CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Cara Menjana Pendapatan Di YouTube, Berminat?

25-7-2019 10:35 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5008| Komen: 17|Original author: Oleh: top5complete

Mahu membuat duit sampingan bukanlah susah, sudah menjadi amalan rakyat yang maju untuk membuat dua atau tiga kerja sampingan untuk menjana pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang semakin merunsingkan.




Tahukah anda YouTube memberikan ASD1-2 (RM4-RM8) bagi 1,000 tontonan pada video anda? Duit ini akan disalurkan ke akaun AdSense dan boleh dikeluarkan melalui bank.

Bayangkan sebuah video anda mendapat 10,000 tontonan, anda telah mendapat RM40 untuk sebuah video! Jika anda rajin, sangat mudah untuk mendapat RM1,000 sebulan hanya dengan menghasilkan video di YouTube.



Di sini, penulis kongsikan cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui YouTube. Sebenarnya, tidak susah untuk membuat video dan memuat naik ke YouTube. Anda tidak memerlukan pengalaman atau kelulusan tinggi.


Antara peralatan yang anda perlukan adalah:-

1. Telefon pintar
2. KOmputer riba/Komputer
3. Perisian mengedit video




Antara genre saluran yang paling mudah untuk dilakukan:-

1. Vlog
2. Food blogger
3. Masakan
4. Gaming
5. Percutian




Caranya:-

1. Buat Akaun YouTube



Langkah pertama yang anda tidak boleh ketinggalan. Buat akaun terlebih dahulu di YouTube jika anda belum memilikinya. Cuba log masuk ke YouTube (anda boleh menggunakan akaun Google untuk memasuki dan mendaftar, bukannya mengisi semua data borang dari awal). 

Kemudian buat saluran anda (Channel). Fikirkan tentang nama apa yang menarik kepada saluran YouTube anda dan bagaimana konsep saluran anda, tema atau watak saluran.


2. Monetization Saluran YouTube

Cuba log masuk ke akaun YouTube anda, pilih menu "maklumat akaun" yang terletak di bahagian atas sebelah kanan dan klik "Creator Studio". Kemudian, pada menu di sebelah kiri, pilih "Saluran" dan klik "Status dan ciri". 

Akhir sekali, pilih "Dayakan Pengewangan" dan bersetuju dengan perjanjian itu.


3. Sambungkan Saluran YouTube ke AdSense



Setelah mengaktifkan pengewangan pada saluran YouTube, anda perlu melakukan akaun bersekutu dan diluluskan AdSense. Kemudian, akan terdapat ciri Analitik YouTube yang boleh anda gunakan untuk menjejaki status pendapatan anda.



Begitulah cara untuk menjana pendapatan melalui youtube, jika salura YouTube anda mendapat ramai subscriber, berkemungkinan besar anda boleh menjadikan ia sebagai pekerjaan tetap. 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semuanya bermula dengan kita, yang penting tidak putus asa dan sentiasa konsisten dalam pembikinan video. Ini kerana untuk berjaya dalam kerjaya YouTube memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menempa nama. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bunggah 25-7-2019 04:02 PM
Ni kena cuba. Bleh dpt xtra income{:iwant
Quote Mulotkoyak 25-7-2019 06:19 PM
Xde pun dlm utube ak tu...kat blah mne
Quote dramaking007 25-7-2019 06:41 PM
Mulotkoyak replied at 25-7-2019 06:19 PM
Xde pun dlm utube ak tu...kat blah mne

pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat situ dia akan mtk kt
sign up guna gmail..pakai gmail yang sama dengan
akaun youtube pun x apa.make sure
dekat advanced setting dah di set kt negara mana.pilih Malaysia.
https://www.youtube.com/advanced_settings?o=U

lepas isi borang dan nama semua,upload video terus sampaila
channel you cukup 1,000 subscriber dan 4,000 watch hours.

nanti akan ade pewagai dorang datang cek channel sc manual.
bila da lulus dorg akan hantar kt email cakap channel dan monetize.
tarrraaaa..iklan keluar nanti insyaAllah dapatla hasil....nyaaam.
Quote Foxey 25-7-2019 08:17 PM
Hmmm... Tak rajin la pulak nak buat video and edit pastu
Quote Ivysaur 25-7-2019 08:34 PM
Patut la ada artis dah buat
Quote Jesrina 25-7-2019 08:50 PM
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...

