CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Bekas Suami Dengan Pemutar Skru Di Muka Kerana Tak Nak Rujuk

25-7-2019 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6396| Komen: 45

Description: Lelaki naik hantu apabila bekas isteri enggan rujuk semula bertindak drastik dengan menikam mangsa.
Lelaki naik hantu apabila bekas isteri enggan rujuk semula, bertindak drastik dengan menikam mangsa.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Pantai Air Tawar, Jertih, petang semalam ketika wanita itu sedang bekerja di kedai makan berkenaan.


Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, suspek, 31, datang ke kedai itu untuk rujuk semula dengan mangsa, 28.

"Namun, hasratnya ditolak dan suspek terus bertindak menikam mangsa menggunakan pemutar skru di bahagian muka dan tangan mangsa,” katanya.


Foto: Harian Metro

Mangsa yang mengalami luka di bawah mata kanan, kedua-dua tangan dan kening kiri dihantar orang awam ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, majikan mangsa membuat laporan polis jam 4.54 petang selepas menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.35 petang.


Mohd Zamri berkata, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dikerahkan untuk mengesan suspek sebelum dia ditahan di tepi Jalan Cawat, Kuala Besut kira-kira jam 5.20 petang.

Selain itu, polis turut merampas sebatang pemutar skru, kunci motosikal dan sebuah motosikal jenis Yamaha. 

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing didapati negatif dan suspek yang juga seorang nelayan tiada rekod kesalahan lampau.

Hasil siasatan mendapati, suspek dan mangsa berkahwin pada November 2014. Hasil perkahwinan, mereka memiliki seorang anak perempuan berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2017.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain objek berbahaya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-7-2019 07:47 AM
Lapaq nk aummm la tu dah 2 tahun menderita batin
Quote Sazida 25-7-2019 07:48 AM
Na na na na na ganungg kiterr
Quote nanaiss 25-7-2019 08:49 AM
Gileeeeeee
Quote wajaman 25-7-2019 08:53 AM
krustykrab replied at 25-7-2019 07:47 AM
Lapaq nk aummm la tu dah 2 tahun menderita batin

exactly...
Quote fushimi 25-7-2019 08:59 AM
sek dadoh la ni

Quote Asdan 25-7-2019 09:02 AM

dah kata banyak kali, jangan makan ikan, jangan makan ikan
Quote misuke 25-7-2019 09:16 AM
elok la ko xrujuk balik
Quote judicata 25-7-2019 09:27 AM
lady... u did a superb thing by divorcing this mofo. crazy af.
Quote mizruncing 25-7-2019 09:36 AM
krustykrab replied at 25-7-2019 07:47 AM
Lapaq nk aummm la tu dah 2 tahun menderita batin

kikiki baru nk ckp bnda yg sama
Quote fifie_olin 25-7-2019 09:40 AM
pangai syaiton xde sapa yg nak
Quote awanysss 25-7-2019 09:43 AM
gila talak. i speku jantan ni pendadih.
Quote KIM.K 25-7-2019 10:18 AM
Asdan replied at 25-7-2019 09:02 AM
dah kata banyak kali, jangan makan ikan, jangan makan ikan

Erk..nape yikan
Quote sukacactus 25-7-2019 10:50 AM
Nampak sgt xguna punya jantan
Patut la ko didudakan
Quote Asdan 25-7-2019 11:12 AM

merkuri, sungai tercemar --> laut tercemar
Quote cupu 25-7-2019 11:22 AM
Ore jate bodo...nk ko ore tino gayo molek..mu wak ganah gak,sajo la.
Quote cikanggun 25-7-2019 12:11 PM
Potong jer nonek jantan tak guna ni
Quote jijilaaa 25-7-2019 12:16 PM
gila talak la tu
Quote BebeQ 25-7-2019 12:24 PM
Dah 2 tahun bercerai,tak kan baru nak gila talak. 2 tahun ni ni dia buat apa?
Quote buapakperut 25-7-2019 01:48 PM
pata timor ku makin brutal

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057945 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top