CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mata Ketumbit Sebab Intai Orang Mandi?

15-8-2019 10:42 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6741| Komen: 20|Original author: Oleh: Natrahn

 
Mata ketumbit sering dikaitkan dengan aktiviti mengintai orang mandi atau membuang air besar. Masa kecil dahulu, siapa yang kena ketumbit, mesti kena usik "Haaa mengintai siapa mandi atau buang air besar ni?"

Sebenarnya, KETUMBIT terjadi apabila bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat. Oleh itu, mengatakan ketumbit terjadi kerana mengintai orang mandi hanya mitos semata-mata.
 

Gambar Tepi Kelopak Mata Dengan Saluran Kelenjar Tersumbat
 
Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti:
  • Sakit pada kelopak mata
  • Mata rasa seperti berbiji,
  • Merah atau bengkak pada kelopak mata.
  • Komplikasi
 
Lazimnya, ketumbit akan hilang sendiri dalam beberapa hari tanpa memerlukan rawatan. Namun, sesetengah individu kemungkinan mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata. 

Apabila perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan preseptal cellulitis - suatu keadaan yang menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
 

Google - Preseptal Cellulitis Pada Kelopak Mata Kanan
 
Selalunya, ketumbit adalah kecil dan lazimnya tidak menyebabkan gangguan yang teruk. Maka, ia boleh dirawat di rumah dengan cara dituam beberapa kali sehari. 

Bagaimanapun, sekiranya tidak pulih selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk sapuan mata mungkin diperlukan, manakala dalam kes lain yang lebih kritikal pembedahan kecil akan dilakukan sebagai salah satu kaedah rawatan.
 

Cara-cara melakukan tuaman
 
1. Ambil sehelai sapu tangan kecil yang bersih. Rendam dalam air suam 
 
 

2. Perah hingga tidak menitis
 
 

3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
 
 
*Lakukan selama 10 minit dan ulang 2-3 kali sehari sehingga pulih.
 
Bagi mencegah ketumbit, kita perlu selalu membersihkan bulu mata untuk mengelakkan jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis). Berikut adalah cara membersihkan bulu mata.
 
 

Ihsan = Google
 
1. Ambil cawan / bekas kecil
2. Letakkan 1 sudu  air bersih
3. Campurkan 5 titis syampu bayi dan kacau
4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi
5. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut.
 
(Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)
 
 
Ihsan = Google
 
Pesakit juga boleh menggunakan sudu yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu dan kemudian sudu diletakkan di bahagian ketumbit. 

Jika keadaan berterusan, pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan doktor. SEMOGA BERMANFAAT. - CARI
 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaamsar 15-8-2019 11:15 AM
Sejak jerebu ni i kerap kena ketumbit. Tp i x intai orang ok
Quote Mfzg89 15-8-2019 11:17 AM
Nak caye tidak, x caye pn susah..sbb pernah kena so aki caye jela..{:laugh
Quote Nt-ViruS 15-8-2019 11:18 AM
selalu kena benda alah ni, elok sendiri tapi gatal.
Quote bangcak 15-8-2019 03:00 PM
kalu member wasap gambo personal mata weol bleh ketumbit dop??
Quote Artemesiaa 15-8-2019 03:47 PM
Orang dulu2 guna alasan ni untuk elak orang buat benda tak baik macam mengintai orang
Quote diggerr 15-8-2019 03:50 PM
Nice sharing
Quote noorhairiahma 15-8-2019 04:22 PM
hahahhahahahaha.

dulu masa kecik-kecik, mata i pernah ketumbit, tapi i tak pernah pun mengitai orang.

bila nak pergi sekolah je, rasa malu. kawan2-kawan ejek.

buat malu je.

so i nak jawab, itu mitos je.
Quote mbhcsf 15-8-2019 04:36 PM
oh stye and chalazion
Quote ReginaGeorge 17-8-2019 10:52 AM
Ada rakan sekerja I memang kerap sangat matanya tumbuh ketumbit. Dalm setahun boleh lima enam kali. Environment tempat tinggal tak berapa bersih agaknya.. Baju keja pon selalu bau bawang sebab dia masak dalam bilik sewa dia.
Quote LadyCarefree 18-8-2019 12:22 AM
Mitos je sbab iols kecik selalu ngendap orng mandi. Dh besar skodeng orng ngeseks. Kehkehkeh.
Quote natrahn 18-8-2019 11:16 AM
ReginaGeorge replied at 17-8-2019 10:52 AM
Ada rakan sekerja I memang kerap sangat matanya tumbuh ketumbit. Dalm setahun boleh lima enam kali.  ...

habuk banyak dlm.bilik dia tu... pengudaraan tak bagus
Quote Foxey 19-8-2019 10:39 PM
Tu orang tua2 cakap untuk deter mengendap orang mandi
Quote puanbintang 27-9-2019 04:12 PM
mitos orang tua - tua..dulu kecik2 pelik jugaklah dah kenapa aku tak mengintai orang mandipun tapi ada ketumbit...
Quote evlinne 27-9-2019 04:51 PM
ReginaGeorge replied at 17-8-2019 10:52 AM
Ada rakan sekerja I memang kerap sangat matanya tumbuh ketumbit. Dalm setahun boleh lima enam kali.  ...

Masak dlm BILIK??? Apa jijik sangat kawan uol ni
Quote Intanterpilih09 27-9-2019 09:52 PM
Pernah kena ketumbit sampai kena buat pembedahan kecil.
Quote natrahn 27-9-2019 11:18 PM
Intanterpilih09 replied at 27-9-2019 09:52 PM
Pernah kena ketumbit sampai kena buat pembedahan kecil.

tersumbat teruk kot
Quote Intanterpilih09 28-9-2019 08:59 AM
natrahn replied at 27-9-2019 11:18 PM
tersumbat teruk kot

Mungkin gak sebab ketumbit xmo baik.Bila surut dia  jadi blk.lepas buang baru dah x naik ketumbit.malu  selalu kena usik dgn kwn2 duk kata kita intai org mandi.
Quote prego 30-10-2019 08:52 PM
member iols kena ketumbit lepas akad nikah.. huhu sian dia kena gelak ngan kawan2

iols suspect sbb dia pakai mekap tebal masa bersanding, maybe lambat cuci mekap atau kurang bersih peralatan mekap tu, so tersumbat jadi ketumbit
Quote natrahn 30-10-2019 09:53 PM
prego replied at 30-10-2019 08:52 PM
member iols kena ketumbit lepas akad nikah.. huhu sian dia kena gelak ngan kawan2

iols suspect ...

berkemungkinan juga tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top