CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penting! 11 Perkataan Ini Harus Diterjemahkan Sebelum Ke Luar Negara

25-7-2019 10:19 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 3219| Komen: 10|Original author: Oleh: nameera

Di dunia ini, terdapat lebih 6,000 bahasa. Namun, rata-rata orang di seluruh dunia hanya menguasai beberapa bahasa sahaja.


Kredit Foto:Google


Tetapi, apabila melancong ke pelbagai negara, bahasa menjadi sangat penting dan tidak boleh bergantung kepada bahasa Inggeris sahaja. 

Jika tidak mampu menguasai bahasa setempat sepenuhnya, ia bukanlah suatu masalah besar. Cukuplah menghafal beberapa perkataan asas agar lebih memudahkan perjalanan percutian anda di negara tersebut.

Untuk itu, ini 11 perkataan yang perlu anda terjemahkan.


1. "Terima Kasih"


Related image

Dengan mengucapkan terima kasih atau thank you sudah menunjukkan bagaimana anda menghormati penduduk setempat di negara yang anda sedang kunjungi. 


Biasakan diri mengucapkan terima kasih kerana ia umpama satu terapi. Dengan hanya mendengar perkataan itu daripada seseorang, sudah cukup membuat anda berasa seperti dihargai bukan?

Untuk itu, perkataan ini sangat membantu kerana pelancong seperti anda akan banyak bergantung kepada kebaikan masyarakat setempat untuk memenuhi keperluan harian.


2. "Hai" dan "selamat tinggal"



Penting untuk bersikap sopan dalam membuka atau menutup perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Ini menunjukkan bahawa anda peduli dengan perbualan anda.


3. "Maafkan saya,..."



Perkataan ajaib ini sangat berguna, tidak kiralah sama ada ingin meminta laluan ketika anda terburu-buru atau lain-lain hal. 

Perlu diingatkan, sampaikanlah dengan nada suara yang sopan dan beradab.


4. "Boleh pesan yang ini...."



Anda mungkin tidak perlu tahu bagaimana untuk menerangkan semua item di sebuah restoran. Walau bagaimanapun, jika anda menterjemahkan dan menguasai ayat ini, anda mungkin diberi harga yang rendah. Siapa tahu?


5. "Berapa harganya..."



Walaupum kebijaksanaan menawar harga anda agak meragukan, tidak ada salahnya mencuba. Mungkin dengan hanya menyebut perkataan ini dalam bahasa negara tersebut, anda mungkin mendapat diskaun dari usaha anda disamping berjaya membuat mereka berasa teruja kerana anda boleh bertutur dalam bahasa mereka. Wah! beruntung kan?


6. "Tandas/Bilik Mandi"



Perkataan satu ini juga penting. Oleh itu, cuba untuk mengetahui bagaimana untuk menyebut bilik mandi atau tandas dalam bahasa setempat, ya!


7. "Ya" dan "Tidak"



Mengangguk dan menggelengkan kepala bukanlah gerakan yang universal. Boleh sahaja gerakan tersebut memiliki erti berbeza dengan apa yang mereka fahami selama ini. Jadi, pelajarilah bagaimana cara mengatakan "ya" dan "tidak" dalam bahasa setempat.


8. "Dimanakah alamat/lokasi/jalan ini?"



Kadangkala, peta sahaja tidak akan mencukupi. Jika ini pertama kali anda berada di negara asing, bantuan daripada penduduk setempat dari daerah yang kamu kunjungi itu amat penting

Mungkin sahaja ia akan memudahkan anda untuk tiba ke destinasi dengan lebih cepat!


9. "Tolong..."



Tidak dapat dipastikan bahawa anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Jadi, ada baiknya terjemahkan perkataan yang satu ini.


10. "Saya alergi dengan.../ Saya tidak boleh makan..."



Jika anda sedang mengamalkan diet yang ketat, pastikan maklumat hendak disampaikan adalah tepat kepada tukang masak yang memasak makanan anda.

Beri butiran dengan lengkap. Tidak cukup dengan hanya menjelaskan bahawa anda seorang vegetarian kerana standard vegetarian untuk semua orang adalah berbeza.

Tambahan pula sebagai seorang muslim, makanan HALAL itu sangat penting.


11. " Saya tidak boleh bercakap/fasih dalam bahasa anda..."



Ayat satu ini juga penting untuk menjelaskan yang anda tidak boleh berbicara dalam bahasa setempat. Sampaikanlah kepada mereka dengan penuh sopan kerana dengan mengaku jujur, ia boleh menyelamatkan anda.

Ini adalah antara 11 yang disenaraikan. Mungkin banyak lagi ayat atau perkataan penting bagi anda. Apa lagi, jom kongsikan! - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-7-2019 12:22 PM
Bila boleh bertutur serba sedikit dalam bahasa setempat buat penduduk setempat rasa mesra dengan kita jadi tak rugi kalau ada pengetahuan mengenainya
Quote kualibesi 25-7-2019 04:19 PM
thank you for reminder, yes yes, sng sikit nk bertutur, lg lg dengan country yg bukan english user
Quote Foxey 25-7-2019 09:14 PM
Kalau dalam Korean, boleh sikit yang 10 ni. Teringat pegi salah sebuah negara Amerika Latin. Ya ampunnnn, susah betul nak communicate, especially bila nak beli souvenirs kat kedai2 luar mall. Sudahnya i spoke in my mother tongue, she spoke in hers, boleh lak dia paham fox tawar-menawar. Haih
Quote ummuibrisim 25-7-2019 11:35 PM
good info...emm psediaan sblm holiday..
Quote notsospecial007 5-8-2019 03:34 PM
betul tu.. contohnya, kalo ke indon, kita akan cuba cakap bahasa indon.. ibarat kita menghormati budaya mereka
Quote puanbintang 15-8-2019 03:17 PM
betul jugak tuh..sikit sebanyak kena tau bahasa bahasa basic untuk memudahkan nak tanya atau rujuk apa- apa....peringatan yang bagus
Quote ReginaGeorge 17-8-2019 10:57 AM
Iols kalau travelling suka bawa souvenirs kecik2 bg kat pekerja hostel, bagi kat waiters.. Bg kat tour guides. Kalu bagi kat tour guodes confirm rajin amik gambar untuk u
Quote supernaturalee 20-8-2019 11:44 AM
notsospecial007 replied at 5-8-2019 03:34 PM
betul tu.. contohnya, kalo ke indon, kita akan cuba cakap bahasa indon.. ibarat kita menghormati bud ...

tp org indon idok le plk nk cuba ckp style kita klu dtg sinior maybe lidah dorg mmg sejenis keras
lidah org melayu ni lembut



Quote Mmchoc 21-8-2019 02:29 AM
So useful.. tq tq

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.089504 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top