Iklan tu kite sendiri yang kene edit n letak dalam video kite eh? Or youtube yang insertkan?
Quote dramaking007 25-7-2019 11:00 PM
Jesrina replied at 25-7-2019 08:50 PM
Iklan tu kite sendiri yang kene edit n letak dalam video kite eh? Or youtube yang insertkan?

nanti bila da lulus dashboard dekat youtube akaun kt akan keluar sc automatik utk bahagian iklan.just klik je kat situ utk pilih iklan nak muncul dekat mana.sc automatik dia akan keluar kt semua video kt.

kalau video bawah 1 minit hanya 1 iklan keluar..kalau lbh dr 10 minit blh letak lbh dr 1. kalau xde option non skip iklan blh contact admin yt utk buat permohonan.non skip akan buat kt dpt duit lbh sebab iklan xblh skip utk penonton tgk smpai habis.
Quote Jesrina 26-7-2019 12:27 AM
dramaking007 replied at 25-7-2019 11:00 PM
nanti bila da lulus dashboard dekat youtube akaun kt akan keluar sc automatik utk bahagian iklan.j ...

I see.. u ade buat youtube channel u sendiri eh? Interested nak buat tp nak kene fikir dlu nak buat pasal ape
Quote dramaking007 26-7-2019 02:14 PM
Jesrina replied at 26-7-2019 12:27 AM
I see.. u ade buat youtube channel u sendiri eh? Interested nak buat tp nak kene fikir dlu nak bua ...

ya ..i biasa dgn adsense blog n yt.....buatla you.kalau u suke masak ke,makan ke pi jln2 rugi x record.edit dan upload.tggu setahun upload video banyak2 x wat ape2 pun insyaAllah blh tuai hasil lepas u link dgn adsense nanti.g luck.
Quote Jesrina 26-7-2019 08:30 PM
dramaking007 replied at 26-7-2019 02:14 PM
ya ..i biasa dgn adsense blog n yt.....buatla you.kalau u suke masak ke,makan ke pi jln2 rugi x re ...

Orait. Tqsm for the info. Kalau i start buat nanti, in case if i nk tanye pape, i pm u boleh? Hehehe
Quote dramaking007 27-7-2019 04:54 PM
Jesrina replied at 26-7-2019 08:30 PM
Orait. Tqsm for the info. Kalau i start buat nanti, in case if i nk tanye pape, i pm u boleh? Hehe ...

boleh...kalau i online sini i reply.g luck ok.
Quote Jesrina 28-7-2019 01:48 PM
dramaking007 replied at 27-7-2019 04:54 PM
boleh...kalau i online sini i reply.g luck ok.

Orait beb tqsm
Quote Mulotkoyak 4-8-2019 11:43 AM
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...

Orite tq..ilmu berguna ni
Quote bintangct 5-8-2019 10:25 AM
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...

Wah menarik Patut la ramai artis buat youtube anak2 diaorg
I nak tnya skit boleh? Kalau kita copy org lain punya video boleh tak? Contoh Kdg2 film kan byk trailer.. then kita pun copy trailer tu letak lat acc kita.. boleh ke buat duit mcm tu?

Lps tu ada tak kat hp app yg boleh edit video mcm dlm tv buat tu.. ada wordings.. ada lagu.. ada tmbah scene dr filem..

Tqq ya
Quote dino 6-8-2019 05:54 PM
bintangct replied at 5-8-2019 10:25 AM
Wah menarik Patut la ramai artis buat youtube anak2 diaorg
I nak tnya skit boleh? Kalau kita copy ...

kena baca guideline...

nak buat menda ni jgn aim nak buat duit je... fokus pd target audience dulu...

n kena dpt 1k subscribers... bkn senang2 iklan nak masuk...  kecuali korg mmg buat video viral wpun nmpk bodoh haha
Quote dramaking007 7-8-2019 01:24 PM
bintangct replied at 5-8-2019 10:25 AM
Wah menarik Patut la ramai artis buat youtube anak2 diaorg
I nak tnya skit boleh? Kalau kita copy ...

bagi channel kali pertama utk buat permohonan adsense supaya iklan keluar i sgt syorkan utk pakai video ori.nak pakai music pun mst yg bebas copyright cth ambik dr audio library yg youtube dah kasi.jgn ckp channel bru,channel lama yg dh keluar iklan kene remove iklan dorg sebab guna reupload content.

kalau klip pendek atau panjang dr movies trailer,tv atau video org lain semua tu x blh.dia panggil reupload or reuse content.nak lepas lulus iklan susah.

kalau channel u buat ulasan pasal movies ke dan lain2, kat dlm kotak info letak copyright statememt sbg fair use sebab u bagi ulasan.tgk cth mcm channel chris stuckmann....dia ade letak foto and kadang klip dr movie tp x banyak.sikiiit je.tp 99.9% kandungan video ori dr dia.kalau u kaki wayang u blh buat channel topik ni.

pokoknya kene ade 3 elemen ni
-video original
-sub capai 1k
-watch hours sampai 4k

ti pegawai google adsense dtg review channel u n bila da lulus u terima email....iklan kua u pun blh dpt duit.kaching! g luck
Quote naz.wani 17-8-2019 11:50 PM
patut laa instafamous ramai2 pakat2 buat channel youtube masing2 ye..masyukk rupanya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.046860 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top