aruk aku letak anjing dekat kebun dia. Takde kera dok lepak lagi. Tapi atok aku ambik sikit buah dek ...

Sepatutnya mmg mcm tu, setiap pekebun, kena sediakan makanan utk monyet. Br lah monyet2 tu x amek buah2 pekebun. Arwah atuk aku ajar, jgn kedekut. Nak rezeki murah kena memberi.
Quote matamata 5-7-2019 08:08 PM
Letak kaler tu lain kali jgnla spray cat...racun tu....inveat sikit letak dye rambut ke
Quote bezita60 5-7-2019 08:15 PM
Siapa ada kebun akan tahu.
Sifat monyet/kera ni pendendam. Kalau hari ni kau halau dia, kdg dia dtg lain kali saje goncang pokok untuk gugurkan buah2 muda dan putik bunga.

Kalau durian, biasanya akan gugur habislah bunga durian. Tak sempat berbuah pun. Kalau rambutan, diperik dan dibaling2 ke tanah. Kalau mangga, lepas gugur buah monyet tu akan gigit2 saje kasi rosak. Bukan nk makan pun.


Itulah perangai monyet.
Quote Kurex 5-7-2019 08:19 PM
bezita60 replied at 5-7-2019 08:15 PM
Siapa ada kebun akan tahu.
Sifat monyet/kera ni pendendam. Kalau hari ni kau halau dia, kdg dia dtg ...

Mesti lepas tu buat camni
Quote imogenBones 5-7-2019 08:34 PM
Thank you for sharing this.
Quote KIM.K 5-7-2019 08:44 PM
Kena cat ni ok..beruk dalam hukum dah boleh bunuh sebab perosak
Apatah lagi cat. Yang tak boleh menyeksa
Dia balik mandi kena hujan, kena pulau sembuh la lepas tu

Len kali cakap kat beruk 'ko nak makan, makan la. Tinggal sikit kat aku'. Insya Allah dapat sikit hujung2 musim kihkih
Quote RumiMenari 5-7-2019 08:55 PM
delawang replied at 5-7-2019 06:20 PM
Kisahnya gini
.bila seekor monyet kena cat.. bila dia nk masuk kawanan..semua monyet2 tu takut ngan ...

Ye ke.....

Dl sekolah my mom mengajar dekat dgn hutan simpan so biase la monyet masuk skola..then ade 1 hari tu pelajar baling cat kat sekor tu..masalahnya bl yg kene cat tu nak masuk hutan balik, tak boleh..sbb monyet2 lain yg ade dlm hutan keluar ramai2 buat benteng..anggap yg sekor yg kene cat ni sbg traitor & nak halau atau lawan dgn ketuanya..lagi menakutkan ade la sbb banyak gile keluar..smpi hbs waktu sekolah monyet tu x boleh masuk hutan..so xtau ape kesudahannya..kesian kot kene buang dr group cmtu..
Quote Jorja 5-7-2019 08:58 PM
Bukannya dia bunuh pun
Quote prettyuglybabe 5-7-2019 09:17 PM
manusia yang ceroboh rumah binatang, binatang pulak yang disalahkan..
Quote cm_matjawasp 5-7-2019 09:29 PM
Kawan aku pun guna cara ni..dulu dia letak patung harimau.mula mula memang monyet lari dua tiga hari pastu,monyet siap main main panjat atas patung tu.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.427385 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top